Sunday, November 25, 2012

Suami saya cakap...

Berada di sekeliling wanita dewasa mendekatkan saya dan sahabat dengan kebiasaan wanita. Antara kebiasaan yang terlalu ketara ialah seorang wanita akan sentiasa menyebut-nyebut mengenai suaminya. Ayat yang paling popular ialah;

"Suami saya cakap/ pak aji cakap/ ustaz cakap/ dan pelbagai lagi istilah yang merujuk kepada suaminya..."

Mereka akan sentiasa merujuk kepada cakap suami mereka seperti setiap yang dikatakan adalah rujukan yang sahih dan benar.  Sebagai contoh, seperti yang berlaku di muktamar muslimat, kedengaran beberapa orang mak cik merungut-rungut mengenai format laporan yang disediakan.

"Sepatutnya tandatangan diturunkan di sebelah kiri. Suami saya cakap macam tu."

"Suami saya cakap kalau tak ada tandatangan pun tak ada masalah sebab ini dalaman."

Suami saya cakap itu, suami saya cakap ini~

Maka perbualan tersebut akan melalut bagi mempertahankan hujah berdasarkan cakap suami masing-masing. Selama saya belajar di universiti, rujukan daripada suami adalah tidak sah. Geli hati pun ada apabila melihat mak cik-mak cik ni. Manalah orang boleh terima kalau guna sumber rujukan daripada suami. Sahabat saya cakap, naik menyampah dengar.

Bukan sahaja di muktamar, percakapan seharian wanita tidak akan terlepas dari merujuk apa yang dicakapkan suami. Sehinggakan saya membuat kesimpulan sumber ilmu seorang wanita selepas berkahwin ialah suaminya sehinggalah mati. Kalau betul  maklumat yang diberi suaminya, untunglah, kalau silap suaminya, silaplah seorang isteri tersebut. Manakala anak-anak pula sumber rujukan utama mereka ialah mak.

"Mak saya cakap..." (saya selalulah guna ayat ni~ entah2 orang menyampah sampai label saya anak mak..:P)

Kadang-kadang saya berpesan kepada rakan-rakan yang sudah berkahwin, tak perlulah nak jadi macam tu. Cuba cari rujukan yang sah kalau nak orang terima pendapat kita. Contoh, menurut Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif (2010) ker, menurut buku Tsunami Politik PRU-12 ker, atau menurut kajian itu, kajian ini...barulah orang sekeliling boleh terima. Kalau tak nanti dalam hati orang kata " Suami dia sahaja betul..." Itulah apa yang disebutkan di hadapan saya.

Waktu pertama kali saya bangkitkan isu ini, ada sahabat yang hanya ketawa mendengarnya dan mengatakan saya ni skeptik. Tetapi, lama kelamaan mereka turut terperasan mengenai kebiasaan ini dan teringat kata-kata saya.

"Akak perasan tak kak A tu selalu sebut 'ust cakap', saya teringat apa yang akak cakap yang isteri ni suka sebut 'suami saya cakap'...haha"

"Ya ka?"

Saya pula yang tidak perasan perkara tersebut~
***

Suatu masa, disebabkan terlalu biasa dengan perbuatan wanita yang sudah berkahwin, saya boleh mengagak sesuatu yang tidak kena apabila seorang wanita tidak langsung atau jarang menyebut mengenai suaminya semasa berbual. Perasaan ingin tahu mengenai kedudukan seorang akak ini membuatkan saya mengajukan pertanyaan di bawah;

"Akak kahwin masa umur berapa?"

Aju saya kepada seorang akak berpurdah di sebelah. Kami sedang duduk-duduk sambil melihat sepasang anaknya sedang bermain.

"25 tahun."

"Sekarang akak umur?" Gigih saya cuba mencungkil kisah hidupnya.

"32 tahun."

Saya mencongak-congak.

"Oh, kiranya dah 7 tahun akak kahwin yer?" semangat saya nak minta tips keluarga bahagia.

"Eh, tak sampai..." Saya kepelikan. Dalam hati, 'aku silap kirakah?' Mula membilang jari.

"Akak cerai...tak berjaya nak kekalkan. Lima tahun lebih sahaja." 

Saya terus berpaling ke arahnya. Terdiam. Terhenti membilang jari. Kaku sesaat. Dia hanya melemparkan sebuah senyuman seraya berpaling ke arah anak-anaknya. Saya pun cepat-cepat berpaling memandang pokok terung.

Betul telahan saya. Hati saya terjentik...

" Emm... akak makan tak terung tu?"
" Terung pipit? Makan, awak?" (Kalau suaminya masih bersama, mesti dia akan rujuk suami akak suka/ suami akak suka makan)
" Mak saya jarang masak terung pipit tu kat kami.." Saya jawab.
..... (Kalau saya ada suami mungkin ayat saya berubah jadi "Suami saya tak makan terung pipit ni")

Tapi sahabat-sahabat dah berpesan agar saya jangan jadi macam tu sebab nanti buat orang menyampah. Tetapi ini menunjukkan wanita menghargai dan mengingati pasangannya lebih dari diri sendiri. Orang lelaki belum tentu boleh buat macam tu...selalu lupa apa yang isterinya cakap. Sebab itulah selalu bergaduh perkara yang sama sahaja setiap masa..

Apa-apa pun perkara ini bukanlah masalah besar, sekadar berkongsi di sini. Mungkin juga menjadi panduan kepada si suami agar sentiasa menambah ilmu dalam diri supaya dapat membimbing isteri ke arah kebenaran walaupun dari sekecil-kecil perkara kerana isteri suka sangat merujuk dan berpegang dengan apa sahaja yang dicakap suaminya. Kalau betul oklah, ini tidak~






6 comments:

Moderator said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

my dear cakap, jgn over sgt boleh tak? hahahahahaha

apekah.. mybe sb i x penah lg kot bkerja ngan married person.. baru taw ramai yg slalu buat cmni.. hmmmmm memg annoying kalo betul happen to me okay.. habeh hubby dia ja btoi, org len yg buat kajian separuh nyawa pn tak btoi.. hahaha tapi sengal sgt la ayu kalo smpy nk buat cm rujukan format ukm tu kikikiki

ayu said...

kita yang muda2 ni jd tukang angguk ja..malas nak bangkang. Tambah2 klu si suami orang2 hebat... but married couple always make us feel too low even to b noticed. however, at least we stand on our own feet n knowledge. :) nak kena tubuh kelab wanita2 bujang plak lah pasni~

Unknown said...

hahahaha silakan tp x jamin i nk join.. ckup la ngn krabby patty kikiki

ni msti penangan kes tu ni... toi kan? sabar lah my dear.. ur tym will come soon, insyaAllah ^^

Siti SArah Ahmad Rusli said...

hahahaha..perbincangan ni ko pernah utarakan dulu, ya..tidak dinafikan selepas aku join makik2x kat teluk Intan ni

ayu said...

Cleo> xlah, bukan sbb kes tu... tetiba ada adik tu dtg cerita ttg ni sbb teringat ap yg org pernh sbut dulu...apparently dia pun bhadapan dgn pkara yg sama..

Sarah> haha...kan2..memg tbukti teori yg ak wat 2..ksian kita yg xada hujah sandaran ni..hehe