Tuesday, February 14, 2012

Tergantung

10.00 a.m.

Selesai baca novel Inggeris Ashes karya Ilsa J.Brick.  Komen: Frust.

Inilah risiko apabila membeli dalam keadaan kelam-kabut.  Tidak ada masa untuk membelek dengan teliti jalan cerita.  Perkara yang paling saya tidak puas hati apabila membaca ialah apabila pengakhiran jalan cerita berada dalam keadaan tergantung.  Cukup untuk merosakkan mood.  Selama dalam pembacaan, ada dua buah novel yang berjaya untuk merosakkan mood saya setelah mood tersebut dibina dengan baik sepanjang jalan cerita.  Setelah novel Dekat Disayang, Jauh Dikenang karya sasterawan Khadijah Hashim, saya memang teramat berhati-hati dalam memilih novel yang hendak dibaca.  Novel cinta Melayu memang bukan kegemaran sebab sentiasa sahaja mengundang ketidakpuashatian sepanjang pembacaan.  Kenapa perempuan ni baik sangat? Kenapa semua watak utama mesti cantik sahaja? Kenapa lelaki ni poyo sangat? Kenapa? dan Kenapa?... Akhir sekali, jawapannya, berhenti baca novel cinta.  Jadi sewaktu di Tingkatan Lima, saya sudah tidak membaca karya Alaf 21, Kaki Novel, dan seterusnya.  Untuk selamatkan perasaan dan akal, selama itu saya lebih menumpukan kepada buku-buku bergenre motivasi, ilmiah, politik, agama dan novel Inggeris.  Lebih selamat dari mengalami heart-wrenching situation sebab hanya bermain dengan fakta dan kajian.

Novel Dekat Disayang, Jauh Dikenang tersebut berakhir dengan Normala terbang ke UK tanpa memilih mana-mana lelaki yang menyukainya, Zali atau Zahar.  Waktu tu memang frust baca novel tu sampai menangis-nangis la juga keadaannya.  Biasalah, budak tak matang.  Saya memang nasihatkan penulis supaya menghabiskan sesuatu cerita.  Bukanlah happy ending sangat yang kita nak tahu, cuma biarlah persoalan utama yang dibina sedari awal pembacaan oleh pembaca terjawab di akhirnya.  Siapa akhirnya yang dipilih Normala?  Macam nak pecah dada apabila melihat tidak ada lagi mukasurat seterusnya selepas berakhir dengan Normala berada dalam kapal terbang.  Bagi saya ia penting kerana cerita watak-watak tersebut  hanya dimainkan dalam sebuah buku dan ia seharusnya berakhir di dalam buku tersebut.  No matter how  heart-wrenching the plot.


Begitulah keadaannya dengan novel Ashes,  cerita berakhir dengan Alex mengetahui akhirnya bahawa pemerintahan Rule bukan memerangi golongan Changed (yang bertukar menjadi kanibal selepas berlaku peristiwa electromagnetic pulse (EMP)) tetapi memberi makan mereka dengan penduduk-penduduk Rule yang dihalau keluar.  Dalam situasi akhir itu, Alex berhadapan dengan timbunan mayat manusia dalam pelbagai keadaan yang mengerikan selepas dia 'dibebaskan' dari Rule.  Sewaktu sedang terkejut tersebut, datang 5 orang kanibal di hadapannya dan di situlah dia tahu kebenarannya.  And it ENDS here!  Tersentap saya.  Selak belakang, acknowledgments.  Kembali ke muka hadapan in case saya terlepas pandang epilog, prolog.  Lihat pula kulit buku depan belakang mana tahu saya terlepas pandang perkataan-perkataan seperti novel ini ada siri, sekuel, atau trilogi.  Tak ada!   Berkali-kali saya kata dalam hati, terimalah kenyataannya Ayu, this novel ends here. Ok, fine.  We can assume that she had been killed too.  But couldn't you at least, TELL ME.  But what about Tom? Ellie? Chris?  Did Chris go and save Alex? Did Alex survive as she had a rifle, a knife and God knows what weapon that she had brought?  What about the dog, Mina?  About the EMP, how long does it take before it get back to normal? Isn't things going to change or it remains like that?  Is the author trying to tell me the story is about doomsday and the situation will be like this?  People are killing each other in other to survive. 

Kejam, kejam, kejam.  Setelah mood saya dibina dengan baik dengan segala perasaan suspen, seram, dan pelbagai lagi emosi, akhir sekali saya ditinggalkan terkapai-kapai untuk memikirkan sendiri apa yang boleh terjadi kepada Alex.  Serasa saya tidak akan menjawab persoalan tersebut tetapi akan membaling novel ini ke kepala penulis tersebut.  Maaf, agak emosi.  Tapi begitulah terjadi kalau tidak berhati-hati dalam memilih bahan bacaan.  Baiknya, saya beli dengan baucar jadi saya boleh bertolak-ansur juga dengan wang yang telah dibazirkan untuk membaca novel yang, we could say it......tergantung????

5 comments:

Unknown said...

Haha...upps...sedikit emosi. Cerita yang pelik, berakhir dengan kepelikan dan xde ending. Mmg terbaiklah penulis tu.. Confirm lps ni Ayu tak nak beli da novel dia..hehe

Unknown said...

Haha...upps...sedikit emosi. Cerita yang pelik, berakhir dengan kepelikan dan xde ending. Mmg terbaiklah penulis tu.. Confirm lps ni Ayu tak nak beli da novel dia..hehe

hazyra said...

novel jnis camni mmberi kita kebebasan berfikir dpada author sndri yg plotkan..it is much better rite? it's up to u to end it whether happy or sad ending..

ayu said...

persamaan drp dua novel BM n BI yg buat sy frust:
1) dua2 penulis adalah perempuan
2) dua2 berakhir dgn watak utama tidak mbuat kputusan memilih mana2 watak lelaki. Normala xtahu pilih Zali@Zahar dan Alex xtahu akhirnya pilih Tom@Chris....
Adakah penulis wanita memg cenderung utk xtahu membuat pilihan @ xtahu nk akhirkan cerita klu tdapat dua watak lelaki yg bkonflik...kesian la kononnya, pastu pembaca yg jadik mangsa utk pilih mana2 lelaki yg dia suka dan buat sendiri pengakhiran...kejam2

Unknown said...

hehe....relax sudah...:P

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me