Sunday, November 13, 2011

Negeri 5 Menara

2.46 a.m.
MS

Alhamdulillah...Selesai membaca novel "Negeri 5 Menara" karya A.Fuadi.  Sebuah novel inspirasi daripada kisah nyata.

Setelah marathon selama 2 hari berturut-turut, tak tergambar perasaan selepas selesai membaca.

-Latar tempat di Pondok Madani (PM), Jawa yang ketat dengan disiplin
-Watak 6 orang sahabat- Alif Fikri, Said, Atang, Baso, Raja dan Dulmajid
-Berbekalkan mentera man jadda wa jada, keikhlasan, tekad yang bulat, usaha dan tawakal kepada Allah mereka mengharungi kehidupan di PM demi sebuah ilmu

Sebahagian ayat yang menggoncang jiwa;

"Dahulu kami tidak takut bermimpi, walau sejujurnya juga
tidak tahu bagaimana merealisasikannya.  Tetapi lihatlah hari ini.
Sesudah kami mengerahkan segala ikhtiar dan menggenapkan dengan doa,
Tuhan mengirim benua impian ke pelukan masing-masing. Kun fayakun, maka
awalnya awan impian, kini hidup yang nyata.

Jadi jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun.  Tuhan sungguh Maha Mendengar.

Man jadda wajada,  siapa yang bersungguh-sungguh akan berjaya."



Pasang niat. Bulat tekad. Usaha sungguh-sungguh. Doa. Tawakal.

Terima kasih ya Allah kerana mengirimkan k.Hajar. Terima kasih k.Hajar kerana menyarankan pula novel ini.  Terima kasih penulis novel kerana menulis sesuatu yang memberi inspirasi sebegini.  

K.Hajar cakap boleh tampar dia jika lepas baca novel ini tidak terkesan dengan isinya.  Dia memang berani sebab dia tahu saya pun akan tersihir dengan novel ini.  Saya malah akan memeluknya erat-erat dan mengucapkan terima kasih.

p/s: sambung buat tugasan~

2 comments:

Hamiza Hani Omar said...

tahniah ayu.,semoga kesannya sampai ke kami jugak...,teringin nak baca buku tu.,tp melihatkan ketebalannya.,terfikir 2,3 kali..hehe.

ayu said...

:)>> itulah...satu jer kata kuncinya. disiplin. hrap dpt amalkan dan istiqamah...