Tuesday, May 15, 2012

Cinta kita di Pantai Merdeka


Lagu latar: Cinta kita di Pantai Merdeka oleh Tropika.

AMARAN keras: Bagi yang ada kekasih atau tunang, jangan dengar lagu ni sebab nanti melalaikan.  Saya dengar tak pa sebab saya teringat kat mak saya dan saya tak bertanggungjawab atas salah laku di atas.

Tadi sewaktu melintas cafĂ© Pusanika, saya terdengar lagu ini dipasangkan oleh pelajar kejuruteraan yang sedang membuat program di situ.  Terus tersenyum dan teringat dekat mak.

Pertama kali saya mendengar mak saya sambung chorus lagu ni, saya gelak guling-guling.  Tak percaya mak saya ni layan juga lagu-lagu jiwang ni.  Bila ditanya macam mana boleh ingat?  Mak cakap ni nostalgia waktu bertunang dengan abah.  Waktu tersebut mereka keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan ke Pantai Merdeka.  Walaupun mak bukanlah dalam kalangan mereka yang Islamik, tetapi mak tak suka perhubungan bebas antara lelaki dan wanita.  Jadi, semasa bertunang mereka jarang berjumpa.  Jumpa pun dengan ditemani oleh kawan masing-masing sewaktu berkelah di Pantai Merdeka.  Tambahan pula, selepas bertunang abah mendapat panggilan untuk bekerja di Kuala Lumpur.  Rezeki yang Allah kurniakan sebagai memberkati ikatan tersebut.  Tinggallah mak di Pulau Pinang. 

Jadi, mereka hanya berutus surat sepanjang 2 bulan bertunang sebelum berkahwin.  Dan lagu inilah yang menemani mak saya.  Mungkin ada kesilapan sedikit di situ, tapi zaman dulu, agama kurang diterapkan.  But at least, she tried.  She knew this song by heart.  Mungkin sebab terlalu sinonim nostalgia mereka berdua, sewaktu kecil-kecil abah selalu bawa kami adik-beradik mandi di Pantai Merdeka.  Entah berapa puluh kali pergi mandi di situ sehinggalah saya tidak lagi suka mandi laut sebab nanti kulit jadi gelap dan kusam.  Di situ juga abah ajar kami adik beradik berenang tapi yang kuasainya seorang sahaja.  Yang lain semua gagal.  Selalunya macam itulah, apa-apa sahaja yang menjadi nostalgia antara mak dan abah mesti akan dibawa kepada anak-anak.  Mungkin untuk mengikat hati kami seperti mana mengikat hati mereka berdua.  Antaranya yang pernah saya ceritakan ialah stesen kereta api Bukit Mertajam.

Tapi sebenarnya yang mengikat hati kita adalah kecintaan kepada Allah.  Bukanlah lagu-lagu, tempat-tempat atau makanan.  Hal ini demikian kerana, apabila berlaku masalah dalam rumahtangga, kepatuhan dan kecintaan kepada Allah yang akan menyelamatkan hubungan tersebut, bukan nostalgia-nostalgia yang dibina.  Saya bukan seorang yang ahli dalam bab-bab ni, cuma sekadar melontarkan pandangan yang kecil.  Oleh itu, bagi yang faham agama, tak perlulah nak cemburu dengan mereka yang berdating dan berhubung 24 jam.  Kita ada banyak lagi agenda agama yang perlu didahulukan.

Jadi, maafkan saya yang sedang melayan lagu ni.  Tiba-tiba teringat dekat mak.  Oleh itu, hati-hati dengan lagu.  Ia boleh menyebabkan kita teringat selain daripada Allah.  Kalau mak, mungkin bagus.  Kalau yang lain? Nauzubillah…

2 comments:

Ezuan Saad said...

:)
menarik~


*tertarik utk baca sbb minat lagu ni tp mnurut pnyanyi tu, dia kata lagu ni lbh kpd tadabbur..wallahu a'lam.

ayu said...

syukran...lagu lama2 memang nostalgia