Tuesday, July 31, 2012

Realiti wanita semasa

Kadang-kadang saya pelik dengan sikap sesetengah orang perempuan (rasa-rasanya sebahagian besar).  Keadaan ini menimbulkan kerisauan saya untuk memasuki dunia kerjaya.  Sikap mereka yang suka mengumpat ni memanglah tak dapat diselamatkan.  Naik gerun saya dibuatnya.  Saya tak pasti sama ada orang lelaki ada sikap ni ke tak.  Dengar kata, kalau orang lelaki mengumpat lagi teruk.  Tambah-tambah spesies yang patah-patah.  Astaghfirullah.. ini bukan saya yang kata, tapi saya dengar orang cakap.  

Mungkin kerana wanita memiliki kecenderungan untuk bercakap banyak sehingga topik mengenai orang adalah topik yang paling banyak nak dibincangkan.

Hari ini sahaja saya bertemu dengan dua situasi yang saya kira menimbulkan rasa kesal di hati.  Sewaktu berada di dalam surau perbadanan, ada sekumpulan pekerja wanita datang.  Sudahlah berada di dalam surau, telinga saya tertangkap mereka sedang merungut-rungut mengenai pelajar praktikal.  Mereka tak tahu saya ni pelajar praktikal sebab saya ditempatkan di pejabat Presint 9, bukan HQ.  Kalau dengar orang mengumpat kita kena elak, tetapi di dalam surau memang tak dapat nak lari atau tutup telinga, sebab surau tu kecil sangat.  Macam-macam yang mereka rungutkan.  Sekali dengan seseorang yang dipanggil ustaz pun mereka sebutkan.  Selepas mereka berlalu saya pun keluar dari surau menuju ke kenderaan nak ke majlis.  Sewaktu sedang melintas taman di tengah-tengah perbadanan ada sekumpulan wanita yang sedang duduk-duduk di taman tersebut.  Sekali saya lintas tiba-tiba saya dengar bunyi enjin motor dari arah tepi, sekali polis trafik nak lalu.  Saya berhenti, tetapi dia memberi isyarat agar saya lintas.  Kumpulan wanita tersebut memerhatikan kejadian tersebut.  Sewaktu saya melintas di hadapan mereka, saya tertangkap percakapan sesama mereka.  Saya pun tak ingat apa yang mereka cakapkan (tak perlu pun), tetapi mereka sedang menujukan percakapan tersebut kepada polis yang membawa motor besar tersebut.  Ada kaitan dengan kalau dia terjatuh bla..bla..bla.. Ya Allah, perlu ker nak beri remarks untuk setiap apa yang kita nampak di sekeliling? Memanglah tak ada kerja.  Saya kini sedang berhadapan dengan realiti wanita semasa~ (boleh buat tajuk forum)

Saya jarang bertemu dengan kumpulan-kumpulan pengumpat sebab saya berada di pejabat Presint 9.  Di situ, kami  berempat tak pernah punya masa nak sembang-sembang sangat.  Walaupun tak buat kerja projek, kami akan buat kerja sendiri di hadapan laptop.  Tiada yang nak sakit hati atau tak puas hati sebab pejabat tu kami sahaja yang duduk selain dari pekerja-pekerja maintenance yang keluar masuk kadang-kadang.  Jadi apabila pergi ke HQ, masuk bilik mesyuarat, jumpa pekerja-pekerja wanita, rasa seram apabila mendengar mereka saling meluahkan ketidakpuashatian terhadap seseorang.  Itu yang sehari saya dengar, hari-hari lain?  

Nak tahu sama ada perkara tersebut umpatan atau tak, apabila kita mendengar, kita akan rasa gelisah dan nak cepat-cepat tukar topik atau kalau lagi baik tegur terus.  Keadaan ini buat saya teringat kat ahli keluarga wanita saya.

Arwah Tok saya sebelah emak tak suka keluar rumah kalau tak pergi ke bendang atau kebun.  Dia lebih suka berkurung di dalam rumah dan tak suka bertandang ke rumah jiran sebab dia tak suka bersembang.  Kematiannya dipermudahkan sebab dia tak banyak sakitkan hati orang.  Hidupnya hanya untuk berbakti kepada suami dan dengan anak-anak.  Kadang-kadang tok wan suka kritik tok depan anak-anak dan cucu, tapi apa yang saya perasan tok senyum jer, tak ada pula dia jeling, merajuk, atau balas balik.  Sebab dia tak pernah bertandang ke rumah jiran, berkongsi cerita mengutuk suami sendiri macam orang lain buat atau membanding-bandingkan suami sendiri dengan orang lain, sebab itulah dia relax saja.  Lagipun mungkin sebab tok wan penghulu kampung, jadi dia kena jaga imej suami.  Duduk sahaja dalam rumah, kalau kawan-kawan datang dia rai, kalau tak, dia tak teringin pun keluar rumah.  Kalau balik kampung, anytime ada dalam rumah.

Keadaan ini turun kat emak.  Emak suri rumah, duduk dalam rumah kecuali untuk urusan harian rumah yang kebanyakannya mak kena urus sebab abah kerja.  Sebab mak boleh menjahit, jadi mak ambil upah menjahit di rumah.  Sumber-sumber berita umpatan selalunya datang dari orang-orang yang mengupah baju kat mak.  Kalau ikutkan mak saya memang tak tahu apa yang berlaku di kampung kecuali kematian dan perkahwinan. Tetapi sekali kalau ada orang datang nak upah baju, sembang-sembang, macam-macam cerita sampai.  Lepas tu, mak cerita pula kepada saya.  Macam-macam.  Si A kena tangkap curi kasut, Si B kena tangkap edar dadah kat budak-budak kampung, Si C kena tangkap khalwat,  Si D cerai... bla, bla bla.  Kadang-kadang saya cakap, buat apa mak dengar benda-benda camni?  Mak cakap, dah depa cerita, mak buat tak layan pun depa dok cerita jugak.  Memanglah mak cik-mak cik ni...

Kakak saya pun macam mak.  Dia lagi pendiam dan tak ramai kawan.  In fact, saya rasa macam dia tak ada sahabat sebab dia lebih suka duduk di rumah kalau tak pergi kerja.  Handphone tak pernah di tangan, tak pernah nampak dia dok bersms-sms.  Balik kerja, rumah, rumah, kerja.  Dengan mak abah pun dia jarang berbual.  Itulah rutin harian dia.  Kehidupan dia di sekeliling keluarga, jadi tak pernah dengar dia cerita tentang orang lain sebab dia tak ambil tahu pun.  Selalu topik yang akan kami bualkan ialah tentang kemajuan program diet dia, kemajuan membuat jenis-jenis kuih @ kek @ makanan terbaru.  Alhamdulillah, ahli keluarga wanita saya semuanya terpelihara dari budaya ini.  

Turun kat saya...haa..belum tentu selamat sebab saya ni bukan duduk dalam rumah.  Kawan keliling pinggang, tetapi sahabat insyaAllah bukan yang jenis suka cerita hal orang.  Bahagia kalau bersama sahabat, tetapi kena berhati-hati dengan kawan-kawan.  Kadang-kadang sebab rancak sangat berborak sebab tulah tersasul sampai masuk topik berkaitan orang lain, jadi tegur-tegurlah.  Tak sengaja tetapi jangan dipanjangkan.  Tambah-tambah bulan puasa ni, semua deria jadi sensitif.  Kalau boleh keadaan kena tenang selalu.  Sejak beberapa hari ini dengar orang cakap banyak-banyak, kalut-kalut boleh membuatkan saya sakit kepala.  Kawan-kawan ingat saya sakit, tetapi mungkin itulah kebaikan berpuasa.  Kita rasa letih nak buat perkara-perkara yang sia-sia.  Sebab perut kosong jadi nafsu tak dapat berfikir dengan baik.  Sebab tulah saya banyak update blog, sebab jarang bersembang sekarang dengan orang sekeliling.  Orang perempuan kan ada berapa ribu entah perkataan yang dia akan tutur sehari, jadi sebab saya simpan, saya habiskan di sini.  Ok juga, tak adalah yang nak bangkitkan topik-topik yang pelik-pelik.  Saranan saya kepada wanita-wanita yang suka bercakap banyak sehingga tanpa sengaja mengumpat, anda seharusnya belajar menulis blog.  lepas tu privatekan.  At least, anda tidak menyebarkan dosa kat orang lain yang turut menyumbang dalam proses ketidakpuasanhatian anda.

No comments: