Monday, March 28, 2011

Geramnya...


Comelnya!!! Gebunya!!!
Geram betul tengok dia tidur nyenyak...
Saya tak tidur-tidur lagi...:(
Pejam mata rapat
Masalah tak adalah katakan...
Berat 3.95kg...Beratkan!?
Bulatlah bentuk kepala dia
Motif?
Nak kongsi kat FB nanti datuk dia tahu, jadi letak dalam blog, datuk dia tak baca.
Seronok nak kongsi gambar baby ni.

p/s: Pak Lah saya tolong promote cucu Pak Lah, bleh yer...

Sunday, March 27, 2011

10 soalan bodoh untuk Rahim Thamby Chik

(tengok muka pun tak boleh percaya)

Saya tak kenal siapa Rahim Thamby Chik.  Saya kenal Anwar Ibrahim.  Saya kenal sebab kelantangan dan ketajaman fikiran dia berhujah soal ekonomi dan menjuarai isu-isu rakyat serta kezaliman orang terhadapnya sehingga dimasukkan ke dalam ISA.  Tapi, Rahim Thamby Chik ni.....saya kenal dia hanya kerana dia menjadi dalang video lucah....video lucah...hmm...ish2...kesian dia. Belajar tinggi-tinggi nak jadi pemimpin masyarakat last-last dikenali oleh rakyat disebabkan video lucah.  Lepas ni orang lain kalau nak jadi popular tak payah belajar pandai-pandai dan bertanding dalam pilihan raya, tapi jaja jer cerita ada video lucah pemimpin tertentu, nescaya anda akan popular habis...jadi saya nak tanyalah:

1) Siapakah Rahim Thamby Chik?
2) Siapakah Rahmi Thamby Chik dan Soi Lek untuk bercakap soal moral?
3) Apa habuan yang diterima dengan membuat kes video fitnah ini?
4) Kenapa membebankan Anwar Ibrahim dengan meminta bukti sedangkan Rahim Thamby Chik yang membuat tuduhan? Bukankah yang menuduh perlu membuktikan tuduhan dahulu?
5) Adakah Rahim Thamby Chik seorang yang pornografi? (pemimpin apakah ini?)
6) Adakah Rahim Thamby Chik sedang mengajar masyarakat Malaysia melihat video lucah? (Tak cukup pemimpin tak bermoral, rakyat pun diajak sama)
7) Bagaimana dengan kes dakwaan merogol budak bawah umur dahulu?
8) Adakah Rahim Thamby Chik merupakan secret admirer Anwar Ibrahim dari dahulu lagi? 
9) Apakah yang telah dilakukan oleh Rahim Thamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka sehingga Melaka terkenal dengan kes gejala sosial yang berleluasa? Adakah dengan menggalakkan rakyatnya menonton video-video lucah sebegini? atau menjadi perakam-perakam video lucah?
10) Adakah Rahim Thamby Chik ni Muslim atau Mukmin?



Oopss...ada soalan tambahan ler plak...

11) Tak ada kerja lainkah wahai Rahim? 

Pemimpin macam ni sangat memboringkan. Tak perlu ikuti pun tak per kes ni. Macam budak-budak sekolah.  Anda pemimpin, anda berlawan cara pemimpin. Tunjukkan daya intelek masing-masing. Buktikan sapa yang lebih menjuarai dalam isu kebajikan rakyat, bukannya sibuk bertukar-tukar video lucah lepas tu ajak orang lain tengok juga.  Kalau otak pemimpin asyik berfikir soal seks, rakyat apatah lagi.  Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.  Sama-sama tak sedar diri. Apakah ini?

Friday, March 25, 2011

Cerita Beliau...


Beliau itu...

Seorang yang sederhana sifatnya. Pakaiannya baju kemeja lengan pendek berkotak-kotak. Dengan hanya menaiki motosikal berjenama Honda,beliau menelusuri lebuh raya setiap pagi untuk menunaikan amanahnya pada anak bangsa.  Tidak mahu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas katanya.  Kehadirannya selalu tepat pada masa. Kadang-kadang lebih awal dari pelajarnya.  Kadang-kadang terkejar-kejar saya ke kelas untuk menyaingi beliau. Tidak mahu dianggap pelajar yang tak beradab kerana tiba lewat dari guru. Sentiasa bersemangat untuk mendengar kuliahnya.

Beliau itu...

Tidak pernah meninggi diri dengan ilmu yang ada.  Bahkan ilmunya kadang-kadang lebih luas dari pensyarah yang memiliki pangkat Dr, Prof, dan Prof Madya.  Walaupun beliau hanya menggunakan  nota yang ditulis tangan untuk disalin pelajar hasilnya lebih dekat dengan pelajar berbanding teknologi sedia ada. Beliau mengajar untuk memahamkan bukan menyusahkan pelajarnya apatah lagi untuk sekadar melepaskan bato’ di tangga.  Di sela-sela kuliahnya, terselit unsur-unsur lawak yang tersirat 1001 makna yang mendalam.  Tidak mahu pelajarnya mengantuk di dalam kelas.  Bicaranya santai,gayanya mesra,gurauannya hidup,senyumannya manis bergula.

Beliau itu...

Selalu menyedarkan pelajarnya akan keadaan masyarakat sekeliling. Hujahnya bukan kosong semata-mata. Notanya lengkap dengan rujukan dan huraian yang jelas. Falsafah yang dibawakan mudah dicerna dan dihadam.  Contoh yang dibawakan mudah difahami.  Pendiriannya tidak berat sebelah bahkan dihuraikan dari aspek ilmiah.  Yang benar dikata benar, yang salah dikata salah.

Beliau itu...

Pernah menuntut di sebuah universiti di Indonesia.  Budaya bangsa Indonesia yang sarat dengan falsafah dalam bicara mereka mengenai kehidupan telah dihayatinya sehingga terpancar pada setiap bait bicaranya.  Saya akui saya cuba mencontohinya.  Menjadi seorang yang analitis dalam setiap apa yang saya lihat dan temui dalam hidup.  Cuba mencari dan menghuraikan falsafah di sebalik setiap cerita manusia.

Hari itu...beliau berbicara selepas selesai mengajar;

‘Semalam saya panas hati dengan orang rumah saya,’
‘Kenapa?’
‘Saya ada satu rak buku yang satu baris tu saya isi penuh dengan buku resepi.  Malam tu, saya cari satu buku ni tak jumpa, apalagi, saya kejutkan orang rumah saya yang tengah tidur waktu tu.  Saya tanya mana  buku resepi? Orang rumah beritahu kawannya pinjam.  Saya kata padanya, suruhlah kawan tu beli.’

Pecah gelak dalam bilik kuliah.  Jarang orang lelaki nak cerita tentang rumahtangga mereka.  Pada pandangan peribadi saya, beliau bukan bercerita dengan niat untuk memburuk-burukkan orang rumahnya, tapi dalam nada berseloroh.  Perkataan yang digunakan juga tidak keras seperti ‘panas hati’, ‘orang rumah’.  Ada orang cakap, kalau seseorang lelaki berceritakan mengenai orang rumahnya, itu tandanya dia menghargai isterinya.  Apabila kita terkenang-kenangkan seseorang, mesti kita akan menyebut mengenainya selalu.  Wallahualam. Kadang-kadang konflik itu manis apabila dikenangkan kembali.  Semestinya bukan konflik yang besar kot.  Oranglah kata, bukan saya kata.

Beliau ini sangat pakar dalam bidang masakan.  Selalu masak di kenduri-kenduri besar menunjukkan hubungan baiknya dengan masyarakat kampung dan kerendahan dirinya dalam bergaul.  Beliau pernah memasak 3 ekor lembu dalam masa yang sama dan 500 ekor ayam.  Musuh ketat beliau dalam bidang masakan ini ialah isteri beliau sendiri.  Sebabnya setiap kali beliau masak, isterinya mesti menyoal macam-macam dan kritik itu ini.  Sebab itulah setiap kali beliau masak, beliau akan melarang isterinya dari masuk ke dapur.  Ambil bau sahaja katanya.^^

Dalam bidang masakan ini, setiap tukang masak memiliki rahsia tersendiri dan jurus mautnya.  Itu kata beliau.  Sewaktu mereka memasak, orang lain tak boleh ganggu.  Nanti tak menjadi katanya.  Sebabnya cara meramu bahan-bahan itu terpulang kepada gaya, mutu, keunggulan tersendiri.  Memang kalau dilihat tukang masak kenduri ni memang tenaga pakarnya terdiri dalam kalangan lelaki.  Tetapi, kalau tak silap saya, kat Kelantan kaum wanita yang handle masak-memasak ni.  Kaum lelaki dia buat apa yer?  Saya tanya beliau;

‘Kalau rahsia tersebut tak dikongsi, nanti masakan akan datang akan jadi semakin tak sedap dan hilang kualiti. Camna tu?’

Sebabnya, kita lihat dalam dunia Melayu ni, kemahiran yang ada selalunya tak diwarisi atau generasi seterusnya tak berminat untuk mewarisi kemahiran tersebut.  ‘Ghenyoh’ katanya (susah) dalam loghat utara.  Akhirnya yang tinggal hanyalah sesuatu yang nilainya semakin kurang dari generasi ke generasi.  Saya pernah dengar, dalam dunia persilatan, kalau tok guru ada 10 kemahiran, dia hanya akan ajar anak muridnya 9 kemahiran.  Lagi satu dia tak ajar sebab takut anak murid pijak kepala.  Kalau macam tu ceritanya, maka sifirnya akan jadi,

Tok guru (pengasas)= 10 kemahiran
Anak murid (perintis 1)= 9 kemahiran
Anak murid (perintis 2)= 8 kemahiran

Akhir sekali, apa yang dapat kita lihat hari ini, silat jadi kurang kualitinya.  Tinggal bunga jer lah. Yang satu pula bahagi separuh, dan seterusnya. Mana pergi ilmu hilangkan diri, kebal, keris terbang, dan segalanya yang dulu pernah kita dengar?

Macam yang saya tonton filem Ninja Assassins  dengan seorang sahabat saya (ditakdirkan dia sedang menonton, saya tumpang tengok jer(-_-`)), babak akhir menayangkan dia berhadapan dengan sifunya. Satu lawan satu.  Memang seram tahap gaban time tu.  Tak pernah-pernah tengok cerita ganas camtu.  Ada satu ilmu yang sifunya tak ajar iaitu mengghaibkan diri.  Sifunya ada kata waktu tu, “Ada anak pun tak boleh diharap,” lebih kurang camtu menunjukkan memang dari dulu lagi dia tak percaya kat siapa pun.

Begitu juga dunia memasak, setiap tukang masak ada mentornya.  Apabila terjadi sesuatu perkara yang tak dijangka seperti gangguan makhluk halus yang menjadikan masakan tersebut bermasalah, beliau akan merujuk mentornya.  Tapi beliau cakaplah yang beliau tak lah sampai guna benda-benda terlarang dalam masakan ni.  Rahsianya terletak kepada cara meramu bahan-bahan tersebut.  Pernah satu hari mak minta saya buatkan air asam.  Kat utara, dengar jer air asam mesti kecur air liur.  Selalunya air asam mak buat memang sedap habis.  Waktu saya buat tu, saya campur semua bahan-bahan ikut kepala sendiri.  Disebabkan tak nak tangan rasa pijar pegang cabai (cili boh), saya guna sudu besi.  Abah tengok jer saya gaulkan dengan sudu besi, terus dia tegur.

‘Mana boleh guna sudu besi, gaul dengan tangan, rasa air tangan baru sedap.’

Yerlah, orang-orang tua ni alah bisa tegal biasa.  Heh. Tak nak. Last-last abah yang gaulkan.

Sekali lagi waktu saya ikut rombongan keluarga sahabat.  Disuruhnya saya buat air asam.  Waktu makan tu, adalah yang mengusik,

“ Baik-baik makan air asam tu, Ayu yang buat, entah doa apa dia baca, nanti rasa air tangan dia terus jatuh hati pulak.”

Dengan slumbernya saya cakap;

“ Jangan risau, Ayu gaul guna sudu besi.” Terdiam mereka. Tak jadi nak ngusik.

Rahsia memasak ini memang tak pernah dibocorkan kepada sesiapa hatta isterinya sendiri.  Beliau pernah bocorkan satu rahsia ini dan meminta isterinya merahsiakan rahsia tersebut.  Tapi, isterinya bocorkan juga dekat kawan-kawan.  Maka keluarlah statement;

‘Orang perempuan ni tak boleh percaya, bila jumpa kawan-kawan habis semua benda diceritakan,’

Hu, I cannot feel offended cause I agree with dat statement.  Kalau lihat cerita Keluarga 99 karya P.Ramlee, ada diselitkan perkara sebegini.  Bahayakan orang perempuan ni?  Jadi lebih baik jangan ambil risiko simpan rahsia.  Pernah suatu malam kawan saya datang dekat saya, dia nampak macam nak beritahu sesuatu;

‘Ayu, sebelum aku nak bagitau ni aku nak tanya hang. Hang boleh simpan rahsia tak?’
Saya cakap tak boleh.  Terus dia tak jadi beritahu. Lebih baik macam tu kot daripada menanggung perasaan nak cerita kepada orang lain.  Kalau orang tanya dahulu kan lebih baik, saya akan memberikan jawapan sebegitu.  Tapi selalunya yang berlaku adalah mereka menceritakan semua cerita mereka, kemudian di hujung kata-kata barulah diberitahu,
‘Jangan beritahu sapa-sapa tau, ni rahsia.’

Laaa...kalau dah rahsia, buat apa diberitahu kat saya.~  

Secara teorinya, ilmu kalau dikongsi bukankah akan bertambah? Saya yakin beliau bukanlah tidak mahu memberitahu rahsianya.  Bahkan mana-mana orang berilmu pun, bukanlah tidak mahu berkongsi ilmu mereka.  Tetapi mereka menanti orang yang betul-betul bersungguh hendakkan ilmu mereka barulah mereka akan bersifat terbuka.  Ilmu ini akan jadi berharga jika ianya payah untuk didapati.  Ilmuan dahulukala, hanya untuk mendapatkan ilmu sanggup meredah lautan dan mengembara tinggalkan kampung halaman demi secebis ilmu.  Kita yang senang-senang memperoleh ilmu ini kurang menghargai usaha guru kita.  Boleh pergi tidur dalam kelas pula. :( ~fikir-fikirkan di mana kita meletak nilai secebis ilmu itu...?

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

Sunday, March 20, 2011

Falsafah di sebalik cerita...

5.00 p.m.
Penang

"Kak Yu, cerita Spongebob dah nak mula,"
" Ok."

Kartun kegemaran saya dan satu-satunya program yang saya tonton di TV. Kalau buka TV.  Dulu saya tonton cerita Spongebob sebab lawak. Tambah-tambah si Patrick yang sangat bengap tu suka buat lawak bodoh.  Sebenarnya ada falsafahnya kalau menonton kartun Spongebob ni.  Boleh jadi sumber inspirasi gak. Ambil sifat-sifat Spongebob yang rajin bekerja, seorang sahabat yang baik walaupun dapat kawan yang bengap macam Patrick dan Squidward yang arrogance tak kena tempat.  Walaupun Squidward tu tak suka Spongebob tapi Spongebob ni selalu husnuzhon dan layan Squid dengan baik. Camtulah juga kita sebagai pendakwah, walau macam manapun keadaan mad'u kita, kita perlu sentiasa optimis dan mengajak mereka untuk melakukan amar ma'aruf nahi munkar.  

Petang tu, tajuk cerita 'Friend or Foe'.  Ia menceritakan bagaimana suatu waktu dulu Mr.Crab bersahabat baik dengan si Plankton bermata satu sebelum mereka menjadi musuh tradisi.  Mereka bekerjasama dalam mencipta formula untuk membuat burger yang paling sedap.  Bila dah dapat formula, masing-masing mula berebut hak cipta.  Niat sebelum ini nak menyediakan makanan terbaik di Bikini Bottom berubah nak menguasai dunia.  Kata-kata Plankton;


" Kita kuasai perut mereka, kemudian akal mereka!"

Saya pernah baca yang kartun-kartun ciptaan Nickleodeon ni ada unsur-unsur Illuminati dalamnya.  Mungkin di sini mereka menyelit falsafah-falsafah mereka untuk menguasai minda masyarakat dunia.  Ini sebahagian strategi mereka.  

*Kuasai perut mereka- macam-macam cara mereka kuasai perut kita, secara kecilnya kita nampak makanan, macam McDonald, KFC, dll.  Bila dah ketagih makan produk mereka, akal pun dah tak waras  nak membuat keputusan untuk memboikot produk yang menyalurkan wang membantu rejim Yahudi ini.  Konon kita menolong saudara-mara kita yang bekerja di premis tersebut daripada dibuang kerja.  Seksa katanya.  Antara orang yang dibunuh dengan kejam setiap saat dengan orang yang dibuang kerja, mana satu seksanya!?  Sediakanlah inisiatif untuk mengganti premis kafir laknatullah tu.  Konon alasan KFC Holding dah dimiliki oleh Malaysia.  Excuse me, hak cipta nama tu still ada sahamnya.  Ingat free?  Sokong dan support RFC sebagai inisiatif mengganti KFC, barulah harga boleh murah.  Di Mesir, sahabat saya cerita, KFC lengang jer sebab di sana orang tak layan sangat KFC sebab ada premis tempatan.  Biasalah, bila dah ketagih dan perut dikuasai, akal akan turut terikat dan mencari-cari alasan untuk membolehkan perkara tersebut.  Dah tak boleh nak rasional dengan keadaan saudara seIslam yang ditindas.  Banyak mencari alasan.

Selain itu, jika dilihat dari sudut yang lebih besar, apabila dimaksudkan perut ni selalu dikaitkan dengan ekonomi.  Mereka menjadikan kita bergantung kepada mereka dari sudut ekonomi, secara automatiknya kita akan tunduk kepada mereka iaitu dalam membuat keputusan (akal).  Minda kita akan dikongkong oleh mereka. Kebebasan untuk membuat keputusan dan menentukan arah tuju sendiri disekat disebabkan Teori Pergantungan ini.

Si Plankton bermata satu ini juga menyebut dengan gahnya (siap kilat sambar menyambar dan guruh berdentum);

" Dengan Sains, kita akan kuasai akal mereka dan dunia ini!"

Si Plankton ni memang gila dengan ciptaan-ciptaan sains ini.  Tapi memang tepat dengan keadaan semasa dunia sekarang ini.  Even makanan diteknokan.  Buat ingredient bagi manusia ni ketagih dengan makanan mereka.  Ingat lagi, dulu masa kecil-kecil, abah kadang-kadang bawa balik ayam KFC sebab kilang bagi dekat pekerja. Kami adik-beradik teringinlah nak makan. Tapi abah bagi dekat kucing kat luar rumah. Tengok jer lah...Bagus juga proses sosialisasi macam tu. 

Kita perlu tahu, semboyan rakyat Sudan- kita makan daripada apa yang kita tanam dan kita berpakaian dari apa yang kita buat. Dalam buku Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden karya Ust Riduan Mohamad Nor, usaha Sudan untuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan ditentang oleh Amerika dan mereka ditekan dari segenap sudut.  Tapi, kenapa mereka boleh istiqamah? Semestinya kerana ekonomi mereka tak bergantung sepenuhnya kepada Amerika. Lihat semboyan mereka.  Sebab itulah mereka berani menentukan arah tuju negara dan menegakkan Islam.

Begitu juga kalau kita lihat pola pengundi di Kelantan.  Rakyat Kelantan berani mengambil keputusan mengundi PAS kerana budaya hidup mereka tidak makan gaji.  Tidak bergantungnya ekonomi rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat adalah kerana mereka menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan.  Mereka berpegang kepada prinsip seperti mana rakyat Sudan, " Kita makan daripada apa yang kita tanam, dan kita berpakaian dari apa yang kita buat".  Oleh itu, budaya ini perlu diterapkan di semua tempat dan budaya makan gaji perlu dikurangkan ataupun mentaliti subsidi.  Apabila perut kita tak dikuasai, akal kita pun waras untuk buat keputusan.  Lihat bagaimana melatih anjing untuk menurut arahan kita adalah dengan memegang makanannya.  Anjing tersebut akan lakukan segala perintah kita disebabkan makanannya kita yang pegang. Jika belia di Kelantan tidak diajar dan diterapkan budaya berniaga ini, kemungkinan untuk mereka beralih mengundi parti pemerintah sekarang ini adalah sangat besar.  Tambahan pula, muda-mudi di Kelantan sekarang ini sudah mula keluar dari negeri dan bekerja di bandar-bandar besar.  Lihat buku Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang karya Wan Abd. Rahman Wan Abd Latif.

Ada suatu ketika sedang berbual-bual dengan sahabat di meja makan cafe, dia mengajukan soalan;
'Korang rasa korang selesa tak sekarang ni?'
Kawan saya jawab ya.  Saya tanya,
'Selesa dalam konteks?' 
'Kenapa ko perlu bersusah-susah berjuang, berdemo, bukankah ko dah berada dalam keadaan selesa sekarang ni? Apa lagi yang nak diperjuangkan? Ko tu dapat biasiswa JPA lagi. Dah tak susah pun. Aku ni PTPTN jer pun.'
Saya beritahu dia,
'Bukankah bagus kalau semua orang boleh dapat apa yang aku dapat. Kita berjuang bukan untuk kesenangan diri sendiri. Perlukah kena dekat batang hidung sendiri baru nak bertindak? Kerajaan boleh laksanakan semua ni. Tak mustahil kalau biasiswa diberikan untuk semua pelajar.  Malaysia berada sama taraf dengan negara Korea Selatan dari sudut ekonomi, kenapa pendidikan mereka boleh diberi percuma, kenapa Malaysia tidak?'

Dia terdiam. Dia bukan tak tahu fakta. Malah mungkin lebih jelas daripada saya. Pembacaannya lebih meluas.  Tapi saya tak pasti kenapa dia tak cuba nak faham perkara ni.  Dia terlalu terhutang budi kepada 'kerajaan'.  Budaya terhutang budi ni ada dalam masyarakat Melayu sahaja. Sebab tulah orang Melayu paling liat nak tukar undi.  Orang Cina dan India pula melihat dari konteks siapa yang dapat memberi untung kepada mereka , mereka akan sokong pihak tersebut.  Di situlah masalahnya orang Melayu. Nak terhutang budi pun ada caranya.  Pada pendapat saya, terhutang budi itu perlu diletak ketepi jika kita melihat sahabat-sahabat dan saudara-mara kita ditindas even oleh orang yang memberi budi tadi.  Wallahualam.

Imam Malik ada menyebut, al-ilmu yu'ta ilaihi wala ya'ti (ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi).  Oleh itu, kalau kita tidak jelas tentang sesuatu perkara, pencarian penjelasan itu perlulah meluas dan mencapah sifatnya.  Lihat dari pelbagai sudut pandang dan dimensi. Jangan terus membuat provokasi dan kenyataan atas sesuatu yang kita tak jelas. Nampak bodoh di situ.  Tambah-tambah kat tempat awam. 

Lihat sesuatu dengan mata hati, bukan mata buta, mulut terkunci.
Maaf andai tulisan kali ni agak menjurus sifatnya...fakta melawan auta, begitulah sifatnya.

~al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~


semangat

dapat semangat baru.
dah buat pelan baru.
terlampau bersemangat sampai tak tau nak taip apa...wah!

Sunday, March 13, 2011

Kesedaran Sinis

' Jangan jadi sekolah jer bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis'
Sinis statement yang dikeluarkan oleh pensyarah saya.
Tergelak kami satu kelas.  Tapi memang itulah budaya politik orang Melayu.
Kesedaran kalau nak ditanam, perlu bersifat sinis dan tidak radikal.  Orang Melayu ni tak suka radikal-radikal.
Nanti cakap ekstremis agamalah, pengganaslah, anti-establishmentlah.
Jadi, kalau nak menangi hati pengundi yang bersifat atas pagar, non-partisan, perlu guna kaedah ni.
Kita sendiri tahu, budaya Melayu sejak zaman-berzaman.  Pantun tak pernah lekang.
Apa fungsinya cakap meleret-leret tersebut? Straight to da pointlah, baru senang.
Berterus-terangkan lebih mudah. Tapi itulah budaya.
Sebabnya Melayu ini berbudi bahasa.  Kalau nak tegur pun, kias-kias. Itulah fungsi pantun.
Sebab tu ada simpulan bahasa, peribahasa, dan segala basa-basinya.
Jadi, kalaupun pantun sudah tak jadi amalan, namun budaya kiasan jangan ditinggal terus.
Bila kita beri satu statement yang sinis, fitrah orang Melayu cepat terasa dan berfikir.
Tambah kalau cakap straight to da point, merajuk terus. Terus lari.  Di situlah silapnya kita.
Tambah-tambah anak muda. Cakapnya tak berlapik-lapik dah. 
Terus buat statement yang tak berseni.  One more thing yang orang tak tahu, politik itu adalah seni.
  The art of possible.
Jadi kalaupun kita di pihak yang benar, cara penyampaian itu perlulah kena dengan sasarannya.
Jangan terus-terusan mengatakan yang ini salah, yang ini benar.
Jangan secara lantang menolak pendapatnya.  Mereka bukanlah budak kecil.  Kalau budak kecil bolehlah ditengking, 'Kalau mak cakap salah, maknanya salah.'
They've got brain and their own understanding. Note dat.  
Kalau untuk orang yang kita sampaikan itu ada minat-minat sikit dengan fikrah kita, terus lari sebab tak suka dengan gaya kita.  Terus dibuat generalisasi tanpa mengkaji dulu.  Baru padan muka. Habis terjun pagar ke padang sana yang lebih 'biru'.  Siapa yang rugi....
Jangan terlalu tergesa-gesa, tapi itulah sifat orang muda...
Cewah, bercerita macam saya pulak orang tua...
Ada tak manusia dalam dunia ni yang suka pendapatnya ditolak? Tambah-tambah kalau dia memang berpegang dengan pendapat tersebut.
Jadi perlu ada cara halus nak mengubah pendapatnya dan mempengaruhi keputusannya.
Kesedaran sinis.
Kita sogokkan isu-isu semasa dan minta pendapatnya. Kita bangkitkan persoalan supaya dia berfikir dan bukannya campakkan fakta dan pendapat kita untuk diterima.
Slow and steady.  Kesedaran politik harus ditanamkan secara berterusan dan bukan dilakukan ketika hampir tempoh pilihan raya.

Cukup sekadar itu. Now get back on your track!

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

Friday, March 4, 2011

Busuk

Pada suatu malam yang dingin, jarum jam menunjukkan angka 2.  Setibanya di rumah, saya merupakan orang pertama yang masuk ke dalam rumah.  Masuk sahaja ke dalam rumah, menerpa satu bau yang kurang enak dari arah dapur.  Sahabat yang lain pun menghidu benda yang sama.  Apabila dijenguk ke dapur, bau tersebut tidak ada.  Tidak ada sampah di dapur untuk dikaitkan dengan bau tersebut.  Pelbagai teori dibuat sebagai punca bau tersebut.  Tak semena-mena meremang bulu tengkuk saya.  Sudahlah semalam menonton cerita Hantu Mak Limah Pulang ke Rumah atau ke Kampung? Terlupa plak tajuk...dah semua orang kecoh sangat dengan cerita tu, saya pun cuba tengok, apa yang lawak sangat? Tak sampai part 5 saya dah boring.  Tambah pula ada watak yang bernama Ayu dalam tu. Tak nak tengok dah. Baik tidur. Tapi still ada unsur seram.  Tak suka tengok cerita seram sebab tulah. Gambaran hantu tu over betul.

Sambung cerita, masing-masing cuba positif yang bau tu datang dari sesuatu yang konkrit.  Disebabkan masing-masing dah letih, jadi semua mengambil keputusan untuk tidur.  Pukul 3.30 pagi saya dikejutkan dengan satu suara lembut menusuk ke gegendang telinga.  Saya terjaga.  Owh, sahabat saya rupanya.  Dia minta tolong saya hantarkannya ke UKM sebab ada rombongan katanya.  Saya pun bangun dalam keadaan masih mengantuk lalu menyarungkan jaket dan tudung dan terus masuk ke dalam kereta yang berada di luar pagar rumah.  Setelah deria sedar saya kembali sedikit demi sedikit, saya mula membuka mata.  Baru saya perasan saya berseorangan di dalam kereta dan di luar rumah.  Sahabat saya tak kelihatan dan pintu rumah tertutup.  Saya memerhati sekitar kawasan kejiranan yang hanya diterangi oleh lampu jalan, tak semena-mena gambaran wajah hantu Mak Limah datang.  Ni yang saya benci sangat tengok cerita hantu sebab inilah.  Mesti dalam satu keadaan kita akan terbayang kembali.  Darah panas seakan menyerbu ke seluruh badan.  Saya memejamkan mata kembali.  Sewaktu menoleh ke kiri, saya ternampak kelibat sahabat di luar rumah.  Perasaan lega kembali bertapak.

Keesokan harinya, saya berusaha mencari punca bau busuk tersebut.  It must be somewhere.  Telahan saya tepat apabila rupa-rupanya bau itu datang dari air tadahan di bawah peti ais.  Selalu saya nampak mak keluarkan air dari bawah peti ais lama dan buangkan di luar.  Proses membuang air ni memang lawak.  Ooo...bila wangi semua orang nak dekat.  Bila busuk, semua lari.  Pakat nak termuntah segala.  Waktu pegang bekas air tu, saya minta baldi.  Sahabat saya hulurkan beg plastik sampah minta buang ke dalam tu.  Ya Allah, sampai berair mata saya tahan gelak takut tertumpahkan air dalam bekas tu...dahla busuk, kang tumpah ke tangan camna? Alamatnya sebulan tak makan nasi...takkanlah nak buang dalam beg plastik, kang nanti pecah beg tu, satu gheja pula nak mop lantai...sabar jer la.  Sambil buat kerja tu memang pakat tutup hidung.  Aiseh...

Pengajaran, sebelum kita nak dapat wangi, kita perlu berhadapan dengan busuk dahulu.  Barulah kita mempunyai inisiatif untuk mencari kewangian... Itulah hukum alam.  Sebelum nak dapat kesenangan, ada kesusahan yang perlu ditempuh.  Barulah merasa manisnya kesenangan dan berharganya suasana wangi tersebut.  Jadi wangi-wangikanlah diri kita sebelum jadi mayat busuk dan banyakkanlah beramal agar apabila kita bangun mengadap Allah nanti, kita akan berada dalam keadaan wangi...insyaAllah.

Kalaulah dosa itu berbau busuk...pasti sudah tidak ada yang sanggup mendekati...Astaghfirullah...

Busuk

Pada suatu malam yang dingin, jarum jam menunjukkan angka 2.  Setibanya di rumah, saya merupakan orang pertama yang masuk ke dalam rumah.  Masuk sahaja ke dalam rumah, menerpa satu bau yang kurang enak dari arah dapur.  Sahabat yang lain pun menghidu benda yang sama.  Apabila dijenguk ke dapur, bau tersebut tidak ada.  Tidak ada sampah di dapur untuk dikaitkan dengan bau tersebut.  Pelbagai teori dibuat sebagai punca bau tersebut.  Tak semena-mena meremang bulu tengkuk saya.  Sudahlah semalam menonton cerita Hantu Mak Limah Pulang ke Rumah atau ke Kampung? Terlupa plak tajuk...dah semua orang kecoh sangat dengan cerita tu, saya pun cuba tengok, apa yang lawak sangat? Tak sampai part 5 saya dah boring.  Tambah pula ada watak yang bernama Ayu dalam tu. Tak nak tengok dah. Baik tidur. Tapi still ada unsur seram.  Tak suka tengok cerita seram sebab tulah. Gambaran hantu tu over betul.

Sambung cerita, masing-masing cuba positif yang bau tu datang dari sesuatu yang konkrit.  Disebabkan masing-masing dah letih, jadi semua mengambil keputusan untuk tidur.  Pukul 3.30 pagi saya dikejutkan dengan satu suara lembut menusuk ke gegendang telinga.  Saya terjaga.  Owh, sahabat saya rupanya.  Dia minta tolong saya hantarkannya ke UKM sebab ada rombongan katanya.  Saya pun bangun dalam keadaan masih mengantuk lalu menyarungkan jaket dan tudung dan terus masuk ke dalam kereta yang berada di luar pagar rumah.  Setelah deria sedar saya kembali sedikit demi sedikit, saya mula membuka mata.  Baru saya perasan saya berseorangan di dalam kereta dan di luar rumah.  Sahabat saya tak kelihatan dan pintu rumah tertutup.  Saya memerhati sekitar kawasan kejiranan yang hanya diterangi oleh lampu jalan, tak semena-mena gambaran wajah hantu Mak Limah datang.  Ni yang saya benci sangat tengok cerita hantu sebab inilah.  Mesti dalam satu keadaan kita akan terbayang kembali.  Darah panas seakan menyerbu ke seluruh badan.  Saya memejamkan mata kembali.  Sewaktu menoleh ke kiri, saya ternampak kelibat sahabat di luar rumah.  Perasaan lega kembali bertapak.

Keesokan harinya, saya berusaha mencari punca bau busuk tersebut.  It must be somewhere.  Telahan saya tepat apabila rupa-rupanya bau itu datang dari air tadahan di bawah peti ais.  Selalu saya nampak mak keluarkan air dari bawah peti ais lama dan buangkan di luar.  Proses membuang air ni memang lawak.  Ooo...bila wangi semua orang nak dekat.  Bila busuk, semua lari.  Pakat nak termuntah segala.  Waktu pegang bekas air tu, saya minta baldi.  Sahabat saya hulurkan beg plastik sampah minta buang ke dalam tu.  Ya Allah, sampai berair mata saya tahan gelak takut tertumpahkan air dalam bekas tu...dahla busuk, kang tumpah ke tangan camna? Alamatnya sebulan tak makan nasi...takkanlah nak buang dalam beg plastik, kang nanti pecah beg tu, satu gheja pula nak mop lantai...sabar jer la.  Sambil buat kerja tu memang pakat tutup hidung.  Aiseh...

Pengajaran, sebelum kita nak dapat wangi, kita perlu berhadapan dengan busuk dahulu.  Barulah kita mempunyai inisiatif untuk mencari kewangian... Itulah hukum alam.  Sebelum nak dapat kesenangan, ada kesusahan yang perlu ditempuh.  Barulah merasa manisnya kesenangan dan berharganya suasana wangi tersebut.  Jadi wangi-wangikanlah diri kita sebelum jadi mayat busuk dan banyakkanlah beramal agar apabila kita bangun mengadap Allah nanti, kita akan berada dalam keadaan wangi...insyaAllah.

Kalaulah dosa itu berbau busuk...pasti sudah tidak ada yang sanggup mendekati...Astaghfirullah...

Thursday, March 3, 2011

Biar Gambar Berbicara


 Mak ayam garang betul lepas telur dah menetas.  Muka cam mafia. Asyik nak terjah jer kalau dekat.
 Jalan-jalan cari makan. Proses sosialisasi pertama dalam hidup seekor ayam bermula dari didikan oleh sang ibu.
 "Mak, cek dah tak larat jalan...Asyik jalan-jalan jer, jomlah kita rehat pulak,"
"Nak lari sebentar...boringlah ikut mak, dunia dah moden, buat apa ikut cara lama...cek dah boleh berdikari,"




















Haa....kan dah kena culik dengan saya...padan muka. Jalan sorang-sorang lagi..eh, sekor-sekor...


Pengajaran: Sayangilah ibu anda.  Walau macam mana garang pun seorang ibu, hakikatnya tidak ada ibu yang nak anaknya jadi teruk.  Kita jer yang tak cuba nak faham metod seorang ibu dalam mendidik anaknya.  Mungkin proses sosialisasinya berbeza berbanding kita pada zaman ini, namun ibu tetap cuba berikan yang terbaik kepada anaknya.


Jangan merajuk kalau mak marah,  kena ingat kalau seorang ibu tak luahkan kemarahannya, nanti dia akan pendam dan mungkin kita akan berbuat dosa tanpa disedari. Kalau dia marah, tanda positif sebab dia nak bagitau kita yang perbuatan kita lakukan ini menyakitkan hatinya. Saya tak kisah kalau seorang ibu itu marah, asalkan jangan benci sudah.  Ingat yang marah bukan tandanya benci dan diam tak semestinya dia redha dengan apa yang kita buat.


mode~rindu yang amat...:_(...kuat Ayu, Allah ada.

Wednesday, March 2, 2011

Tidur lagi...


Hujan. Kilat sabung-menyabung. Di meja tulis.  Terkebil-kebil mata mengadap skrin komputer. Sedang berfikir. Terngiang-ngiang suara rakan sekuliah semalam;

'Ayu, kenapa sejak akhir-akhir ni aku tengok ko slalu tidur dalam kelas?'

Bagai terpukul mendengar soalan tersebut, saya terdiam.  Saya merenung matanya dalam-dalam sebelum berkata;

'Ko perasan ek?'
'Yer la, sebelum ni aku tak pernah nampak ko tido dalam kelas pun, ko kenapa sekarang ni?'

Terdiam lagi.  Saya biarkan soalan tersebut berlalu bagai angin semilir tanpa jawapan.  Bukan tak  mahu menjawab, sebenarnya saya turut mengajukan soalan yang sama untuk diri sendiri.  Kenapa sekarang ni aku selalu tidur dalam kelas?  Bagai tak dapat ditahan-tahan rasa kantuk tersebut.  Kadang-kadang bukan sekadar tersengguk-sengguk, tapi saya terus meletakkan kepala ke atas meja.  Selalu sahaja saya tidur dalam kelas subjek U3 dan tutorial pembentangan rakan-rakan.  Tapi tetap itu satu kerugian.  Ya Allah....teruk betul rasanya. Jatuh imej.

Sekarang ni, siang dan malam bagi saya bagai tiada beza.  Kadang-kadang macam dah lupa bagaimana rasanya tidur nyenyak atas katil yang empuk.  Untuk seseorang yang selalu tidur awal, perubahan yang dibuat sekarang bagai sesuatu yang keterlaluan.  Selalu tidur awal pukul 9, bangun pun awal.  Dulu duduk di rumah tidur lagi awal, selepas isyak terus tidur.  Nak ubah tabiat sangat payah.  Bila waktu dah menjangkau pukul 10, kepala dah pusing dan fikiran dah tak jernih.  Bukan waktu terbaik untuk buat keputusan.  Perlu tidur walau sebentar. Kemudian bangun pukul 2, barulah otak tu segar.  

4.29 a.m.

Tak dak nafsu nak tidur dah sebab dah melepasi pukul 1.  Proses nak masuk tidur iaitu antara pukul 12 hingga 1 dah lepas.  Nak siapkan tugas yang terbengkalai kena libatkan orang.  Tapi semua orang dah tidur.  Pagi-pagi sms suruh online memang tak ada siapa nak layan lah.  Ini bukan penyakit insomnia, tapi lebih kepada keletihan yang bersangatan sehingga tidak boleh tidur.

Tapi sangat risau sebab tidur dalam kelas.  Takut...takut hilang berkat ilmu sebab tak beradab dalam kelas.  Bukankah sikap itu akan membawa kepada kejayaan. ATTITUDE yang akan menjadikan kita cemerlang atau tidak. Tidur dalam kelas memang sikap yang tidak betul dah ni. Tolong ya Allah...tak nak gagal.  

p/s; Minggu ni jer Ayu camni, pasni tidur awal, bangun awal macam biasa balik.  Sebulan jer lagi nak exam.  Assignment kena siapkan juga dalam bulan ni. Siapkan awal-awal sebelum study week.  Jangan kacau study week tu.  InsyaAllah sempat cover dalam tempoh tu.