7.46 a.m.
Sudut meja makan
Pagi-pagi macam ni, teringat kat mak di kampung. Bagusnya duduk dengan mak ialah diri sentiasa istiqamah dengan rutin-rutin harian. Bangun malam, bangun pagi, tidur awal, segalanya teratur. Kalau tidur selepas subuh, paling lama tempoh bertolak ansurnya hanya sampai pukul 8. Lebih daripada itu, bersedialah untuk masuk kuliah pukul 8. Semua anak-anak pun macam tu. Tak pernah diberi muka untuk bermalas-malasan. Kalau sebelum ini kuliah tersebut hanya dianggap sebagai angin semilir, dibiarkan pergi begitu sahaja, ada satu hari saya cuba menangkap butir-butir bicaranya.
Kata mak, kalau kita selalu sahaja nak tidur selepas Subuh, bukan masalah kita letih atau rasa mengantuk. Tapi disebabkan mind set kita yang tak betul. Kalau dah disetkan minda, selepas solat Subuh nak sambung tidur, memang akan tidur walaupun dah terlebih tidur malamnya. Rasa mengantuk tersebut akan secara automatik datang menyerang. Kalau kita letak mind set nak baca buku, kemas rumah, jogging, mesti kita akan dapat lakukannya. Sekarang, melihat kawan-kawan sebelah nyenyak dibuai mimpi, kita pun selalunya terpengaruh atau mungkin boleh jadi sebaliknya . Perlu ambil masa kembali untuk mengubah rutin.
Kiranya selama dibesarkan dan dididik di rumah, matlamat mak adalah cuba melatih anak-anak membina kekuatan melalui mind setting. Baru saya faham kini setelah berjauhan dan perlu berdikari sendiri. Segala-galanya boleh jika kita sudah pusatkan segala minda kita untuk melakukan sesuatu.
Semua yang mak lakukan adalah bertitik tolak dari kehidupan dahulunya. Mak cakap, mak tak bahagia dulu duduk dengan keluarganya walaupun tok wan orang besar di kampung. Harta melimpah ruah. Mak rasa tak ada kehidupan. Walaupun rumah besar, tanah berbidang-bidang, hidup rasa sunyi juga. Selepas kahwin, baru mak rasa seperti ada kehidupan walaupun hidup biasa-biasa sahaja dengan abah. Sebab itulah mak sedaya upaya tak nak anak-anaknya rasa apa yang dia rasa dahulu. Supaya hidup lebih bermakna.
Samalah seperti isu bendera Najib diturunkan, rakyat telah disetkan dengan pemahaman bahawa pemimpin negara itu tidak boleh disentuh, harus dihormati, tidak boleh dipersoalkan kewibawaannya, tak boleh dikritik walaupun terang-terangan dia berbuat kezaliman ke atas rakyat sendiri. Bagi saya, its not a big deal pun. Nak kata ada kaitan dengan simbol-simbol nasionalisme, bukan. Apa yang pasti gambar PM adalah salah satu alat hegemoni jer. Bagi mahasiswa yang counter-hegemon , beginilah sifatnya. Tak sensitif. Rakan saya susah hati andai perkara ini berterusan, negara akan kucar-kacir. Alah, setakat Adam tu, apalah sangat. Kalau Altantuya boleh dibom, inikan pula Adam yang tidak ada kepentingan pun. Can be dismiss at anytime, anywhere. Perbuatan tersebut terlalu kecil untuk diperdebatkan. Banyak lagi isu besar yang ditutup dan berisiko untuk negara yang perlu diperdebatkan dan dipersoalkan.
Apa-apa pun, ubah dulu tabiat buruk yang kecil-kecil, baru kita bercakap soal siapa layak atau tak layak memerintah negara. Minda yang sihat datang dari badan yang sihat~

No comments:
Post a Comment