Kalau minggu lepas sebelum
memasuki bulan Ramadhan, seminggu saya dipenuhi dengan berita-berita mengenai
kematian. Namun, apabila memasuki bulan
Ramadhan, seminggu pula saya dipenuhi dengan berita-berita mengenai perkahwinan. Sama ada yang bakal berkahwin, yang nak
berkahwin atau yang ada masalah nak berkahwin.
Setakat ini ada 5 jemputan kenduri kahwin yang diterima termasuk dari
sepupu. Memang perkara ini berentetan
dan ianya datang dari individu yang berbeza-beza sama ada bakal berkahwin atau
belum berkahwin.
Mendengar kuliah daripada Mufti
Hussain Kamani, beliau menyebut sabda Rasulullah s.a.w daripada Ali r.a;
“There are three things that a person should never delay,
i)
Pengebumian apabila terdapatnya jenazah
ii)
Solat apabila masuk waktu
iii)
Berkahwin
Tapi apa yang saya lihat sekarang
ini, ibadah perkahwinan menjadi seperti ibadah haji. Ibadah kahwin dilaksanakan hanya apabila
seseorang tersebut berkemampuan dan bersedia, seperti haji. Kalau tak mampu tak apa kalau tak kahwin
lagi. Sedangkan tuntutan untuk disegerakan
adalah seperti perlu disegerakan pengebumian jenazah dan solat yang kita
maklumkan bagaimana kadar segera yang dimaksudkan. Ini lontaran dan persoalan yang timbul hasil
dari mendengar kuliah tersebut.
“permudahkan, jangan
persulitkan.”
Islam menyuruh kita
mempermudahkan sesuatu perkara dan jangan menyulitkan. Rata-rata rakan saya sama ada dari kecil
sehinggalah membawa ke besar dan terkini rakan sepraktikal saya, merancang
untuk berkahwin pada usia 26 dan 30 tahun.
Sebenarnya kalau ikut perancangan hidup yang saya buat dan dilekat di
almari bilik di rumah, saya pun meletakkan umur 27 tahun. Ia merupakan perkara terakhir yang akan saya
buat. Tetapi, as time goes by, perancangan
Allah selalunya yang terbaik dan sekarang baru saya tahu Rasulullah s.a.w
menyuruh untuk menyegerakan perkahwinan seperti mana perlunya disegerakan solat
dan pengebumian jenazah (ceh, macam lah dah kahwin~). Namun, kefahaman saya masih sangat rendah
saya kira kalau untuk menghuraikan hadis ini, jadi sebab itulah penulisan kali
ini lebih kepada persoalan dan lontaran.
Dalam perbualan saya yang terbaru
dengan rakan-rakan, kedua-duanya menggunakan alasan berbakti kepada ibu bapa
dahulu sebelum memikirkan mengenai perkahwinan.
Alasan ini juga yang saya terima dari rakan-rakan perempuan yang lain
sejak saya sudah pandai mendengar kisah mengenai perkahwinan. Pandangan saya, kewajipan berbakti kepada ibu
bapa merupakan satu kewajipan yang bersifat berterusan semenjak seseorang
bergelar anak lagi. Sepanjang masa kita
perlu berbakti kepada mereka tidak kira walau apa pun yang terjadi dalam hidup
kita dan apa pun perubahan yang kita buat.
Saya pernah berjumpa dengan
seorang wanita bekerjaya, kawan kepada mak.
Setelah mendapat gaji RM12000 sebulan dan akan datang RM40000,
semestinya itu merupakan pencapaian terbaik dan usaha untuk berbakti kepada
kedua orang tua. Ibunya pernah berkata, “A
tak payah kahwinlah, A teman mak.” Tetapi,
ibubapanya sudah meninggal sebelum sempat menikmati hasil pencapaiannya. Pada umur 35 tahun, untuk mula memikirkan
mengenai perkahwinan sudah menjadi sukar.
Seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Takdir itu atas pilihan kita juga.
Oleh itu, permudahkan. Berbaktilah sepanjang masa dan ibubapa akan
sentiasa memberkati setiap keputusan yang kita buat dalam hidup.
Waktu sambil-sambil menolong
abah, terpacul dari mulut abah;
“Nanti walaupun dah kahwin,
ingat-ingat la jasa mak. Banyak yang mak
dah korban.”
Walaupun abah menyebut mak, tapi
saya tahu itu membawa maksud kedua-duanya juga.
Abah tak pernah menghalang apa-apa pun keputusan yang saya buat, tetapi
sentiasa memberi nasihat dan pesanan.
Oleh itu, alasan tidak bersedia
setelah cukup syarat amat tidak cocok jika mengikut suruhan disegerakan
tersebut. Seperti mana tak boleh guna
alasan tak bersedia untuk solat, “ali, jom solat.” “saya tak bersedia”. Boleh
ke camtu? Kalau kebumikan jenazah pun
camtu juga..”tak perlulah kebumikan jenazah zohor ni, tukang mandi jenazah, pak
imam tak sedia lagi, kita tangguh ke asar.” Agak-agak apa jadi kalau
camtu? Jadi kalau kahwin itu berada
sebaris dengan perkara yang perlu disegerakan, rasionalkah menggunakan alasan
tidak sedia?
Mungkin mereka melihat ibadah
solat itu melibatkan diri individu sahaja, jadi kalau cacat solatnya, maka
hanya dia seorang yang tahu dan tanggung, manakala pengebumian jenazah
merupakan fardhu kifayah, jadi kalau dah ada yang tahu, maka dia tak payah
bertanggungjawab. Tapi perkahwinan
melibatkan dua individu, oleh itu setiap individu perlu fikir banyak perkara
dan merasa risau kalau-kalau dia dipersalahkan andai perkahwinan tersebut gagal
atau ada masalah. Pemikiran sebeginilah yang
perlu dipecahkan. Bukankah isteri itu
dijadikan dari diri seorang lelaki, maka hakikatnya pasangan tersebut bersifat
satu. Selalu juga saya dengar ayat
seperti “my other half”, “soulmate” yang merujuk kepada pasangan
masing-masing. Hal ini menunjukkan
pasangan suami isteri merupakan satu.
Jadi kalau apa-apa yang berlaku kepada perkahwinan, kiranya macam
separuh badan kita yang bermasalah, jadi sama-sama bertanggungjawab.
Ibubapa dituntut apabila anak
gadisnya sudah sampai akil baligh, mereka perlu mula memikirkan untuk mencari
jodoh bagi anak mereka. Ada
signifikannya suruhan Islam ini. Selaku
ketua keluarga, menjadi naluri seorang ayah untuk melindungi anak gadisnya. Memastikan anak gadisnya sentiasa terjaga dan
terpelihara dari gangguan lelaki-lelaki asing.
Namun, seorang ayah juga seharusnya sedar, anak gadisnya bukan selamanya
akan berada dengannya dan yang paling penting, kematian akan menjemput pada
bila-bila masa sahaja. Oleh itu, dia
seharusnya memikirkan siapakah yang dipercayainya untuk menjaga anaknya
nanti. Bukan sekadar melindungi tetapi
mencari penggantinya.
Kejadian yang berlaku kepada
rakan sepraktikal membuatkan saya terfikir mengenai perkara ini. Walau sebaik mungkin seorang ayah menjaga
anak gadisnya, suatu masa dia akan pergi juga.
Semestinya ayahnya sedih kerana tidak sempat melihat siapa yang bakal
menjaga anaknya nanti. Walau bagaimana protective seorang ayah, dia perlu
memikirkan andai dia pergi dulu, siapa pula yang akan menjaga anak gadisnya
seperti mana dia?
Bagi seorang lagi rakan
sepraktikal saya, baru-baru ini dia meminta nasihat dan pandangan saya
berkaitan masalahnya semasa kami sedang memandu ke pejabat. Juga mengenai perkahwinan. Ayahnya telah memilihkan jodoh untuknya,
suatu tanggungjawab yang cuba dilaksanakan. Calonnya ialah seorang sepupu
sebelah ibunya yang berumur 7 tahun lebih tua darinya, baik agama, jurutera,
ada rumah, kereta, good looking. Seseorang yang ayahnya percaya boleh
menjaganya seperti mana ayahnya.
Masalahnya, dia dan lelaki tersebut tidak ada chemistry. Itu sahaja alasan
yang diberitahu kepada saya. Jadi dia
memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi jawapan. Keadaan ini menyebabkan ayahnya sedih dan
ayat ayahnya lebih kurang begini mengenai alasan ayahnya memilih lelaki
tersebut;
“Ayah tak nak nanti kau masuk
tandas, tekan suis tapi tak menyala.”
Faham-fahamlah maksud ayahnya.
Mereka dari golongan berada. Dia
sudah terbiasa dengan kesenangan, jadi setelah ayahnya memberi segala yang dia
mahukan, itu sahaja yang ayahnya minta dari dia. Jadi dia serba salah. Hanya menunggu kata ‘ya’ sahaja dari dia,
maka mereka akan berkahwin.
Setelah saya bertanyakan beberapa
soalan kepadanya, saya mendapati tidak ada alasan untuknya menolak lelaki
tersebut. Itu sahaja yang saya
sebut. Tidak ada chemistry kerana lelaki tersebut tidak pernah bercinta dengan
mana-mana perempuan dari kecil, seorang pendiam, tak pandai nak raikan wanita
dan lack of sense. Normal la tu saya rasa bagi orang yang
menjaga dirinya. Kalau mat Romeo,
memanglah romantik tapi tak realistik dan futuristik. Moga dipermudahkan urusan dia.
Bagi saya, perancangan itu
penting. Banyak juga kes-kes yang saya
dengar, putus tunang sebab pihak yang lain tidak serius dan tidak ada
perancangan. Setakat saya hidup ni, banyak
kes yang putuskan itu adalah perempuan.
Ramai sepupu lelaki saya yang mengalami kes ini disebabkan bercinta
dulu. Kadang-kadang saya beranggapan
bahawa perempuan lebih mudah berubah hati berbanding lelaki. Kalau baca kajian yang dipaparkan di Yahoo,
masa bagi orang lelaki dan orang perempuan tidak sama. Lelaki lebih merasakan masa cepat berlalu
berbanding wanita. Jadi, memang rasional apabila Islam meletakkan tuntutan untuk seorang ayah segera mencari jodoh buat anak gadisnya
apabila sampai usia yang dibolehkan.
Saya pun tak kahwin lagi, tapi saya terfikir sebenarnya bukan jawapan nak berbakti kepada kedua orang tua yang menjadi asbab keputusan berkahwin lambat yang diambil oleh kawan-kawan saya. Lebih baik jujur dengan menjawab:
"Tak ada orang nak/ jodoh tak sampai lagi.."... Betul tak?
Sebabnya, entah sudah berapa orang rakan saya yang dulunya menggunakan alasan berbakti, last-last end up kahwin awal juga apabila ada orang masuk meminang. Jadi tak salah untuk berlaku jujur. Alamak, tak baiklah Ayu ni, judgmental betul.
Ini pandangan saya. Walaupun belum kahwin, nak kongsi juga. Tiba-tiba
rasa ingin memberi pendapat sebab minggu ini ramai sangat yang membangkitkan
soal ini. Saya selalunya mengelak
kecuali jika meminta pendapat saya.
Sebabnya, di hujung setiap perbualan, tidak sah kalau tak kaitkan saya
dengan persoalan ini. Kalau nak tahu
tentang saya tak apa, tetapi nak tahu tentang bakal suami. Sesuatu yang tak pasti bagi saya adalah topik
yang lebih baik jangan dibincangkan. Sekian…
No comments:
Post a Comment