Sekadar nak memastikan blog tidak bersawang dan dihuni anasir-anasir yang tidak diingini, saya menggagahkan diri untuk mencoret sesuatu di sini. Selepas peperiksaan, sepeti biasa setiap mahasiswa akan mengalami mental-blockage. Sindrom ini akan menjadi lebih teruk jika cuti semester selama sebulan setengah tidak diisi dengan agenda membaca seperti mana sewaktu peperiksaan. Fortunately, the government was so kind as they can predict the upcoming syndrome by giving us the voucher to buy books. How concern our government is. By saying this, my friends will consider me as government-skeptic. My statement will be considered as skepticism. They will label me as ungrateful citizen. However, this thing just happen among us, the Malays folks. I was glad I did not stumble into one of my government-centric peers as they surely will summon be to be grateful to our government. Note this, gratefulness is exclusively express to our Lord only, ALLAH. Okay, enough with English.
Pendeta Zaaba mengatakan dalam karyanya, bangsa Melayu terkenal dengan sifat berpuas hati tanpa perlu berusaha lebih. Kalau kita cuba menuntut lebih (yang sebenarnya adalah hak kita), kita akan dikatakan tidak bersyukur. Situasi realiti sekarang, jika menurut Marx, kita berada dalam perjuangan kelas. Iaitu masyarakat proletar melawan borjuis yang berperut buncit dan berbaju kot. Apabila disebut kelas, semestinya bukan seorang individu sahaja yang dimaksudkan kelas tetapi sekelompok masyarakat di sebuah tempat. Oleh itu, mereka yang mengatakan orang yang sibuk berdemo, berceramah, berpiket dan bermemorandum itu sebagai tidak bersyukur adalah golongan yang pentingkan diri dan hanya mementingkan periuk nasi sendiri. Golongan ini tidak boleh diharap pada masa hadapan jika dia mendapat kesedaran untuk berjuang bersama-sama kerana berpotensi untuk mengkhianati perjuangan setelah kepentingan dirinya dipenuhi. Kelompok masyarakat yang sedari awal berjuang adalah golongan yang berprinsip dan sanggup mengorbankan diri sendiri bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat kesejahteraan bersama dan dibela. Life is all about give and take.
Golongan yang melabel seseorang tidak bersyukur dan cepat berpuas hati dengan keadaan sekarang berkemungkinan mereka yang belum memahami Teori Fungsionalisme. Dalam masyarakat sesebuah negara, setiap unit sama ada di atas atau di bawah memainkan peranan dalam masyarakat. Sama ada yang berada di kondominium mewah atas langit atau di bawah jambatan runtuh, mereka adalah unit-unit yang berfungsi. Seperti mana anggota badan, hatta tahi lalat yang dilihat hanya menjadi perhiasan badan turut mempunyai peranan. Ada kes di mana, benda yang disangka hanya tahi lalat di badan menjadi barah apabila dibuang. Jadi jangan sebarangan membuang apa-apa ketumbuhan di badan tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Every structure or unit will function accordingly to achieve what we call equilibirium. This is the state of prosperity that we all search. Jangan mudah melabel negara sebagai harmoni jika kadar jenayah semakin meningkat, ekonomi berada dalam keadaan defisit yang berterusan, kadar pengangguran semakin tinggi, yang kaya bertambah kaya yang miskin jadi papa kedana. This surely showed there is something wrong somewhere here in our country. Janganlah apabila saya katakan negara kita belum harmoni, kalian hanya melihat kiri, kanan, depan dan belakang kalian atau melihat di sekeliling rumah sahaja. Bukakan mata, minda, telinga dan khususnya hati.
Demonstrasi atau apa sahaja bentuk pernyataan tidak puas hati rakyat menunjukkan ada unit yang tidak berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, jika polis yang seharusnya bertugas menjaga keselamatan bekerjasama dengan penjenayah, maka unit ini telah gagal berfungsi. Implikasi akan dirasai oleh keseluruhan struktur apabila perkara ini terjadi dan unit-unit dalam masyarakat akan bertindak balas bagi mencapai kembali kestabilan. Seperti mana badan apabila terluka, darah akan keluar. Semua ini menyakitkan tetapi darah diperlukan untuk pertumbuhan kembali sel-sel bagi menghasilkan apa yang dipanggil sebagai fibrin bagi proses penyembuhan luka tersebut. Kalau saya silap, tolong betulkan. Dah lama meninggalkan dunia sains, jadi agak berkarat pengetahuan. Namun, isi penting yang hendak saya highlightkan adalah sebarang tindak balas yang berlaku dalam masyarakat adalah hasil daripada kegagalan sesuatu unit untuk berfungsi dan tindak balas ini diperlukan untuk mencapai kembali kestabilan.
Islam memelihara masyarakat, sedangkan Barat memelihara individu. Islam hukum seorang individu untuk memelihara masyarakat, sedangkan Barat hukuman yang diberikan adalah kononnya untuk membentuk kembali individu tersebut tanpa mengira risiko kepada masyarakat. Sebagai contoh, Islam menghukum mati seorang yang membunuh seseorang bagi memelihara masyarakat daripada risiko penjenayah tersebut yang berpotensi membunuh orang lain. Manakala, Barat menangkap penjenayah bunuh dan menghukum penjara bagi membentuk diri penjenayah tersebut. Kemudian setelah dilepaskan, risiko penjenayah tersebut untuk melakukan pembunuhan kembali masih ada dan masyarakat masih terdedah kepada bahaya.
Sekadar ini sahaja, terdistract sebentar sebab orang sebelah sibuk benor berbicara masalah masyarakat. Setelah berlama-lama berada di KL, apabila mendengar orang Utara yang tak pernah terdedah dengan orang luar bercakap dalam loghat pekat, rasa lemas sket. Nasihat saya, fahami hak dan tanggungjawab masing-masing dan elakkan dari sifat pentingkan diri sendiri. Bezakan juga pentingkan diri sendiri dengan kepentingan diri.
1 comment:
Pencerahan yang baik..
Post a Comment