Friday, March 4, 2011

Busuk

Pada suatu malam yang dingin, jarum jam menunjukkan angka 2.  Setibanya di rumah, saya merupakan orang pertama yang masuk ke dalam rumah.  Masuk sahaja ke dalam rumah, menerpa satu bau yang kurang enak dari arah dapur.  Sahabat yang lain pun menghidu benda yang sama.  Apabila dijenguk ke dapur, bau tersebut tidak ada.  Tidak ada sampah di dapur untuk dikaitkan dengan bau tersebut.  Pelbagai teori dibuat sebagai punca bau tersebut.  Tak semena-mena meremang bulu tengkuk saya.  Sudahlah semalam menonton cerita Hantu Mak Limah Pulang ke Rumah atau ke Kampung? Terlupa plak tajuk...dah semua orang kecoh sangat dengan cerita tu, saya pun cuba tengok, apa yang lawak sangat? Tak sampai part 5 saya dah boring.  Tambah pula ada watak yang bernama Ayu dalam tu. Tak nak tengok dah. Baik tidur. Tapi still ada unsur seram.  Tak suka tengok cerita seram sebab tulah. Gambaran hantu tu over betul.

Sambung cerita, masing-masing cuba positif yang bau tu datang dari sesuatu yang konkrit.  Disebabkan masing-masing dah letih, jadi semua mengambil keputusan untuk tidur.  Pukul 3.30 pagi saya dikejutkan dengan satu suara lembut menusuk ke gegendang telinga.  Saya terjaga.  Owh, sahabat saya rupanya.  Dia minta tolong saya hantarkannya ke UKM sebab ada rombongan katanya.  Saya pun bangun dalam keadaan masih mengantuk lalu menyarungkan jaket dan tudung dan terus masuk ke dalam kereta yang berada di luar pagar rumah.  Setelah deria sedar saya kembali sedikit demi sedikit, saya mula membuka mata.  Baru saya perasan saya berseorangan di dalam kereta dan di luar rumah.  Sahabat saya tak kelihatan dan pintu rumah tertutup.  Saya memerhati sekitar kawasan kejiranan yang hanya diterangi oleh lampu jalan, tak semena-mena gambaran wajah hantu Mak Limah datang.  Ni yang saya benci sangat tengok cerita hantu sebab inilah.  Mesti dalam satu keadaan kita akan terbayang kembali.  Darah panas seakan menyerbu ke seluruh badan.  Saya memejamkan mata kembali.  Sewaktu menoleh ke kiri, saya ternampak kelibat sahabat di luar rumah.  Perasaan lega kembali bertapak.

Keesokan harinya, saya berusaha mencari punca bau busuk tersebut.  It must be somewhere.  Telahan saya tepat apabila rupa-rupanya bau itu datang dari air tadahan di bawah peti ais.  Selalu saya nampak mak keluarkan air dari bawah peti ais lama dan buangkan di luar.  Proses membuang air ni memang lawak.  Ooo...bila wangi semua orang nak dekat.  Bila busuk, semua lari.  Pakat nak termuntah segala.  Waktu pegang bekas air tu, saya minta baldi.  Sahabat saya hulurkan beg plastik sampah minta buang ke dalam tu.  Ya Allah, sampai berair mata saya tahan gelak takut tertumpahkan air dalam bekas tu...dahla busuk, kang tumpah ke tangan camna? Alamatnya sebulan tak makan nasi...takkanlah nak buang dalam beg plastik, kang nanti pecah beg tu, satu gheja pula nak mop lantai...sabar jer la.  Sambil buat kerja tu memang pakat tutup hidung.  Aiseh...

Pengajaran, sebelum kita nak dapat wangi, kita perlu berhadapan dengan busuk dahulu.  Barulah kita mempunyai inisiatif untuk mencari kewangian... Itulah hukum alam.  Sebelum nak dapat kesenangan, ada kesusahan yang perlu ditempuh.  Barulah merasa manisnya kesenangan dan berharganya suasana wangi tersebut.  Jadi wangi-wangikanlah diri kita sebelum jadi mayat busuk dan banyakkanlah beramal agar apabila kita bangun mengadap Allah nanti, kita akan berada dalam keadaan wangi...insyaAllah.

Kalaulah dosa itu berbau busuk...pasti sudah tidak ada yang sanggup mendekati...Astaghfirullah...

No comments: