Rata-rata sahabat memiliki
pelbagai cerita mengenai hari pertama praktikal di FB. Ada yang bosan, sedih, gembira, ceria,
semangat, dan sebagainya. Saya? Puas
hati. Tapi terlalu awal untuk memberi
penilaian. Tetapi, so far so good. Alhamdulillah… we
have been treated nicely by our supervisor. Sebenarnya, suasana di Putrajaya memang sangat baik dan seperti bersedia untuk menerima pemerintahan Islam yang sebenar. Permulaan pagi adalah dengan bacaan doa melalui speaker dan didengar di seluruh bangunan perbadanan, iaitu pusat yang mengurus dan mentadbir Putrajaya. Tersentuh saya sewaktu mengaminkan doa tersebut. Kakitangan-kakitangannya semua ceria-ceria dan sangat sabar.
Kami tidak diberi tugasan-tugasan
admin seperti kisah-kisah stereotaip pelajar-pelajar praktikal macam fotostat,
bancuh air, and so on. We are
corporate. Disebabkan hari pertama,
I have already expected some freedom will
be given. Nak tahu apa saya
buat? Tak nak tahu pun saya cerita
juga. Becoz I felt different.
Saya diletakkan di bahagian
perkhidmatan korporat (komuniti)- 3 orang pelajar UKM di sini.
Tips untuk tak boring hari pertama-melancong di Putrajaya. Disebabkan
pejabat perbadanan berkonsepkan taman dalam pejabat, saya isi masa lapang
dengan melepak di taman menghadap Masjid Sultan Mizan sambil mengambil gambar
masjid, istana kehakiman, mercu perbadanan dan membaca buku terbaru yang saya
beli- Jerusalem di dalam Al-Quran oleh Imran N.Hosein. Sempat juga meng’snap’ gambar pasangan pengantin yang berposing di hadapan perbadanan. Memang heaven. Balik ke pejabat, terlihat muka-muka rakan
sekerja yang kebosanan. Waktu lunch,
saya makan di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan rakan sekelas. Pukul 4 baru diberi taklimat dan projek oleh penyelia,
Encik Mohamad.
Hari pertama:
(Bawah: Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di belakang Perbadanan Putrajaya)
Kami diberi projek baru yang telah
dijalankan oleh bahagian perkhidmatan korporat iaitu mengenai MURNInet (Malaysia Urban Indicator Network) pada
tahun 2010. Tugasan pertama ialah buat homework which should be taken as assignment. Kami diberi kebebasan untuk bergerak ke mana
sahaja dengan pengetahuan bertujuan untuk mendapatkan maklumat di any of the library hatta UKM. Dengan satu syarat, punch card 8 dan 5. Second day, saya berpindah ke Presint 9
di Kompleks Kejiranan. Agak happening tempat ni. Kami (saya dan rakan) bertemu dengan team UMT
2 orang menjadikan kitorang teammates
untuk projek ni. Berita baik, semua
perempuan. Heaven! Kami dibenarkan
untuk menggunakan facilities di
bangunan baru ni. Internet yang laju,
perpustakaan di bawah, foodcourt di
seberang , taman permainan, gym dan
kolam renang! Penyelia saya benarkan
kitorang untuk berenang di kolam tertutup untuk wanita anytime kitorang nak. Heaven once more! Tomorrow I must bring some extra changes. Memang eksklusif.
(Kompleks Kejiranan, Presint 9)
Hari Kedua:
(atas: Swimming pool terbuka untuk kanak-kanak
bawah: Swimming pool tertutup untuk wanita)
(atas: Foodcourt Presint 9)
Thus, in order to be grateful with all the privileges that I have got, I
will give my best performance sepanjang 2 bulan ini. InsyaAllah. Perlu mencabar diri untuk menguasai statistik
dan SPSS which is new to me because in order to complete our project, we have to analyze the data. Untung ada dua orang pelajar Sains Matematik
yang dapat memberi tunjuk ajar. Satu
lagi cabaran ialah perlu turun berhadapan dengan masyarakat Putrajaya yang rata-ratanya masyarakat kelas menengah untuk
membuat soal selidik. Projek ini memang
disediakan khas for our first exposure in
completing the thesis. Tapi
disebabkan saya sudah selesai tesis, ini mungkin persediaan jika saya
menyambung belajar di peringkat sarjana nanti.
InsyaAllah. Terima kasih ya Allah…di saat ada yang merungut-rungut penyelia
mereka garang, tidak memberi kerja, tidak menegur, perlu berada di pejabat 8-5,
kena buat kerja-kerja pejabat, ada yang nak mohon pertukaran tempat praktikal
atau bahagian, saya mendapat penyelia yang sangat memahami, open, melayan kami dengan profesional, pembimbing yang baik, bukan
sahaja saya mendapat meja sendiri, malah kumpulan kami mendapat pejabat
sendiri, dan bebas bergerak. Totally saya rasa macam masih dalam
kuliah. Cuma bezanya kuliah saya kali
ini di Putrajaya dan tugasan kami ialah menyelesaikan satu tajuk assignment yang diberikan sepanjang 2
bulan berada di sini.
Sungguh, kuasa doa memang sangat
BESAR! Terima kasih ya Allah! Moga perasaan ini berpanjangan sehingga habis tempoh praktikal... Aamiin... Btw, pesanan ringkas dari penaja--> doalah banyak-banyak sempena Nisfu Syaaban ini..insyaAllah dimakbulkan :)
4 comments:
assalamualaikum..salam rndu ayu..dah start pktikal ka? slmt brpktikal...:) walupn jrg kontek..tgk blog..rsa mcm nmpk ayu depan mata..:)
wa'alaykumusalam...rindu wahid juga.. nnti balik dr mesir bgtau la...bleh kita lepak sama2... sbb tu la org cuba2 rajinkan diri update sbb thu ad sahabt2 jauh yg rindu :)
alhmdulillah..skrg da balik msia..ada kat msia hngga bulan 9 ni..insyaAllah pluang nk jmpa tu ada..:)
yea...meriahla konvoi raya nanti, insyaAllah.. rasanya kin pun balik gak...nnti org bgtau kat yang len2 minta diorg plan knvoi :)
Post a Comment