Sunday, July 28, 2013

Cahaya Dhuha



Cadangnya pagi tadi nak melihat mentari dhuha terbit melalui tingkap bilik sambil menaip entri terbaru. Namun, end up duduk di Masjid Hasanah mendengar pengajian kitab. Teringat dulu selalu dengar kuliah Subuh Ustaz Azli di Irshad. Guru Bahasa Arab yang berjaya buat saya dapat A dalam SPM sebab takut nak tidur dalam kelas dia. Penyampaian dia serius, tenang dan suaranya serak-serak basah. Jangan harap dia nak buat lawak macam UAI. Katanya banyak ketawa dalam majlis ilmu tak memungkinkan ilmu tersebut diingati dengan baik. Sebabnya nanti keluar dari surau dah terlupa sebab banyak gelak semasa mendengar kuliah. Syaitan juga akan memenuhi majlis tersebut. Wallahualam. Dia berkelulusan Universiti Madinah. Jadinya, setiap kali dia bagi kuliah Subuh, ramai manusia terutamanya muslimat yang syahid di belakang. Bergelimpangan macam para syuhada' di medan perang dalam telekung putih mereka. Kalau yang malu sikit, bersandar di bahu sahabat sebab nak cover. Saya antara mangsanya. Boleh saya katakan, habis saja kuliah, hanya beberapa kerat sahaja yang survive. Sahabat saya cakap, setiap kali saya dengar kuliah dia, mata saya akan bersinar-sinar, sebab tu saya tak mengantuk. Saya seronok sebenarnya dengar kuliah dia. Sahabat-sahabat cakap kuliah dia boring dan mengantuk sebab suara dia senada. Masing-masing ada pendapat sendiri, tapi saya suka keseriusan dalam penyampaian ilmu. Menunjukkan perkara tersebut penting dan perlu diberi perhatian. Tak tahu ke mana saya hilangkan buku koleksi kuliah dia selepas habis belajar. Oh ya, ada seorang junior ni jumpa kemudian berkeinginan menyimpannya, jadi saya halalkan saja. Entah apa-apa yang diconteng. 

Saya ceritakan sebab banyak juga muslimat yang sudah memejamkan mata dan tersengguk-sengguk dalam kuliah Subuh ni termasuklah orang sebelah saya yang semangat nak datang~

Kalau tonton drama pula, saya tak suka drama yang sedih-sedih, serius-serius. Seringkali saya cakap kepada sahabat yang selalu menonton drama- hidup kita ni dah terlalu sedih dan serius untuk kita tonton pula drama sebegitu. Kalau mengikut nasihat Syaikh Dr. Aaidh Abdullah Al-Qarni dalam You Can Be The Happiest Woman In The World, beliau memang melarang wanita daripada melihat soap opera sebab ia boleh mempengaruhi emosi dan merosakkan pemikiran. Kalau ikut mak saya, dia larang tonton drama waktu mengandung, sebab nanti anak keluar jadi perangai macam dengan yang kita selalu tonton. Kalau drama nangis, anak keluar selalu menangis, kalau selalu menjerit, anak pun selalu menjerit. Lucu pun ada, tetapi mungkin ada benarnya. Kadang-kadang saya cuba juga duduk dan tengok dengan sahabat-sahabat, tetapi tak lama. Sakit jiwa dengan kebodohan yang disengajakan.

Sebenarnya, entri kali ni bukan nak cerita tentang kuliah Subuh, tetapi pengalaman berbuka puasa semalam di Stadium Tertutup MPSJ. Ameerah dijemput untuk bersama-sama dengan anak-anak perantau Kelantan berbuka puasa sebagai penghargaan kerana membantu semasa PRU. Dengarnya YB Mumtaz dah tempahkan meja untuk Ameerah, jadi saya pun pergi ditemani seorang sahabat. Sampai di sana, tidak kelihatan sebarang meja. Yang ada hanyalah bungkusan makanan di atas tikar. Usai solat Maghrib, barulah boleh menghadap hidangan. Saya tanya salah seorang akak di situ, mana YB Mumtaz. Selalunya dalam kalangan Ameerah, beliau dikenali sebagai Kak Taz saja. Tapi saya rasa canggung nak panggil memandangkan tak kenal rapat pun dengan beliau. Sekali akak tu tunjukkan di sebelah saya. Terkejut juga melihat beliau berada di sebelah saya selang dua orang. Bersila atas lantai dan makan nasi bungkus. Sempat saya tengok beliau tertumpahkan air sirap dalam cawan plastik... Tak kira lagi sekalian MB dan Exco-exco Negeri Kelantan yang turut berbuat perkara yang sama-bukan tertumpahkan air, tetapi makan bersila...




Saya tak tahu nak ulas macam mana. Even PKR pun majlis berbuka puasanya dibuat dengan rasmi dan makan di atas meja serta dilayan oleh caterer walaupun sekadar majlis dalaman. Tak payah cakap UMNO yang memang dok perabih duit rakyat. Memang sempoilah VVIP PAS ni. Mungkin sebab majlis ni bersifat anok-beghanok, jadi protokol tidak menjadi isu. Cuma saya terfikir satu perkara yang pernah dibangkitkan oleh beberapa individu mengenai jauhnya PAS untuk mendapatkan kepercayaan dan sokongan golongan korporat yang bukan Islam kerana mereka lebih selesa dengan pimpinan PKR. Kadang bukan isu besar yang menjadi masalahnya kerana kita juga mempunyai golongan profesional dan korporat untuk membincangkan apa-apa sahaja isu, cuma kita masih berbeza dunia untuk boleh duduk bersama dan mencapai persefahaman. Kita boleh duduk bersila, mereka nak duduk atas meja. Kita boleh berkongsi, mereka nak privasi. Kita boleh sembang suka-suka, mereka bermuka-muka. Jadi, kalau isu protokol ni, pada pendapat saya, kalau pun pimpinan kita ni memang zuhud orangnya, menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati mereka. Walaupun mereka tak kisah, tetapi menjaga imej mereka bukankah perkara yang boleh membawa kebaikan juga? Sempoi sangat pun kurang berkesan sebenarnya...menyebabkan pemimpin kita tak stand out dalam kalangan pimpinan Pakatan. Bukan salah mereka, tetapi salah kita yang melayan mereka lebih kurang. Kalaupun kita nak berbeza dengan mereka, kita perlu bijak jadikan perbezaan tersebut sebagai sesuatu yang eksklusif bukan inklusif. Mungkin nanti mereka akan merasa kagum dan ingin bersama-sama menjadi seperti pemimpin kita. Wallahualam...

p/s: ini sekadar pandangan kecil penulis yang merupakan orang luar dari anok-beghanok Perakan dan menjadi pemerhati. Mungkin itu merupakan kekuatan eksklusif mereka- ikatan erat antara pemimpin dan rakyat yang tiada bandingan.

4 comments:

Unknown said...

my dear, well done! setuju dengan 2 benda:

1 - wanita tolong lah elak tengok drama!! terutamanya drama melayu n korea!! drama melayu sb pengaruh psikologi tu cenderung sb dah nama pun melayu, kita melayu so cenderung utk terikut2 tu tinggi.. mcm anak2 la.. dia cenderung tiru org yg sama fizikal dgn dia.. sangat tekanan bila tengok sahabat2 dan juniors tonton drama.. kita nak join skali tapi meluat serabut semua ada.. bila kita tak join mula kata kita memilih, kita tak dak perasaan, kita hina depa, bla bla bla.. aduh.. tu dah kena pengaruh la tu.. tolong lah kalau ada wanita yg mbaca ni, fikir2 kan ye..

2 - sgt setuju yg protokol tu.. dah lama org tengok benda ni as "isu dalaman" pas tapi diamkan, sekadar suarakan kat umi n sis ja.. ye betul, mungkin pemimpin tu sendiri request nak santai2 bagai, tapi kita ni kena ada kesedaran jugak utk jaga imej dia.. bkn nak suruh perabih duit, tidak.. tapi, pandai2 lah kreatif n kritis thinking tu bagi a bit proper kan.. tak nak cakap banyak sb kita ni sapa ja tapi tu lah.. sekadar pandangan org luar deh hehe ^_^v

ayu said...

tq for your respond... pandangan orang luar perlu juga tambah-tambah kalau nak tarik penyokong. Mungkin perkara ini perlu dipertimbangkan oleh ahli selaku penganjur program-program masa hadapan termasuklah saya... perlu lebih kreatif dan 'marketable' :)

hajrun said...

=) thumbs up!

Unknown said...

No problem ^^