Tuesday, May 22, 2012

Tetamu eksklusif

Saya tengah memendam perasaan marah sebentar tadi...saya seperti dapat merasakan syaitan sedang mengapi-apikan saya, tapi disebabkan saya sedang berwuduk, perasaan tersebut terpendam dan membara di dalam hati...dan akhirnya menjadi titisan-titisan air mata.

Kadang-kadang ada cerita-cerita yang saya tak nak dengar, tapi entah macam mana ia singgah di telinga.  Saya mudah melatah dengan provokasi.  Bagi orang lain, mereka melihat ianya suatu perkara yang kecil dan bukan masalah, tetapi bagi saya pula berpandangan sebaliknya.  Sebab syaitan tahu kelemahan saya, jadi daripada perkara tersebut sebenarnya tidak ada apa-apa, ianya menjadi apa-apa.

Nasihat saya, kita kena betul-betul menjaga tingkah laku dan akhlak dan berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar memelihara aib kita.  Manusia sekeliling kadang-kadang tak berniat nak melukakan kita, tetapi hati manusia tidak ada siapa yang tahu.  Mungkin juga kadang-kadang ada cerita yang tak enak tentang saya yang sampai di telinga-telinga sahabat, sekaligus melukakan hati mereka.  Jadi mungkin saya dibalas kembali disebabkan perbuatan saya yang tak menjaga akhlak tersebut.  Baru tadi melayan cerita lagha, terus saya dibalas perbuatan supaya kembali muhasabah.  Mungkin juga kerana fitrah hati itu cepat berubah-ubah, sekejap ok, sekejap tak ok.  Oleh itu, kepada Allah jualah hati yang tenang itu.

Mungkin saya perlu bawa diri seketika dan bermuhasabah sebelum menempuh bulan Ramadhan.  Apa yang saya cari sebenarnya?  Tidak ada satu pun milik kita...semuanya milik Allah.  

Ya Allah, beri aku peluang untuk menjadi penyambut tetamu eksklusif pada RAmadhan kali ni..

Hilang perasaan marah...hanya Allah pemilik segala hati manusia.  Pelihara hati-hati kami...

No comments: