Keluar kelas, dengar dua orang rakan sekuliah bersembang tentang bola. Tak dapat tangkap isi, tapi sewaktu masuk lif, mereka berjanji untuk tengok bola. Sembang tentang bola dalam kalangan wanita memang sudah menjadi perkara yang biasa. Ia menjadi topik yang transgender sekarang ini. Tidak ada gender tertentu yang dominan dalam membincangkan isu ni seperti mana dulu-dulu.
Telefon mak;
"Ayu, malam ni bola Indonesia lawan Malaysia pukul 8."
Owh, mak saya pun remind tentang bola. Hmm, patutlah kawan sekelas kecoh-kecoh tadi.
8.45 pm, baru teringat bola malam ni. Telefon abah. Memang selamatlah, abah tak angkat. Standard kalau lelaki dah fokus tengok tv, memang tak peduli benda lain.
Teringat rakan sekuliah, saja-saja nak update dengan dia. Telefon, rupanya dia ada di kedai makan. Tak per la, dia ada pak we. Boleh temankan. Tak jeles pun sebab saya pun pernah ditemani tengok bola di kedai makan. Lagi hebat, abah yang temankan. Bukan senang nak jumpa abah yang sanggup buat macam tu untuk gembirakan hati anak perempuannya. Lebih baik berehat sebab letih balik kerja. Sebabnya, di rumah tidak ada Astro macam yang lain. Berbanding nak menonton dengan rakan-rakannya, dia memilih untuk meneman anak perempuannya tengok bola. Bukan saya yang ajak, abah yang offer. Terharu bila diingat-ingatkan kembali.
"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.(Rujukan majalah Hidayah, Dec 2005, m.s 34)"
Disebabkan bola sudah menjadi topik transgender, tidak pelik jika melihat wanita pun terpekik-pekik depan kedai makan. Cuma, pada pandangan peribadi saya, wanita ni lepas untuk tengok sahaja bukan mengulas. Kepakaran tersebut masih pada lelaki. Pernah ada seorang wanita menelefon satu saluran radio untuk memberi respon terhadap isu bola yang dibincangkan oleh DJ lelaki dan pengulas bola sepak lelaki. Awal tu, dua-dua orang lelaki ini agak kagum sebab wanita ini cuba untuk respon. Sekali wanita tersebut tersilap fakta yang diberikan, memang kena sindir depan-depan tu juga dengan DJ lelaki ni.
Allah, saya pun tumpang malu juga sebab satu gender. Itulah, lain kali duduk diam-diam dan dengar sahaja.
"Asmida: GOL!!!!!!!!ayu satu sama!!!!!!"
Mesej masuk dari rakan saya. Selain daripada nak cerita tentang bola, tujuan post saya juga nak memberitahukan cara yang terbaik untuk mendekati mad'u adalah melalui berkongsi minat dengannya. Untuk membawa seseorang ke arah kebaikan, perlu bina hubungan dengannya dahulu. Barulah senang nak menasihatinya. Saya belajar tentang ni sewaktu di universiti. Berbeza dengan sewaktu di sekolah menengah. Saya memang rigid atau syadid. Tak boleh salah, memang kena depan tu juga. Mungkin sebab itulah teman saya tu trauma dengan saya sampai sekarang. Pandangan mata saya pun dia kata macam menikam ke jantung sedangkan saya tak bermaksud apa-apa pun. Jauh sekali menyimpan dendam dengannya. Tiba-tiba dia meluahkan di dalam blog mengenai pertemuannya dengan saya. Saya hanya mampu ketawa apabila membaca entrinya. Kasihan dia. Nak membetulkan salah faham, saya komen di entri tersebut juga. Senang apabila berterus-terang. Sekarang dah ok sebab semua benda dah dijelaskan.
Tapi nak menarik keluar orang yang bercinta untuk meninggalkan perbuatan tersebut memang susah. Pernah rakan sekuliah saya yang bercinta dengan pak wenya yang tak dapat masuk U dan berada di luar, tanya pendapat saya tentang hubungan mereka. Saya kata padanya:
" Tak lama hubungan korang, mesti akan putus. Aku yakin dan percaya."
Apa lagi, melentinglah dia atas kejujuran saya memberi pandangan. Bermati-matian dia mempersoalkan kenapa saya cakap macam tu. Dia cakap, kenapa mendoakan perkara yang buruk berlaku bukan perkara baik. Saya menggaru-garu kepala. Bukankah saya sedang mendoakan perkara yang baik? Bercouple itukan haram, jadi saya doakan dia putus supaya dia dikeluarkan dari perbuatan tersebut. Hmm...
Tapi memang pun, tak lama kemudian mereka putus. Dan dia pun seperti dapat menerima sebab lelaki tersebut memang takkan dapat terima aweknya lebih pandai darinya selain faktor jarang berjumpa. Sekarang dia lebih fokus kepada pelajaran dan baru-baru ini mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari saya. Hebat kuasa fokus ini.
Sekadar itu sahaja, tiba-tiba rasa macam dah buang masa update blog lama sangat. Semoga bermanfaat.
1 comment:
bola...hmmm...terharu ayah cmtu..huhu
Post a Comment