Tuesday, September 27, 2011

Memahami erti kecantikan


Try as I might, lastly I end up writing this post.  Punya bersemangat nak edit laporan lajnah, akhirnya kecundang apabila terjumpa benda-benda tak patut kat internet.  Apa benda yang tak patutnya? 

Ehemmm…

ceritanya bermula begini…

Apabila kita buka satu blog, maka kita buka pula link kat blog tu yang menglinkkan ke blog-blog lain.  Dari satu link ke satu link saya pergi (I didn’t know where did I get the curiosity to explore others blog)…sebelum ni tak pernah peduli pun.  Tambah-tambah blog-blog picisan.  Tapi, ada satu fenomena yang menjadi tarikan saya apabila saya buka satu blog ni, yang menyebabkan saya ikut link-link yang diletakkan.

Kesimpulan yang saya dapat, 90% daripada wanita Malaysia sedang dijangkiti virus yang sangat bahaya.   It is fatal and maniac.  Wah, pertama kali saya guna perkataan ‘maniac’ ni.  Nak menggambarkan perkara ini begitu serius dan tak masuk akal.

Semua orang perempuan sekarang ini sedang gila nak cantik.  They crave for beauty.  Blog-blog yang saya buka memaparkan gambar-gambar para blogger wanita di majlis-majlis dan tempat-tempat tertentu.  Bukan gambar suasana majlis yang difokuskan tetapi penampilan mereka.  Bukan hampir, tetapi 100% gambar mereka dengan pelbagai pose yang….can we say it, cute?
Gambar tu bukanlah tak senonoh pun, sangat ok pada pandangan saya.  Masih bertudung dan berbaju sopan.  Tapi, saya melihat dari sudut keinginan untuk menonjolkan kecantikan mereka itu seperti membuak-buak.  Kelihatan sangat jelas daripada beratus-ratus keping gambar yang tersurat. 

Fitrah wanita, biasalah.  Tapi keinginan yang tak dapat ditahan-tahan nampak membahayakan.  Pengikut-pengikut blogger yang comei lote ni pun sampai terikut-ikut nak jadi cantik macam mereka.  Masing-masing cuba beraksi secomel mungkin di hadapan kamera sehingga saya berpandangan perkara ini merupakan suatu kegilaan. This is madness.  Sedangkan gambar-gambar tersebut tak mampu pun mengubah muka mereka.  Kecuali mereka edit.  Mungkin itulah alasannya kot, seronok mengedit muka sendiri supaya kelihatan lebih cantik.

Tidak ada wanita pun yang menolak wanita lain nak jadi cantik.  Semua mak akan bangga ada anak cantik.  Kalau nak tahu, setiap ibu ini sentiasa membandingkan kecantikan anaknya dengan anak orang lain.  Sampai mak saudara saya kata, anaknya tak cantik pun dia cakap cantik.  Tu pandangan mak saudara saya.  Dia tak boleh buat generalisasi dengan hanya satu kes yang dia jumpa.  Mula-mula saya tak percaya,  sebab mak saya tak seperti itu.  Tapi sejak saya dah besar ni, baru saya akui benarnya.  Kadang-kadang mak saya renung saya lama-lama menyebabkan saya tertanya-tanya. 

“Awat mak?”

“Mak tengok anak mak ngah, Inah tu putih melepak dah sekarang ni.  Terkejut mak.  Dulu kulit dia gelap.  Ayu pi la tanya dia pakai produk apa?  Nanti Ayu boleh beli gak.”

Dalam hati saya tergelak habis.  Itukah perkara yang nak dicakapkan.  Ingatkan apalah.  Bagi memuaskan hati mak, saya pergilah ziarah sepupu saya.  Hmm...putih berbanding waktu kecil-kecil dahulu.  Tapi tak lah melepak pun tapi putih bedak.  Kecewa la juga.  Apabila saya cakap kat mak macam tu, mak cakap;

“Tak kisahlah putih bedak ke mekap ke, asalkan putih,” hmm…sabar jer la.

Keadaan ini menjadi-jadi apabila sepupu-sepupu perempuan saya dah ramai yang meningkat dewasa.

“Kak Long tu sekarang ni putih dah, putih lagi dari Ayu.”

“Dulu Kak Jah tu muka biasa-biasa ja, sekarang dah cantik sebab pakai produk Safi tu.  Mak beli kat Ayu tak nak pakai, last-last mak yang pakai.”

“Tu la Ayu, dulu waktu sekolah selalu sangat main bawah matahari, kulit dah payah nak cerah,”

“Kesian anak mak kena panas naik motor, nanti habis hitam, belilah sarung tangan,”

Balik raya baru-baru ini, mak ada sebut produk kecantikan baru yang dia dengar di radio.  Terus dia beli.  Harga tak payah sebut, orang perempuan ni kalau bab nak cantik sanggup habiskan beratus-ratus ringgit.  Bukankah ini membahayakan?

“Mak cuba dulu, nanti kalau ok, mak bagi kat Ayu.”

Senyap jer pun sekarang ni.  Waktu telefon pun tak pernah dah sebut tentang tu.  Mungkin tak berkesan kot.  :))  Kadang-kadang kesian juga dekat mak.  Mungkin dia rasa tercabar bila tengok anak-anak orang lain cantik-cantik.  Takut orang cakap dia tak reti jaga anak dara.  Mungkin itu yang terjadi kepada mak-mak lain, sebab itulah masing-masing berlumba-lumba nak memastikan anak-anak dara mereka cantik.  Hmm…

Itu mak saya.  Ini yang empunya diri.  Jika terpengaruh dan tercabar dengan rupa paras wanita lain yang kononnya dah cantik habis, macam-macam kegilaan yang akan dibuat dan masa hanya akan dibazirkan untuk kelihatan cantik.  Ada yang sanggup melakukan pembedahan jika yang berduit seperti rakan saya.  Disebabkan berduit, apabila doktor beri cadangan untuk lakukan pembedahan ,terus ok.  Sedangkan rupa asalnya memang dah comel.  Sekarang berada dalam kedukaan sebab ada masalah dengan hasil pembedahan.  Allah…

Bukankah cantik itu subjektif maksudnya?  Mengapa melihat dari satu sudut sahaja?  Kenapa menyempitkan pemikiran hanya disebabkan orang di sekeliling kita mengatakan  A itulah erti kecantikan sebenar.  Hanya disebabkan nak cantik, terlihat sesuatu yang sepatutnya disembunyikan yang hanya menambahkan kehodohan.  Konon tidak bertudung itulah cantik sebab dapat menunjukkan rambut yang panjang mengurai tapi tanpa disedari memaparkan kelemumur yang berkeping-keping atas kepala.  Konon melihat si A memakai baju kecil nampak comel, apabila si B meniru, tanpa disedari hanya menambahkan kehodohan kerana memaparkan lemak di pinggang yang berlapis-lapis.  Sebab itulah ada pepatah mengatakan ukur baju di badan sendiri.

Melihat, mentafsir dan menilailah sebelum dicontohi.

3 comments:

Munirah Mohd Rosali said...

" Mungkin itu yang terjadi kepada mak-mak lain, sebab itulah masing-masing berlumba-lumba nak memastikan anak-anak dara mereka cantik. Hmm… "

Mak2 kita macam sama saja... Naluri wanita??
Jom, serlahkan kecantikkan kita dari hati yang cantik (^,^)

Unknown said...

sensitif bca sal mak-mak ni..sedey tp tu lah..dh nma pn mak kn..huhu yg pasti, bsyukur ngn kurniaan Allah pd diri yg serba kekurangan ni :)
*kurang cket dpt dosa b'bdg org yg cantik, putih, comel, sb tak dak org lalu nk tgk..haha

ayu said...

mun> memang naluri wanita...xbleh tgk anak comot sket...
zizah> jgn sedey, kita xperlu ikut fenomena skrg ni...yg terasing itulah yg berkualiti...:)jga diri, jaga peribadi~