Mak ayam garang betul lepas telur dah menetas. Muka cam mafia. Asyik nak terjah jer kalau dekat.
Jalan-jalan cari makan. Proses sosialisasi pertama dalam hidup seekor ayam bermula dari didikan oleh sang ibu.
"Mak, cek dah tak larat jalan...Asyik jalan-jalan jer, jomlah kita rehat pulak,"
"Nak lari sebentar...boringlah ikut mak, dunia dah moden, buat apa ikut cara lama...cek dah boleh berdikari,"
Haa....kan dah kena culik dengan saya...padan muka. Jalan sorang-sorang lagi..eh, sekor-sekor...
Pengajaran: Sayangilah ibu anda. Walau macam mana garang pun seorang ibu, hakikatnya tidak ada ibu yang nak anaknya jadi teruk. Kita jer yang tak cuba nak faham metod seorang ibu dalam mendidik anaknya. Mungkin proses sosialisasinya berbeza berbanding kita pada zaman ini, namun ibu tetap cuba berikan yang terbaik kepada anaknya.
Jangan merajuk kalau mak marah, kena ingat kalau seorang ibu tak luahkan kemarahannya, nanti dia akan pendam dan mungkin kita akan berbuat dosa tanpa disedari. Kalau dia marah, tanda positif sebab dia nak bagitau kita yang perbuatan kita lakukan ini menyakitkan hatinya. Saya tak kisah kalau seorang ibu itu marah, asalkan jangan benci sudah. Ingat yang marah bukan tandanya benci dan diam tak semestinya dia redha dengan apa yang kita buat.
mode~rindu yang amat...:_(...kuat Ayu, Allah ada.
2 comments:
kraetif!!
(^_^) jom ayu...kejar anak ayam~
jom...x payah kejar pun mun. umpan ibu ayam dgn jagung pastu tangkap anak dia...:D
Post a Comment