Tuesday, July 31, 2012

Telepati

Sejauh mana kita percaya yang kita ada deria rasa keenam iaitu telepati? dan sejauh mana kita gunakan?  Ada yang tidak yakin wujud perkara ini, tapi deria rasa ini kalau diasah memang menjadi.



Telepati berasal dari dua kata yaitu : “tele” berarti “jauh” dan “pathos” berarti “perasaan”. Telepati secara harfiah artinya adalah “merasakan dari jarak jauh”.
Telepati adalah gejala alamiyah yang sudah ada sejak kita masih bayi. Semua anak bayi memiliki kemampuan telepati secara alamiyah. Anak bayi belum mampu mengungkapkan perasaan dan keinginannya dengan kata kata. Ia menyampaikan dan mengungkapkan keinginannya melalui perasaan yang dipancarkan.


Ketika seorang ibu pergi berbelanja ke pasar dan anak bayinya yang masih menyusu ditinggal sedang tidur di rumah, tiba tiba ia merasa gelisah dan ingat pada anak bayinya di rumah. Ia tidak bisa berkonsentrasi untuk belanja, fikirannya hanya tertuju pada bayinya. Air susunya pun mengalir dengan sendirinya, ia tidak bisa menahan keinginannya untuk segera pulang menemui bayinya. Ia segera kembali ke rumah, dan didapatinya anak bayinya sedang menangis, ia segera menggendong dan menyusui bayinya. Hatinya menjadi tenteram dan anak bayinya pun berhenti menangis. Itulah hubungan telepati yang dilakukan seorang bayi kepada ibunya. (http://www.fadhilza.com/2008/11/tadabbur/mengasah-kemampuan-telepati.html)

Saya sangat yakin dengan deria rasa yang keenam ini, jadi saya selalu guna.  MasyaAllah, responnya kadang-kadang lebih cepat dari SMS.

Keadaan mungkin berlaku sama ada saya mendapat signal telepathy yang dihantar oleh mereka sebelum sampai sms mereka, atau the other way round.  Kiranya memikirkan perkara yang sama pada satu masa tetapi dalam jarak jauh.

Contoh 1:

Pada 29hb Julai, saya pulang ke kampung bersama-sama dengan sahabat.  Sewaktu dah sampai di Penang, solat sebentar di rumah sahabat.  Jumpa dan salam-salam dengan umi dia, then sahabat saya hantarkan saya balik.  Sedang dalam perjalanan, saya cakap dekat sahabat saya;

"Izni mesti tengah santai kat rumah kan Zizah,"

In a split second, sms masuk.  

Izni:  Salam, Ayu bz tak sekarang?

Subhanallah.  FYI, saya sudah lama tidak bersms dengan sahabat saya ni, berbulan-bulan juga, but at the exact minutes, the exact second when I was thinking of her, so was she.

Contoh 2:

Perkara ni berlaku pagi tadi.  Waktu sedang menunggu hujan berhenti, terdetik dalam hati saya.

"Nak tanya Intan lah pasai surat, bila akan dapat jawapan."  Pada waktu saya menghantar telepati tersebut, in a split second also, sms masuk.

Intan: Ayu, surat kita dah sampai Incheon.

Selamat kredit satu sen saya, Intan menjawab soalan yang saya hantar melalui telepati sahaja.  Allahuakbar.

Contoh 3:

Selalu berlaku apabila saya teragak-agak untuk menghantar sms, isyarat tersebut akan diterima di pihak yang saya nak hantar, dan mereka yang akan make the first step.

Contoh 4:

Mak.  Haaa..dengan mak ni, tak usah ditanya.  Hati dan minda saya ni bagaikan hati dan minda mak saya juga.  Tak boleh terfikir, susah hati, bersedih, rindu mesti in an instant mak saya akan respon.  "Ayu ok ka?"   Waktu mak tanya ok ke tak, waktu itulah saya berada dalam keadaan tak ok.  Jadi saya berani mengaku yang saya tak pernah tipu mak saya sebab mak boleh tahu.

Jadi, rajin-rajinlah menghantar telepati kepada insan-insan sekeliling yang anda rindui dan sayangi.  InsyaAllah mereka akan menerima mesej anda.  Yakin dan percaya :)


1 comment:

Unknown said...

hahahaha telepati ni memg la...kadang2 rasa cm tertipu tp its true..kikiki