Wednesday, February 8, 2012

Melangkah lebih jauh

Orang sekeliling selalu berpesan kepada saya,

"Kalau nak sambung belajar, jangan kahwin lagi.  Nanti dah kahwin, tak fikir nak belajar dah sebab komitmen dah berbeza."

Some other time, I will totally agree on that. But then, I have given some more taught on this.  Apa yang terjadi petang tadi, mengetuk kotak fikiran saya.  Appointment bersama wakil dari Universiti Melbourne, Encik Michael Neuzerling yang saya hanya berhubung dengannya melalui email memang membuat saya ragu-ragu pada mulanya untuk bertemu.  Bayangkan, saya hanya berhubung melalui email.  Perjumpaan dibuat di Traders Hotel, KL jam 6.30 hingga 7 petang.  Slot tersebut hanya untuk saya seorang.  Bukankah ia sesuatu yang perlu difikirkan?  Pada mulanya saya mengajak seorang sahabat untuk temankan yang juga berminat untuk menyambung belajar, tetapi ayahnya tidak membenarkan dia datang dengan alasan keselamatan.  Apakah saya tidak memikirkan soal keselamatan?  Apakah ibu bapa saya juga tidak risau?  Saya cuba meminta nasihat dari rakan sekelas yang lebih berumur dan berpengalaman, dia melihat temujanji ini tidak ada masalah malah bersetuju untuk membawa saya tetapi disebabkan dia seorang lelaki saya harus mencari seorang lagi rakan perempuan untuk menemani saya.  Saya boleh pergi seorang diri, tidak ada masalah, tapi memikirkan saya seorang perempuan, saya perlu bijak sedikit.  Puas dipujuk rakan saya, barulah dia bersetuju.  Rasa nak putus asa pun ada.

Perbincangan yang hanya memakan masa setengah jam berjalan lancar.  Walaupun saya berbincang dengan wakil tersebut, dua orang rakan saya ada di meja tetamu  mengikuti perbualan kami dengan jelas.  Malah, rakan sekelas saya yang merupakan pesara dari Kementerian Penerangan turut membantu menerangkan dari segi dress code dan protokol sewaktu bertemu dengan wakil tersebut.

Saya ingin melangkah lebih jauh dalam dunia ini, dan selalunya jalan yang saya pilih jarang diikuti oleh wanita kita.  Saya melihat keberadaan seorang teman (suami) bukanlah sebagai batu penghalang, tetapi sebagai batu loncatan untuk saya pergi lebih jauh.  More than I could ever imagine of.  Wanita yang melihat suami sebagai batu penghalang adalah mereka yang sedari awal sudah bebas bergerak seorang diri tanpa perlu mematuhi adab berurusan dan bergaul dengan lelaki asing.  Atau mereka yang memiliki pemikiran bahawa apabila berkahwin, lelaki selalunya tidak mahu isterinya aktif bergerak.  Saya pula berpendapat sebaliknya.  Pergerakan saya terbatas dari segenap segi sekarang ini.  Seharusnya selaku pelajar sains politik, saya lebih terkehadapan dalam bergelumang dengan dunia politik dan menganalisis politik sebagai seorang penyelidik.  Kalau di rumah, saya selalu mengikuti ceramah dengan ditemani abah, di sini saya memang statik.  Saya menghadam teori tanpa merasai suasana tersebut selain mengikuti beberapa siri demonstrasi sahaja.  Itupun Bersih 2.0, mak kirimkan adik untuk teman.  Tetapi, dunia politik tidak statik setakat melibatkan aktiviti beramai-ramai sahaja.

Kadang-kadang saya terfikir, kalau kita nak menawan Putrajaya, sejauh mana kita memobilasi ahli terutamanya wanita ke arah engagement dengan dunia luar?  Sejauh mana sosialisasi kita dengan masyarakat elit?  Berbanding dengan PKR atau DAP, kita jauh terkebelakang dan wanita kita masih berada di ruang eksklusif.  Berapa orang yang lebih berminat menghadiri ceramah berbanding persidangan dunia di Malaysia yang melibatkan manusia kelas atasan?  Pembudayaan sebegini sudah perlu justeru kita mahu menawan Putrajaya dan memimpin Malaysia.  Protokol adalah sesuatu yang merimaskan dan melemaskan.  Saya pun sebenarnya tidak berminat tetapi pengalaman adalah sesuatu yang mahal dan tidak boleh dibeli.  Kadang-kadang kita pergi pembentangan kertas kerja sendirian dan kaum lelaki yang memonopoli, memang ia sesuatu yang tidak selesa tetapi ilmu tersebut sangat bernilai.  Akan datang, persidangan yang melibatkan wakil-wakil dunia, bukankah ia sesuatu yang worth trying?  Memang saya bermimpi besar, sebab itulah perjalanan saya masih jauh.  Tetapi dengan segala keterbatasan, saya mula memikirkan cara terbaik untuk kurangkan halangan iaitu dengan berteman.  You will never know what the future promised you.  Tetapi andai belum masanya, kita tak perlu risau.  Just keep on walking and Allah will surely lead you and realizes your big dream.  Amiin...



No comments: