Statistik yang ditunjukkan Utusan Malaysia bertarikh 15 November 2011, seramai 152,182 anak luar nikah telah dilahirkan di Malaysia. Sabah mencatatkan jumlah tertinggi seramai 41, 900, manakala Selangor kedua tertinggi dengan bacaan 18,983 dan Sarawak seramai 17,503. Statistik ini adalah bacaan yang didapati sepanjang 2008-2010.
Terkedu sebentar. Bagai terngiang-ngiang ucapan Ustaz Halim, Penolong Kanan Pentadbiran di SMKA Al-Irshad sewaktu perhimpunan sekolah dahulu. Beliau menyebut 10 tahun akan datang, berhati-hati apabila hendak mengahwini anak sulung dari setiap keluarga. Saya yang waktu itu Tingkatan 4 rasanya, terpisat-pisat sebab apa beliau keluarkan kenyataan sebegitu. Kawan-kawan yang lain ada yang ketawa dan ada yang mencemik. Dalam hati, "Ish, apa cakap soal kahwin-kahwin ni?" Kemudian beliau terangkan, sebabnya anak sulung bagi setiap keluarga akan diragui statusnya sama ada anak luar nikah atau tidak. Masing-masing terus memandang rakan-rakan yang terdiri daripada anak sulung yang menunjukkan ekspresi tidak puas hati atas kenyataan tersebut. Nak bagi lagi tegang situasi, kami masing-masing respon, "Nanti aku tak mau kahwin dengan anak sulunglah,". Menambahkan lagi kesedihan mereka yang berstatus anak sulung. Itu pada tahun 2005. Sekarang sudah 6 tahun dan statistik di atas seperti membenarkan kenyataan tersebut. Nauzubillah...
Selingan, Ustaz Halim ni ustaz paling menggerunkan di Irshad dahulu. Memang tak ada sesiapa yang berani main-main dengan beliau. Pernah sewaktu beliau sedang menyampaikan kuliah Maghrib, ada seorang pelajar lelaki ni tidak memakai songkok atau ketayap. Beliau tegur pelajar lelaki tersebut dan tanya sebab apa tak pakai. Pelajar lelaki tu menggunakan alasan ada kawan pinjam. Yang peliknya, kawan sebelah dia yang tolong berikan jawapan tersebut. Obviously, there was something fishy. Apalagi, dua-dua kena panggil waktu tu juga ke hadapan. Dialog Ustaz Halim yang tak boleh dilupa;
"Aku pantang betoi dengan oghang yang dok bohong ni, hang mai sini!"
Saya waktu tu berada di saf hadapan sekali memang melihat jelas peristiwa tu. Jantung waktu tu dah berdebar-debar dah. Apalah yang ustaz nak buat. Sekali ustaz bangun, sudahlah berbadan tinggi dan besar macam tok arab, sesuai sangat belajar di Universiti Madinah dulu. Kedua-dua pelajar lelaki tu memang kecil jer di mata ustaz. Waktu dia minta pelajar lelaki pertama membuang spek mata, saya dah dapat agak apa yang dia nak buat. Saya macam separuh hati jer nak tengok. Sekali dilempangnya pelajar lelaki tu, memang terteleng muka dengan badan-badan sekali. Bunyi lempang tu memang dengar sampai ke saf muslimat. Sempat air mata saya bergenang melihat keganasan yang berlaku di depan mata sebelum mengesatnya. Tapi memang patut pun mereka kena lempang. Saya pun pantang orang yang menipu. Alasan tak profesional langsung.
Kembali kepada cerita asal, persetankan falsafah social action Max Weber atau kolektif Durkheim, boleh tak kita kembali mencari sebaik-baik penyelesaiannya melalui Islam? Adakah kita menunggu sehingga perkara sebegini terjadi seperti di Barat baru kita nak mementingkan kembali soal etika seperti mana yang terjadi di sana?
No comments:
Post a Comment