5.00 p.m.
Penang
"Kak Yu, cerita Spongebob dah nak mula,"
" Ok."
Kartun kegemaran saya dan satu-satunya program yang saya tonton di TV. Kalau buka TV. Dulu saya tonton cerita Spongebob sebab lawak. Tambah-tambah si Patrick yang sangat bengap tu suka buat lawak bodoh. Sebenarnya ada falsafahnya kalau menonton kartun Spongebob ni. Boleh jadi sumber inspirasi gak. Ambil sifat-sifat Spongebob yang rajin bekerja, seorang sahabat yang baik walaupun dapat kawan yang bengap macam Patrick dan Squidward yang arrogance tak kena tempat. Walaupun Squidward tu tak suka Spongebob tapi Spongebob ni selalu husnuzhon dan layan Squid dengan baik. Camtulah juga kita sebagai pendakwah, walau macam manapun keadaan mad'u kita, kita perlu sentiasa optimis dan mengajak mereka untuk melakukan amar ma'aruf nahi munkar.
Petang tu, tajuk cerita 'Friend or Foe'. Ia menceritakan bagaimana suatu waktu dulu Mr.Crab bersahabat baik dengan si Plankton bermata satu sebelum mereka menjadi musuh tradisi. Mereka bekerjasama dalam mencipta formula untuk membuat burger yang paling sedap. Bila dah dapat formula, masing-masing mula berebut hak cipta. Niat sebelum ini nak menyediakan makanan terbaik di Bikini Bottom berubah nak menguasai dunia. Kata-kata Plankton;
" Kita kuasai perut mereka, kemudian akal mereka!"
Saya pernah baca yang kartun-kartun ciptaan Nickleodeon ni ada unsur-unsur Illuminati dalamnya. Mungkin di sini mereka menyelit falsafah-falsafah mereka untuk menguasai minda masyarakat dunia. Ini sebahagian strategi mereka.
*Kuasai perut mereka- macam-macam cara mereka kuasai perut kita, secara kecilnya kita nampak makanan, macam McDonald, KFC, dll. Bila dah ketagih makan produk mereka, akal pun dah tak waras nak membuat keputusan untuk memboikot produk yang menyalurkan wang membantu rejim Yahudi ini. Konon kita menolong saudara-mara kita yang bekerja di premis tersebut daripada dibuang kerja. Seksa katanya. Antara orang yang dibunuh dengan kejam setiap saat dengan orang yang dibuang kerja, mana satu seksanya!? Sediakanlah inisiatif untuk mengganti premis kafir laknatullah tu. Konon alasan KFC Holding dah dimiliki oleh Malaysia. Excuse me, hak cipta nama tu still ada sahamnya. Ingat free? Sokong dan support RFC sebagai inisiatif mengganti KFC, barulah harga boleh murah. Di Mesir, sahabat saya cerita, KFC lengang jer sebab di sana orang tak layan sangat KFC sebab ada premis tempatan. Biasalah, bila dah ketagih dan perut dikuasai, akal akan turut terikat dan mencari-cari alasan untuk membolehkan perkara tersebut. Dah tak boleh nak rasional dengan keadaan saudara seIslam yang ditindas. Banyak mencari alasan.
Selain itu, jika dilihat dari sudut yang lebih besar, apabila dimaksudkan perut ni selalu dikaitkan dengan ekonomi. Mereka menjadikan kita bergantung kepada mereka dari sudut ekonomi, secara automatiknya kita akan tunduk kepada mereka iaitu dalam membuat keputusan (akal). Minda kita akan dikongkong oleh mereka. Kebebasan untuk membuat keputusan dan menentukan arah tuju sendiri disekat disebabkan Teori Pergantungan ini.
Si Plankton bermata satu ini juga menyebut dengan gahnya (siap kilat sambar menyambar dan guruh berdentum);
" Dengan Sains, kita akan kuasai akal mereka dan dunia ini!"
Si Plankton ni memang gila dengan ciptaan-ciptaan sains ini. Tapi memang tepat dengan keadaan semasa dunia sekarang ini. Even makanan diteknokan. Buat ingredient bagi manusia ni ketagih dengan makanan mereka. Ingat lagi, dulu masa kecil-kecil, abah kadang-kadang bawa balik ayam KFC sebab kilang bagi dekat pekerja. Kami adik-beradik teringinlah nak makan. Tapi abah bagi dekat kucing kat luar rumah. Tengok jer lah...Bagus juga proses sosialisasi macam tu.
Kita perlu tahu, semboyan rakyat Sudan- kita makan daripada apa yang kita tanam dan kita berpakaian dari apa yang kita buat. Dalam buku Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden karya Ust Riduan Mohamad Nor, usaha Sudan untuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan ditentang oleh Amerika dan mereka ditekan dari segenap sudut. Tapi, kenapa mereka boleh istiqamah? Semestinya kerana ekonomi mereka tak bergantung sepenuhnya kepada Amerika. Lihat semboyan mereka. Sebab itulah mereka berani menentukan arah tuju negara dan menegakkan Islam.
Begitu juga kalau kita lihat pola pengundi di Kelantan. Rakyat Kelantan berani mengambil keputusan mengundi PAS kerana budaya hidup mereka tidak makan gaji. Tidak bergantungnya ekonomi rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat adalah kerana mereka menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan. Mereka berpegang kepada prinsip seperti mana rakyat Sudan, " Kita makan daripada apa yang kita tanam, dan kita berpakaian dari apa yang kita buat". Oleh itu, budaya ini perlu diterapkan di semua tempat dan budaya makan gaji perlu dikurangkan ataupun mentaliti subsidi. Apabila perut kita tak dikuasai, akal kita pun waras untuk buat keputusan. Lihat bagaimana melatih anjing untuk menurut arahan kita adalah dengan memegang makanannya. Anjing tersebut akan lakukan segala perintah kita disebabkan makanannya kita yang pegang. Jika belia di Kelantan tidak diajar dan diterapkan budaya berniaga ini, kemungkinan untuk mereka beralih mengundi parti pemerintah sekarang ini adalah sangat besar. Tambahan pula, muda-mudi di Kelantan sekarang ini sudah mula keluar dari negeri dan bekerja di bandar-bandar besar. Lihat buku Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang karya Wan Abd. Rahman Wan Abd Latif.
Ada suatu ketika sedang berbual-bual dengan sahabat di meja makan cafe, dia mengajukan soalan;
'Korang rasa korang selesa tak sekarang ni?'
Kawan saya jawab ya. Saya tanya,
'Selesa dalam konteks?'
'Kenapa ko perlu bersusah-susah berjuang, berdemo, bukankah ko dah berada dalam keadaan selesa sekarang ni? Apa lagi yang nak diperjuangkan? Ko tu dapat biasiswa JPA lagi. Dah tak susah pun. Aku ni PTPTN jer pun.'
Saya beritahu dia,
'Bukankah bagus kalau semua orang boleh dapat apa yang aku dapat. Kita berjuang bukan untuk kesenangan diri sendiri. Perlukah kena dekat batang hidung sendiri baru nak bertindak? Kerajaan boleh laksanakan semua ni. Tak mustahil kalau biasiswa diberikan untuk semua pelajar. Malaysia berada sama taraf dengan negara Korea Selatan dari sudut ekonomi, kenapa pendidikan mereka boleh diberi percuma, kenapa Malaysia tidak?'
Dia terdiam. Dia bukan tak tahu fakta. Malah mungkin lebih jelas daripada saya. Pembacaannya lebih meluas. Tapi saya tak pasti kenapa dia tak cuba nak faham perkara ni. Dia terlalu terhutang budi kepada 'kerajaan'. Budaya terhutang budi ni ada dalam masyarakat Melayu sahaja. Sebab tulah orang Melayu paling liat nak tukar undi. Orang Cina dan India pula melihat dari konteks siapa yang dapat memberi untung kepada mereka , mereka akan sokong pihak tersebut. Di situlah masalahnya orang Melayu. Nak terhutang budi pun ada caranya. Pada pendapat saya, terhutang budi itu perlu diletak ketepi jika kita melihat sahabat-sahabat dan saudara-mara kita ditindas even oleh orang yang memberi budi tadi. Wallahualam.
Imam Malik ada menyebut, al-ilmu yu'ta ilaihi wala ya'ti (ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi). Oleh itu, kalau kita tidak jelas tentang sesuatu perkara, pencarian penjelasan itu perlulah meluas dan mencapah sifatnya. Lihat dari pelbagai sudut pandang dan dimensi. Jangan terus membuat provokasi dan kenyataan atas sesuatu yang kita tak jelas. Nampak bodoh di situ. Tambah-tambah kat tempat awam.
Lihat sesuatu dengan mata hati, bukan mata buta, mulut terkunci.
Maaf andai tulisan kali ni agak menjurus sifatnya...fakta melawan auta, begitulah sifatnya.
~al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
7 comments:
menarik k.ayu..pernah terbaca sblm ni sal unsur iluminiti..^^,
artikel yg mnarik..jarang jumpa artikel yg sarat dgn isu skeliling dan dikaitkan dgn bbrapa flsafah tselindung..keep it up!
al-fakhir ilallah>syukran... mgkin boleh bkongsi pasni pasal iluminati..
ust fariq> insyaALlah...:)
this is great, ayu..i like the way u combine d cartoons with our life when people just set in their mind: Cartoons are just cartoons and for kids...blueerrkk...i hate that statement..hoho
i agree wif u...tgk kartun lg baik sbb lebih bermoral berbanding filem or movie utk org dewasa...nk tgk pun x selesa. keep watching zizah...:P
pendapat illyza, tengok cite ap pon kene pandai aplikasikan baik buruknya dalam kehidupan seharian..cuma masih x reti nak menulis macam akak..mmg menarik artikel ni..good job!:)
akak stuju dgn pdapat ilyza, tp muda mudi skrg ni mnjadikan filem, movie n even kartun sbg tempat nk bhibur tnpa mhayati flsafah dsebaliknya, mlihat dgn mata buka, tp minda tertutup...rugi krjaan labur duit byk2 dlm industri pfileman slagi minda rkyat x dididik utk bersifat analitis...wallahualam
Post a Comment