Slalunya ibu-ibu jer yang kuat berleter ni. Sebab itulah kajian menunjukkan wanita ni umurnya lebih panjang berbanding lelaki sebab dia tak tahu memendam perasaan. Senang sangat nak tahu perasaan wanita ni. Kadang-kadang jelas terpancar di wajah tanpa dapat disorok-sorok. Sepatutnya lelaki pun kena amalkan begini kalau nak hidup panjang. Ini memendam jer di dalam. Kenapa tiba-tiba jer saya rasa nak berleter ni?
Wuuu....saya dah la letih balik dari meeting segala, otak dan mata dah berat, jenguk-jenguk dapur tengok ada makanan. Jadi, apa yang sedihnya? Sepatutnya gembira jumpa makanan. Sedihnya sebab ada sebahagian daripada makanan tu dah basi. Huu... Benda yang paling saya pantang sangat-sangat dalam hidup ini dan diketahui ramai adalah membazir MAKANAN. Sangat-sangat benci perangai sebegini. Allah... Terpaksalah melupakan penat badan dan otak lalu cuba menghabiskan setakat mana yang boleh kecuali yang dah basi. Dan sekarang ini tersandar di sofa tak boleh nak tidur lagi sebab perlukan dua jam untuk makanan settle down kat dalam perut baik-baik. Jadi ambil kesempatan nak berleter sebentar sebab tak mahu memendam perasaan terkilan ni. Timbul persoalan dalam otak, kenapa orang tak anggap membazir makanan ini suatu perkara yang serius?
Selalu terfikir bila mana nak membazir makanan ini, teringat-ingat saudara seagama yang menahan perut di mana-mana sudut dunia. Alangkah indahnya andai makanan ini dapat dikongsikan bersama mereka. Tetapi dah tak boleh. Kalau dah tak boleh, bukankah baik kalau kita menghargai nilai makanan tersebut. Tahu tak revolusi itu berlaku apabila perut tak terisi? Tahu tak manusia sanggup berperang apabila periuk nasi mereka terganggu? Kenapa wujudnya teori Marxist yang dipelopori oleh Karl Marx? Haa....sebab perut lapar jugalah. Sebab Marx melihat golongan burgeoisie menindas proletariat yang mana mereka diberi upah yang tak setimpal dengan kerja. Makan tak cukup. Anak Karl Marx mati sebab kesempitan hidup. Adam Smith dengan Teori Kapitalisnya juga disebabkan untuk mengisi perut-perut mereka yang mampu berusaha lebih dalam hidup. Jangan dihalang katanya.
Hakikat manusia itu begitu. Kalau ada yang mengganggu kemahuan perutnya maka nahaslah anda. Kecuali Islam. Islam mengajar supaya tidak mengutamakan perut. Tapi Islam juga tidak mengajar untuk membazir. 20 tahun hidup di dunia, takkan tak tahu kapasiti makanan yang boleh masuk ke perut? Memang tak masuk akal. Diri sendiri yang lebih memahami tindak balas badan. Jangan beli makanan yang tak rasa macam nak makan. Kalau makan di kedai, tak bolehkah demand sedikit? Cuba bagitahu;
"Err...kurang nasi yer,"
"Tak nak sayur..."
"Kurang manis,"
"Tak nak pedas..."
Tak pernah pun kena tempeleng kalau demand-demand ni. Setakat yang saya buatlah. Even tak logik pun diorang layan lagi macam;
"Er, kat kedai ni ada Hot Chocolate tak?" (sedangkan dah tertera kat menu tak ada)
"Er, kedai ni guna susu tepung atau susu pekat manis nak buat susu?" (sepatutnya guna susu tepung tapi kedai guna susu pekat manis, tak sihat langsung)
Apakah salahnya minta macam tu daripada membazir tak tentu hala? Sakit mata melihat. Macam nak tolong sumbatkan ke dalam perut. Terbantut mood nak siapkan slide pembentangan esok hari. Belum cukup dua jam lagi ni. Ingat ada orang nak habiskan makanan anda? Memanglah ada, tapi kalau selalu macam tu? Kesian dekat kawan terpaksa jadi tong sampah anda pula. Selalunya kalau meraikan sahabat, bagi waktu mula-mula makanan tu datang bukan bagi waktu kita dah tak sanggup nak habiskan. Kiranya macam sisa. Tapi dah sahabat tu memang jenis tak suka lihat makanan dibazirkan, dia pun cuba habiskan walaupun dah tak berdaya. Sebenarnya kita patut latih diri habiskan juga makanan kita. Keberkatan itu terletak pada suapan yang terakhir tu.
Aigoo...dah kembang huruf-huruf saya tatap. Kadang-kadang alasan untuk membazir tu memang tak munasabah, malas kupas udanglah, dah kenyang. Lain kali, ditegaskan di sini, lain kali waktu nak makan, ukur baju di badan sendiri. Kalau kita tak boleh nak habiskan makanan kita, itu tandanya kita dah makan ikut nafsu. Bukan sebagai satu keperluan dah. Lain kali, pandai-pandailah bajet. Dah besar. Diulangi, dah besar. Aish, tak tahu berleter kat sapa nih. Kalau dah tahu setiap kali makan mesti tak habis, lain kali jangan...ambil....banyak! Berbulu dengar alasan..." Tadi saya rasa lapar, ingatkan boleh habiskan." Sedangkan perkara ini berlaku berulang-ulang kali.
Sudahlah tu Hidayu, pergi tidur...Kalaulah semua orang tahu apa yang diperlukan instead of apa yang dimahukan, mesti takkan berlaku pembaziran. Tak nak berleter pasai membazir masa pula, penat berleter-berleter ni rupanya...suka ringkas, padat, semua faham dan buat.
No comments:
Post a Comment