Tuesday, February 28, 2012

7 tahun Kitaran Ekonomi dalam Surah Yusuf


Kalau lihat pada ramalan ekonomi tersebut 2011-2017 merupakan keadaan di mana ekonomi akan bermasalah.  Ramalan tersebut berdasarkan kitaran ekonomi 7 tahun dalam Surah Yusuf.  7 tahun tandus, dan 7 tahun subur.  Ramalan ini  terbukti benar apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada 2011-2012 di mana terdapat syarikat besar di Amerika telah muflis dan gulung tikar, di benua Eropah, Greece turut mengalami kelumpuhan ekonomi.  

Keadaan ini mengingatkan saya kepada pesanan cikgu sewaktu di Tingkatan Enam.  Walaupun beliau hanya pakar bahasa Malaysia, beliau turut membuat bacaan mengenai keadaan ekonomi.  Beliau menyebut keadaan ekonomi akan datang bakal menghadapi kemerosotan.  Jadi, beliau berpesan agar kami menyambung pengajian dengan dibiayai sama ada melalui biasiswa atau pinjaman bagi menantikan ekonomi pulih kembali agar tidak ada yang keluar nanti tidak mempunyai sebarang pekerjaan.  Bacaannya, saya akan bergraduasi 2012, sambung pengajian akan mengambil masa setahun setengah, maka akan bergraduasi sewaktu 2014, beliau berpesan belajar sampai tahap tertinggi dan tunggu ekonomi pulih which means PhD dalam tempoh 3 tahun dengan dibiaya biasiswa.  Kalau boleh nak elakkan pinjaman sebab tak suka berhutang.  Cuma apa yang saya tak ikut nasihat beliau ialah belajar dalam negara kerana apabila keadaan ekonomi negara teruk, kemungkinan berlaku pelajar yang dihantar ke luar negara dipanggil balik seperti mana yang berlaku pada tahun 1998.  Tapi, nak memikirkan PhD tanpa belum melalui Master rasa macam tak mampu.  Walau bagaimanapun, kita merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.  Jadi setelah berusaha, bertawakallah.  Allah Maha Mengetahui, walaupun saya teringin sangat nak pergi luar negara, andai situasi mendatang adalah sukar, Allah akan kekalkan saya di Malaysia.  Andai dapat panggilan dari kementerian seperti yang berlaku kepada senior-senior, maka saya akan pergi dengan Plan B.  InsyaAllah.  Dengan itu saya dapat membantu jentera PAS untuk menawan Putrajaya mungkin.  Sahabat-sahabat Nisa' dan PISA sudah sangat aktif berprogram di Pulau Pinang.

Tahun 2018-2024 diramalkan sebagai tahun yang subur.  InsyaALlah pada waktu tersebut, PR atau PAS akan memerintah Malaysia.  Walau bagaimanapun, saya tak berani nak merancang sejauh itu.  Kalau dah subur, maka tak ada yang perlu dirisaukan kan?  Mungkin akan mengutip strawberi di Kundasang?~~hihi.  InsyaAllah.  Semangatlah menuntut ilmu walau apa yang terjadi.  Jangan jemu, bukan sekarang masanya...

3 comments:

hazyra said...

kutip strawberi kat kundasang ek..hehe..nak pi ngn sapa tu??^_^
da pnah pi sana..best.. tapi tak dapat kutip pun..bli je~

Unknown said...

yang kundasang tu menarik untuk dibayangi...

ayu said...

saya tahu, semua orang membayangkan kerehatan dan kesenangan...tapi sekarang masa untuk berlelah-lelah dahulu...nanti apabila tiba masanya, jomlah kita beramai-ramai pergi ke kundasang :)