Memaknai sesuatu nikmat dengan hati akan terjadi hanya apabila perkara tersebut luput dari penglihatan dan pegangan kita. Waktu itu wang sudah tak bernilai lagi. Masa juga sudah tidak menjadi prioriti. Begitu yang saya rasa apabila sepuntung gigi geraham saya berada dalam keadaan kritikal. Mak cakap, cabut sahaja. Habis cerita. Tapi cerita tersebut takkan habis di situ. Saya akan hilang nikmat mengunyah selama-lamanya. Bukanlah saya suka sangat makan, cuma seperti yang saya cakap, nikmat tersebut hanya dirasai apabila hampir kehilangannya. Beberapa tahun kebelakangan ini pun, untuk memastikan gigi tersebut survive saya kurangkan makan, bermaksud nikmat menikmati makanan sepuas-puasnya semakin hilang. Saya sudah tak peduli terpaksa berulang alik ke KL sensorang semata-mata untuk merawat sepuntung gigi geraham yang sudah di tahap tak dapat diselamatkan tetapi tetap saya berkeras untuk kekalkan gigi tersebut di mana tempatnya berada. Itu baru Allah nak tarik nikmat gigi geraham yang masih terdapat gigi lain. Tetapi, kurniaan Allah itu tetap tiada penggantinya.
Waktu proses memalam gigi, saya menangis teresak-esak. No harm in crying people said. Jadi saya ambil peluang ini. Bukankah air mata itu penawar sakit? It relieved the pain in the heart also. Kalau ikutkan bukan sakit sangat, tapi entah kenapa...mengada-ngada mungkin. Sebab itulah saya hanya percayakan sahabat saya untuk buat treatment gigi, kalau doktor lain yang buat treatment mungkin saya akan dimarah kerana menangis macam budak-budak. Partner sahabat saya cuba memujuk dengan mengatakan gigi saya cantik. Saya tahu, dia hanya nak sedapkan hati saya. Saya bukan budak-budak.
Disebabkan gigi yang sepuntung, mood saya kacau bilau. Tambah pula sedang cuba menyesuaikan diri dengan fokus yang terbahagi dua, gerak kerja dan kuliah, saya agak kerisauan. Dalam fasa hidup saya, saya pernah buat dua eksperimen. Fasa pertama, saya sibukkan diri dengan taklifan di samping pelajaran. Di pengakhiran, saya kurang berjaya mencapai apa-apa yang telah saya gariskan. Oleh itu, fasa kedua saya membuat perubahan. Saya menolak semua taklifan yang diberikan dan fokus hanya pada pelajaran. Saya jadi apati dan saya berjaya membuat satu momentum yang tidak dijangka dalam hidup. Jadi, pada fasa ketiga ini, yang manakah yang terbaik untuk saya?
Tiba-tiba post kali ini seperti luahan perasaan pula, bukanlah saya nak buat rumusan bahawa belajar lebih baik, in fact 'belajar' itu luas maknanya dan bukan sahaja bermaksud buku dan bilik kuliah. Ia lebih kepada bagaimana kita mempraktikkan ilmu di lapangan di samping cuba untuk seimbangkan dengan fokus kita dalam bilik kuliah. Bagaimana itulah persoalannya.
Apa kaitan dengan nikmat? Kita tak akan tahu, malah tak dapat menjangkanya melainkan hanya andaian semata-mata. Nanti hampir-hampir kehilangan baru akan tahu apa hikmahnya saya melalui jalan ini. Hu..macam tu pula. Nauzubillah...Sebenarnya cuba alih fokus daripada terlalu memikirkan keadaan gigi sekarang ini. Apa yang baik ambil sebagai pengajaran, yang macam merapu tu, abaikan. Kadang-kadang, menjadi diri sendiri itu lebih dekat dengan orang lain.
Memetik dialog antara Gandalf dengan Pippin sewaktu perang sedang berkecamuk dan mereka dikepung musuh;
Terjemahan:
Pippin : Saya tak sangka ianya akan berakhir begini
Gandalf : Berakhir? Tak...perjalanan tidak akan berakhir di sini. Kematian hanyalah satu lagi jalan yang semua orang mesti harungi...Awan akan terbuka dan semuanya akan menjadi gelas perak...dan kemudian kau dapat melihatnya...
Pippin : Apa...Gandalf? Lihat apa?
Gandalf : Pantai putih dan segalanya, kawasan yang penuh kehijauan di bawah terbitan matahari yang pendek..
Pippin : Ianya tidak teruk sangat...
Gandalf : Tidak, tak sangat..
Jadi, kalau saya mati disebabkan sakit gigi, saya akan menempuh jalan yang semua orang tempuh juga. (People dont die of toothache Hidayu...)~
2 comments:
moga2 fasa ke-3 ialah kekuatan akademik dan gerak kerja sentiasa bertambah dan terus bertambah.. hanya Allah akan beri natijah yang terbaik utk kalian..smg Allah selamatkan gigi geraham..'ala kulli hal, SENYUM lah pada masalah.. masalah akan SENYUM kepada kita.. (",)
syukran ust...cuma ana mustahil, klu kita senyum kat masalah, masalah msti akan sntiasa nk berada dgn kita...susah nnti..hmm
Post a Comment