Friday, March 2, 2012

Rabiah Al-Adawiyah

Kali pertama saya dengar nasyid nyanyian In-Team ini sewaktu jamuan tahunan asrama di SMKA Al-Irshad sewaktu Tingkatan 1.  Waktu tu tengah beratur untuk ambil makanan yang disendukkan oleh senior-senior Tingkatan 5.

Sebenarnya Rabiah Al-Adawiyah ini idola saya.  Saya nak jadi macam beliau.  Setiap kali rasa macam terbawa-bawa dengan perasaan, saya akan cepat-cepat ingat beliau.  Cepat-cepat putarkan lagu nyanyian In-Team ini.  How she devoted her whole life to Allah.  How Allah is the only one in her heart.  Whole-heartedly.

Saya masih lagi nak menjadi macam beliau.  Masih.  Walau sering tersadung atau tersungkur.  Walau sering mungkir janji dengan Allah.  Walau jalan cerita saya berbeza, namun keinginan saya tetap sama. Dan tidak cukup keinginan tanpa tindakan.  Allah, lorongkanlah.  Moga hanya Allah sahaja di akhir hidup saya.  Saya tak nak yang lain.  Kalaulah saya ada kekuatan untuk memilih jalan seperti beliau. ;(

4 comments:

Satu Cahaya said...

ehem..ayuu sama..antra idola kami jugak..kami suka gak lagu tu..

ayu said...

bukankah kita sama-sama ditarbiyah dan mentarbiyah dlu...kitakan ABC...wahid..rinduuu

Satu Cahaya said...

ya..kita ABC..xkn lupa..rnduu ayuu..sronok baca blog ayu..mcm seakan2 nmpak ayu yg brbicara..

ayu said...

baguslah...biarlah blog ni menjadi pengganti diri saya sementelah kita xberpeluang utk berjumpa..wahid kan dah di Mesir sekarang...:)pi la jumpa sakinah nnti..