Dalam hidup kita, ada satu ketika kita akan duduk dan berfikir, 'ke mana aku nak bawa hidup aku?'
Dan selalunya Allah yang Maha Pengasih akan mencampakkan satu situasi di mana ia akan menjadi turning point dan merubah hidup kita untuk tahun-tahun akan datang dan kemungkinan seluruh hayat kita.
Saya bawakan kisah hidup Syeikh Said Nursi Bediuzzaman secara ringkas dalam bahasa sendiri sebagai tamsilan.
Kadang-kadang dalam hidup kita ada fasa-fasa di mana kita mempersiapkan diri, kita berjuang, kita bertenang, dan kemudian berjuang kembali.
Tidak ada manusia biasa yang boleh berjuang berterusan. Sedangkan kalau perlumbaan F1 pun ada pit-stop, lebuh raya ada RnR, bola sepak ada masa rehat, inikan pula hayat manusia yang panjang.
Jadi, saya kurang bersetuju kalau ada yang mengeluarkan kenyataan "tidak ada istilah rehat dalam berjuang!".
Hakikatnya ia merupakan satu keperluan dan kemestian. Cumanya rehat bagi pejuang adalah waktu untuk merancang, mempersiapkan diri, sebelum kembali terjun ke medan dengan persediaan.
1) Syeikh Said mempersiapkan diri selama 15 tahun bermula dari tahun 1893 (pada umur 20/21 thn) dengan pelbagai ilmu agama di samping menguasai ilmu sains dan menjadi pensyarah.
Kemudian Allah datangkan satu situasi pertama di mana menjadi turning point dalam hidupnya:
Pada waktu tersebut, British menjajah Turki, saya quote ayat ini:
British minister of colonies Gladstone had said to the British Parliament as he held the Quran:
"We cannot rule over the Muslim as long as this Quran remains in their hands; we must do everything possible to remove the Quran away from Muslims, or alienate them against the Quran"
Kenyataan yang dibaca di akhbar ini telah menyebabkan beliau mengambil keputusan yang bakal mengubah hidupnya:
" I will show and prove to the entire world that the Quran is never-fading, inextinguishable spiritual Sun."
Kenyataan di atas telah menjadi titik mula usaha beliau untuk menubuhkan Madrasah Az-zahraa bagi mendidik Muslim untuk belajar agama dan sains pada masa yang sama. Beliau tidak mahu Al-Quran hilang dari jiwa setiap Muslim yang berpendidikan moden. Dan saya sangat kagum dengan mereka yang ada ilmu agama dan pada masa yang sama belajar di bidang sains. Saya pun tak mampu nak teruskan dengan sains tulen tapi masih mengambil sains sosial untuk tidak meninggalkan terus sains.
"the light of wisdom is positive sciences; the light of conscience is religious sciences. When two are combined, truth arises thereupon."
2) Perang Dunia Pertama meletus dan beliau menjadi Panglima Perang. Apabila kemerdekaan dicapai, beliau dipanggil ke Ankara. Namun situasi kedua yang didatangkan: beliau dipanggil ke Ankara untuk melihat kerajaan baru yang ditubuhkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa yang dilihat iaitu ahli-ahli parlimen yang sambil lewa soal solat. Beliau telah membuat deklarasi untuk menerangkan mengenai kepentingan solat kepada ahli-ahli parlimen sehingga mereka kembali menunaikan solat. Walaupun dah merdeka, pemikiran Eropah dan cara hidup Barat tersebar dan keterikatan rakyat dengan Islam dan kepercayaan menjadi semakin lemah.
Lantas, beliau hidup dalam pengasingan buat beberapa lama. Adakah beliau berehat? Ya. Tapi untuk membuat persediaan sebelum menempuh satu perjalanan jihad yang sangat besar dalam hidupnya.
Bermulanya his great spiritual jihad in the way of serving the faith in Barla. Di sini, beliau mula menulis satu karya agung Rasail an-Nur bertujuan untuk:
i) to proof the pillars of faith & Quran
ii) to obtain verified belief
ii) to obtain verified belief
Karya ini seperti yang diketahui diharamkan oleh kerajaan Turki di bawah Kemal Attaturk. Tapi, kebenaran tidak dapat disekat. Risalah ini dicetak dan diedarkan secara rahsia oleh anak-anak muridnya yang terdapat di seluruh pelusuk Turki.
Beliau ditangkap dan dipenjarakan beberapa tahun. Bermula perjalanan hidup beliau keluar masuk pelbagai jenis penjara selama beberapa tahun.
3) Pada Mac 1960, Allah turunkan situasi ketiga di mana beliau jatuh sakit. Beliau lantas mengambil keputusan (turning point) untuk beransur ke Urfa bersama-sama beberapa pelajarnya. Perjalanan beliau dengan masalah kesihatan yang serius dan halangan pihak polis, akhirnya beliau tiba ke Urfa.
Pada 23 Mac 1960, malaikat menjemput roh beliau untuk kembali ke sisi Sang Pencipta dan beliau BEREHAT dalam erti kata rehat yang sebenar-benarnya. He passed into the realm of eternity. Dari Allah S.W.T kita datang dan kepada Allah S.W.T juga kita kembali.
Jadi, kadang-kadang Allah berikan kita situasi di mana kita harus mencabar diri untuk berani memilih jalan yang kadang-kadang kita tidak terfikir akan lalui. Satu situasi yang menjadi turning point dalam hidup kita. Mengubah perancangan yang sedia ada.
Kalau melihat status selaku pelajar tahun akhir, apabila kita mengambil keputusan untuk berehat sekejap dari perjuangan, adakah kita dicop sebagai sudah letih berjuang? Sudah penat dengan jemaah? Sedangkan masa yang kita ambil hanyalah dua tiga bulan, dan dua tiga bulan tersebut bukanlah digunakan untuk makan angin melainkan untuk menyusun kembali strategi bagi menghadapi satu perjuangan yang sangat panjang dan lebih besar di luar nanti. Untuk merefleks kembali diri dan perkara yang telah dibuat serta menyelesaikan perkara-perkara yang telah kita cicirkan. Syeikh Said mengambil masa selama 15 tahun untuk mendalami ilmu agama dan sains sebelum mengajarkannya dan menjadi panglima perang. Kemudian, mengambil masa di tengah-tengah penularan virus sekular untuk mengasingkan diri dahulu sebelum menempuh satu perjalanan jihad yang cukup besar dan panjang sebelum dijemput Allah untuk kembali ke sisi-Nya. Apakah kita ini lebih hebat untuk berterusan berada di medan tanpa duduk dan melihat kembali perancangan hidup dan cukupkah persediaan untuk menghadapi dunia luar?
Beberapa bulan terakhir berada di universiti bukan satu tempoh yang lama sebelum kita berhadapan dengan satu turning point dalam hidup iaitu hari graduasi. Sebab itulah saya khuatir jika kita tidak memberi masa untuk berehat dan fokus kepada perancangan hidup dan selesaikan urusan yang diamanahkan iaitu menguasai ilmu yang dipelajari, kita akan terus menjadi orang yang tidak ada haluan dan akhirnya hanyut dalam angan-angan yang tak kesampaian. Kita perlu sedar, kita hanya mata rantai perjuangan, dan bukan pemula serta pengakhir. Perjuangan kita sangat panjang dan kalau kita telah berbaiah, bermakna seluruh hidup kita adalah untuk Islam. Oleh itu, kenapa kita perlu bersangka buruk dengan mereka yang tiba-tiba mendiamkan diri walaupun sebelumnya berpencak hebat di medan? Dua, tiga bulan bukanlah satu tempoh yang lama... Kadang-kadang disebabkan kita tidak membuat persediaan yang rapi sebelum menghadapi situasi yang menjadi turning-point, kita telah mengambil masa yang panjang selepas itu untuk kembali berjuang.
p/s: selepas baca biografi Syeikh Said Nursi, baru saya sedar saya terlalu tergesa-gesa... dua, tiga tahun bukanlah tempoh yang lama sebenarnya. Bahkan ia terlalu singkat untuk membuat persediaan besar untuk berjuang dalam dunia yang penuh mehnah dan tribulasi.