Hujan. Kilat sabung-menyabung. Di meja tulis. Terkebil-kebil mata mengadap skrin komputer. Sedang berfikir. Terngiang-ngiang suara rakan sekuliah semalam;
'Ayu, kenapa sejak akhir-akhir ni aku tengok ko slalu tidur dalam kelas?'
Bagai terpukul mendengar soalan tersebut, saya terdiam. Saya merenung matanya dalam-dalam sebelum berkata;
'Ko perasan ek?'
'Yer la, sebelum ni aku tak pernah nampak ko tido dalam kelas pun, ko kenapa sekarang ni?'
Terdiam lagi. Saya biarkan soalan tersebut berlalu bagai angin semilir tanpa jawapan. Bukan tak mahu menjawab, sebenarnya saya turut mengajukan soalan yang sama untuk diri sendiri. Kenapa sekarang ni aku selalu tidur dalam kelas? Bagai tak dapat ditahan-tahan rasa kantuk tersebut. Kadang-kadang bukan sekadar tersengguk-sengguk, tapi saya terus meletakkan kepala ke atas meja. Selalu sahaja saya tidur dalam kelas subjek U3 dan tutorial pembentangan rakan-rakan. Tapi tetap itu satu kerugian. Ya Allah....teruk betul rasanya. Jatuh imej.
Sekarang ni, siang dan malam bagi saya bagai tiada beza. Kadang-kadang macam dah lupa bagaimana rasanya tidur nyenyak atas katil yang empuk. Untuk seseorang yang selalu tidur awal, perubahan yang dibuat sekarang bagai sesuatu yang keterlaluan. Selalu tidur awal pukul 9, bangun pun awal. Dulu duduk di rumah tidur lagi awal, selepas isyak terus tidur. Nak ubah tabiat sangat payah. Bila waktu dah menjangkau pukul 10, kepala dah pusing dan fikiran dah tak jernih. Bukan waktu terbaik untuk buat keputusan. Perlu tidur walau sebentar. Kemudian bangun pukul 2, barulah otak tu segar.
4.29 a.m.
Tak dak nafsu nak tidur dah sebab dah melepasi pukul 1. Proses nak masuk tidur iaitu antara pukul 12 hingga 1 dah lepas. Nak siapkan tugas yang terbengkalai kena libatkan orang. Tapi semua orang dah tidur. Pagi-pagi sms suruh online memang tak ada siapa nak layan lah. Ini bukan penyakit insomnia, tapi lebih kepada keletihan yang bersangatan sehingga tidak boleh tidur.
Tapi sangat risau sebab tidur dalam kelas. Takut...takut hilang berkat ilmu sebab tak beradab dalam kelas. Bukankah sikap itu akan membawa kepada kejayaan. ATTITUDE yang akan menjadikan kita cemerlang atau tidak. Tidur dalam kelas memang sikap yang tidak betul dah ni. Tolong ya Allah...tak nak gagal.
p/s; Minggu ni jer Ayu camni, pasni tidur awal, bangun awal macam biasa balik. Sebulan jer lagi nak exam. Assignment kena siapkan juga dalam bulan ni. Siapkan awal-awal sebelum study week. Jangan kacau study week tu. InsyaAllah sempat cover dalam tempoh tu.
No comments:
Post a Comment