Post saya yang pertama ada menyebut;
Sometimes I missed someone who would tell me not to worry about small things, the one who would encourage me to dream high, never look back and someone who can assist me in time of need. Someone who would hold my hand and said, 'you will never walk alone'. And now, here I am as a senior. Once again. Maybe I am asking too much.
Siapa yang menyangka, harapan tersebut telah dimakbulkan Allah. Dalam jangka masa yang pendek permintaan saya dipenuhi. Perkara ini tidak pelik kerana Allah berupaya untuk berbuat sesuatu yang semudah itu. Subhanallah.
Disebabkan saya merindui kenangan tarbiyah di Irshad, akhirnya Allah aturkan saya bertemu kembali dengan Kak Hajar dalam halaqah usrah di tempat pertama saya mengenal erti usrah. SMKA Al-Irshad. Setelah lebih kurang 3 tahun tidak mendengar khabar berita.
Hal ini membawa saya mengimbau kenangan bersama Kak Hajar yang tak kurang banyaknya selama 3 tahun bersama. Kak Hajar ini boleh dikatakan antara orang yang rapat dengan Kak Said. Untungnya saya selama ini tidak menyedari bahawa saya mendampingi orang-orang yang hebat. Mungkin kerana mudahnya kita berada bersama-sama mereka, maka kita tidak menyedari nilai mereka. Apa yang lebih mengejutkan, Kak Hajar juga telah dibaiah semenjak di kampus. Namun, setelah dia meninggalkan alam kampus, baru sekarang ini saya tahu. Persepsi salah saya terhadap Kak Hajar menjauhkan kami. Saya ingat kita berbeza fikrah. Sayangnya~
Namun, takdir Allah, dia menjadi insan yang kembali memaut lengan saya dan mengatakan ‘you will never walk alone’ dan ditambah di hujungnya ‘because Alllah is always by your side when nobody with you’. Kata-katanya mengejutkan saya dan mengingatkan saya kepada luahan saya dalam post baru-baru ini. Waktu itu, saya menemaninya berusrah dengan adik-adik muslimat pimpinan Al-Irshad seramai 5 orang. Maziah (Ketua Aspuri), Aisyah (Timb.Pengerusi Badar), Asma (Timb. Ketua Pengawas II), Syarifah (Timb. Ketua Aspuri) dan Atiqah (Ketua Biro Dakwah Aspuri). Sambil mendengar dia memberikan nasihat, pada masa yang sama, nasihat tersebut bagaikan untuk saya juga. Alhamdulillah.
Saya tak minta bahkan tak merancang pun untuk kembali ke bumi Al-Irshad walaupun kadang-kadang saya merindui kenangan-kenangan yang saya cipta di sana. Namun, Allah menggerakkan hati Kak Hajar untuk kembali menghubungi saya. Ia merupakan satu rahmat yang saya kira bagai sirih pulang ke ganggang. Bagai terngiang-ngiang barisan lirik nasyid yang saya pernah alunkan sewaktu Tingkatan 1.
“ Di sinilah, tempat ku bermula…
Menimba ilmu, milik yang Esa…
Buat, bekalan dunia, akhirat jua, tidak dilupa…”
Panggilan ke bumi Al-Irshad bagi meneruskan agenda jemaah dan menyuburkan budaya usrah, saya sahut sebagai sebahagian sumbangan saya yang tak seberapa kepada adik-adik pimpinan yang akan menyambung mata rantai perjuangan Islam di bumi Malaysia pada masa akan datang. Semoga urusan kami dipermudahkan.
3 hari berturut-turut bersama-sama Kak Hajar menguruskan persediaan program sebelum dia berlepas ke bumi Mesir untuk menuntut ilmu sangat-sangat memberi kesan. Saya pasti akan sangat-sangat menggelabah untuk menguruskan program tanpa bimbingan dia nanti. Ada jodoh bertemu lagi.
Sekadar coretan, dulu waktu di tingkatan 2, saya selalu menemani Kak Hajar berlatih pidato dan syarahan agama sehingga lewat malam di Bilik Bahasa. Sayalah yang tukang tengok teks dan menilai setakat yang termampu penyampaiannya. Kemudian, bersama-sama tidur di bilik rehat dan tak pulang ke dorm masing-masing. Dialah yang mengajak saya qiamullail dan membaca yasiin sewaktu saya panik dan lemah lutut disebabkan mimpi ngeri yang ntah apa-apa. Dan dia antara insan-insan yang ditarbiyah oleh Allah dengan tarbiyah yang saya kira cukup besar. Kadang-kadang saya terfikir, sebenarnya insan di sekeliling yang menguatkan saya dengan membawa saya mengingati indahnya meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah. Saya tidak kuat pun. Namun, apabila bersama mereka, saya merasa kuat.
p/s: dah beli novel yang disarankan oleh Kak Hajar :)
i-negeri 5 menara
ii-ranah 3 warna
oleh: A.Fuadi
2 comments:
ayu doakan ak punya kekuatan seperti dulu-dulu ya, ajak org bgun qiam etc..namun skrg ni Allah..betapa baru terasa bila dah sorang2 begini tanpa teman2 di sisi..perlu kekuatan dalaman yg amat dan sangat! mohon doanya..
tp k.hajar dh bg petua baru kat ayu baru2 ni...klu xmampu nk bgn qiam, at least buat sunat taubat sblum tdur... baru td cuba praktiskn in case x bgn qiam...huhu...ayu yakin k.hajar bleh jd mcm dlu n better dr dulu...
p/s: cepat2 cri teman utk sama2 bina kekuatan dalaman...moga dipermudahkan:)
Post a Comment