Berapa banyak umur yang panjang namun sedikit dakwat yang dituliskan, & berapa banyak umur yang pendek, namun begitu banyak dakwat yang dituangkan. Sesiapa yang mendapat keberkatan dalam hidupnya, maka tahulah dia jalan menuju kurnia Allah meskipun dalam masa singkat.
Thursday, September 10, 2015
Sunday, August 9, 2015
8.8.15
(Checkpoint 1: KTM UKM)
This year, I made a memorable birthday celebration. I brought a friend along with me and we were on a mission.
First mission-find gifts for me worth RM50 at KL Sentral (Checkpoint 2).
Second mission:Find a bouquet of roses. Outside Checkpoint 3:LRT Masjid Jamek
Third mission:Find Hotel Pudu Plaza.
We walked and walked until our feet felt sore and my smartphone died. So, we took a taxi at Times Square.
Checkpoint 4:Room 910 Hotel Pudu Plaza.
The queen bedroom is full so we got superior king bedroom without any extra charge.
Fourth mission:Celebrate my birthday and make it memorable.
Below were the memorable moments.
Enjoying the night with heavy rain and thunder enveloping the city centre.
Fifth mission: Enjoy the breakfast.
Not as I imagined. The food werent varities. It didnt has the air of exclusivity in the dining room.
We checked out at 12 and were on our last mission
Sixth mission: Find delicious food in KL
Checkpoint 5: Chow Kit road.
After journeyed back and forth on monorail, we managed to have our lunch at Chow Kit Road. Laksa Kedah. Delicious. I would suggest next time we should inquire people who is familiar with KL if we want to enjoy delicious and considerable price food.
The tired faces of having to walk miles and miles...since UKM bus left us and we couldnt wait anymore.
End of two days and a night journey. Full with memories.
Sunday, August 2, 2015
R.I.P
I am unable to sleep tonight.
And everytime sleeping is hard, I will hear his verse.
"If you want to sleep, you never think about going to sleep, you just sleep. Thats how you get to sleep"
Since it was an Introduction to Philosophy class, it sure has a deep meaning.
Just like the other verse,
"A person becomes good if he uses more part from his navel and above, but becomes bad if he uses more of his part from navel and below."
-Sir Ghapa Harun-
As for today, I would say, whether you think about death or not, you will surely get one.
May his soul rest in peace.
Just like the other verse,
"A person becomes good if he uses more part from his navel and above, but becomes bad if he uses more of his part from navel and below."
-Sir Ghapa Harun-
As for today, I would say, whether you think about death or not, you will surely get one.
May his soul rest in peace.
Friday, July 31, 2015
SPECIAL TALK BY DR JASSER AUDA
Title: “The Future of Islam in Malaysia: Clash or Peaceful Co-Existence”
He wrote a PhD thesis on the Philosophy of Islamic law in the University of Wales, UK, and a PhD thesis on systems analysis in the University of Waterloo, Canada, and a M. Jur. thesis on maqasid/purposes of the Shariah in the Islamic American University. Early in his life, he had studied Fiqh, Usul, hadith, Sunnah, and memorized the Quran.
Second on the left is Prof Dr Redzuan Othman. Expertise in Turkish history and politics.
A great discussion indeed with quite critical questions from the audiences though I find some of the questions did not worth mention. Anyway, there is no stupid question, one of my lecturer claimed.
Jasser Auda is a global think tank based in London, previously he is a professor teaching at the Qatar Faculty of islamic Studies in Doha, Executive Director of Maqasid Institute, a founding member and a member of the executive board of the International Union of Muslim Scholars, a member of the academic committee of the International Institute of Islamic Thought, and a Fellow of the International Institute of Advanced Systems in Canada.
He wrote a PhD thesis on the Philosophy of Islamic law in the University of Wales, UK, and a PhD thesis on systems analysis in the University of Waterloo, Canada, and a M. Jur. thesis on maqasid/purposes of the Shariah in the Islamic American University. Early in his life, he had studied Fiqh, Usul, hadith, Sunnah, and memorized the Quran.
Second on the left is Prof Dr Redzuan Othman. Expertise in Turkish history and politics.
A great discussion indeed with quite critical questions from the audiences though I find some of the questions did not worth mention. Anyway, there is no stupid question, one of my lecturer claimed.
Thursday, November 7, 2013
Kenangan Semalam
Saya fikir saya seorang yang suka membina dan kemudian hidup dalam kenangan. Pulang ke kampung baru-baru ni, saya menyusuri beberapa tempat kenangan saya dan sahabat sekitar Irshad. Banyak perubahan yang berlaku.
Restoran Sahabat Selamanya sudah tidak ada di situ. Terkejut dan....sedih. Macam kehilangan sesuatu. Saya baru bercadang nak menikmati ais kacangnya setelah sekian lama. Restoran tersebut digantikan dengan restoran lain. Sekaligus terpadamlah niat nak bawa 'pak we' jalan-jalan makan ais kacang paling best di Penang satu hari nanti. Angan-angan pun dah menjadi kenangan.
Saya singgah menjenguk ke Kedai Nasi Goreng Ayam Pak Cik Lan. Masih ada di situ. Simpang Tiga Keling. Sementara menanti pesanan nasi goreng ayam yang legend tersebut disiapkan, saya memerhati sekeliling. Kedut dan kendur di wajah Pak Cik Lan dan isterinya sudah kelihatan. 7 tahun kemudian baru menapak kembali ke sini... Tempat saya dan sahabat selalu melepak setiap kali ada kelas tambahan di sekolah atau sekali sekala nak merasa makanan luar dari makanan asrama. Tempat berkongsi rahsia-rahsia hati dengan sahabat. Kalau Harry Potter dan sahabat melepak di Hogsmeade, kitorang melepak di Simpang Tiga Keling kalau keluar dari Irshad. Kenangan ini juga bakal terhapus ditelan masa bersama tuanya Pak Cik Lan dan isteri. Mereka tak punya anak. Dan anak-anak orang Melayu jarang mewarisi legasi orang tua-tua mereka. Tidak seperti bangsa Cina. Akhirnya saya mencapai satu kesimpulan sambil memandang langit;
'Wahhh...Sunyinya.'
Satu-satu tapak kenangan ditelan masa dan perubahan- Stesen Kereta api Bukit Mertajam, Restoran Sahabat, rumah tok, dan entah apa lagi.
Kenangan tersebut ditarik bersama hilangnya jejak-jejak mereka.
Balik ke rumah, saya membelek-belek buku di rak. Sunyi-sunyi begini, kawan baik selalunya buku. Bila kita perlukan, dia selalu ada. Kalau kita tak perlu, dia setia di situ. Nama pun buku~ HAMKA bersama karya beliau ISLAM: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial.
Perasaan saya bagai tersalur bersama dengan perasaan HAMKA apabila beliau turut menjejaki kembali sejarah revolusi manusia mencari pegangan. Saya tak pernah kecewa baca karya beliau. Cara beliau menjalin cerita walaupun ianya sejarah, tebal, masih mampu membuatkan saya tenggelam dalam setiap helaian mukasurat. Ini karya kedua beliau yang saya baca selepas Sejarah Umat Islam.
Saya seronok membaca atau mendengar bicara sesiapa sahaja yang memiliki sudut pandang yang bukan kebiasaan. Sebab saya pun cuba melihat dunia ini dari sudut pandang yang berbeza. Selalunya ia memungkinkan saya disalahfahami. Tetapi penulisan buku-buku hebat sentiasa mendorong ke arah kebebasan berfikir. Alangkah indahnya andai saya mampu keluar dari kepompong minda sedia ada dan berfikiran besar. Macam kata-kata A.Fuadi 'peluklah impian erat-erat'.
Terus menapak dan kutiplah hikmah sepanjang jalan.
Friday, October 25, 2013
Kezaliman
I am getting sick and tired with Malaysia's leader. Kerenah mereka semakin melampau-lampau. Otak mereka semakin dangkal. Saya memang sangat marah sekarang ni, sangat marah. Sangat marah sehingga saya tak mampu nak ekspresikannya dengan kata-kata.
Dalam fikiran saya sekarang ni;
Apakah langkah terbaik nak gulingkan parti yang memegang kerajaan sekarang ni?
Apakah cara yang paling laju dan berkesan? Dengan keadaan rakyat yang buta politik begitu besar ni, pilihan raya bagai satu utopia buat pembangkang.
People are fighting each other and dying every minute, yet they are celebrating. Saya tak fikir dah as long as Malaysia aman atau tidak, yang penting kalau rakyat terseksa, diorang kena terseksa sekali.
Opposition leaders, do something.
Saya fikir saya perlu dengar seminar dengan lebih banyak, baca buku lebih banyak sebelum saya sakit jiwa dengan kegilaan sebegini.
Ya Allah, jatuhkanlah kerajaan yang zalim ni.
Sunday, October 20, 2013
Jendela pemikiran politik wanita
Politik seringkali dikaitkan
sebagai hak maskulin. Orang perempuan tiada tempat dalam politik suatu masa
dahulu. Kemudian wujud gerakan feminisme yang mendakwa kenyataan yang
menyatakan sesuatu itu maskulin dan sesuatu itu feminin adalah konstruksi
sosial semata-mata. Tapi, persoalannya, macam mana sesuatu tersebut
dikonstruksikan sedemikian? Contohlah, menjahit baju selalu dikatakan feminis,
membaiki kereta dikatakan maskulin, memasak feminis, menjaga anak feminis,
memburu maskulin dsb. Sudah tentu sebab masyarakat
memandang kepada majoriti perlakuan sedemikian dimonopoli oleh jantina
tertentu.
Namun, apabila dunia semakin
kompleks, berlaku silang peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki nak memasak,
wanita nak masuk politik. Oleh itu, perkara ini dikaji semula dari sudut yang berbeza. Sesuatu bidang
tersebut tidak harus dilabel hak maskulin dan hak feminis semata-mata.
Selalunya wanitalah yang paling
melenting jika melihat isu double-standard
sebegini. Sehingga tertubuhnya gerakan feminisme. Sejauh mana pula muslimat
dalam PAS melihat hal ini?
Ini pemerhatian saya.
Semalam saya berkejar sendirian ke
Hotel Armada untuk mengikuti Dialog Politik Anak Muda. Panelis merupakan Tuan
Guru Haji Hadi, YB Zailah, YB Mumtaz dan Puan Fareedah Ahmad. Saya lebih suka
memerhati daripada terlibat. Seronok keluar dari Bangi sekejap ambil angin.
Jumpa dengan orang kampung, Kak Wani (orang kampung sebelah), Kak Naimah dari
Pulau Pinang. Semasa sesi dialog, perwakilan atau para hadirin boleh mengajukan
sebarang soalan kepada panelis.
Walaupun tidak dinyatakan
peraturan, tetapi apabila tajuknya Dialog Politik, maka sudah pasti persoalan
perlu berkisar tentang politik. Rata-rata soalan yang ditanyakan berkisar
tentang isu double-standard PAS
terhadap muslimat dibandingkan dengan pemuda. Selain daripada itu, muslimat
suka tanya soalan yang berkaitan dengan rumahtangga dan karakter panelis. Itu
bukan isu politik mainstream. Itu
politik rumahtangga. Well, it is still
politic. Saya seorang sahaja yang tahu itu juga isu politik, orang lain
lihat isu tersebut tak berkaitan langsung dengan topik sehingga moderator perlu
memberi amaran. Orang sebelah saya melontarkan komen terhadap soalan yang
dilontarkan dan saya hanya mengangguk-angguk tersenyum dengan remarks yang dibuat. Soalan kita merefleks pemikiran kita.
Jadi, jangan salahkan lelaki
kalau politik itu dilabelkan sebagai maskulin. Sebab hanya orang lelaki yang pandai
bercakap tentang politik. Tetapi orang perempuan apabila diberi peluang
bercakap topik politik, dibantainya tanya soalan ‘Adakah Ayah Chik seorang yang
garang dengan keluarga,?’ ‘Macam mana YB Zailah menguruskan rumahtangga dan
dalam masa yang sama terlibat dalam politik?’ ‘Apakah cabaran terbesar YB
Mumtaz menjadi seorang exco?’ ‘Apakah peristiwa yang membuatkan TGHH tergelak
besar?’ Memang la… kalau ada pemuda dalam majlis ni, mesti diorang pandang slack kepada muslimat sebab tanya
soalan-soalan yang sungguh ‘catchy’ sebegitu.
Peristiwa tersebut membuatkan
saya terfikir nanti kalau ada rezeki saya sambung PhD, saya nak kaji Teori
Politik Wanita. Kaji politik dari sudut pandang wanita. Sekarang ini, tiada
siapa menghalang wanita kehadapan dalam pentas politik. Mereka diberi peluang
seluas-luasnya. Wanita rasa didiskriminasi sebab dia sendiri tak boleh berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki semasa proses pembuatan
keputusan dibuat. Kalau tidak, dia mesti tidak akan rasa rendah diri seperti
mana pemimpin politik wanita yang ada sekarang. Siapa nak orang yang diam dan
mengikut sahaja apa orang lain cakap dalam proses pembuatan keputusan tanpa ada
pendapat dan pendirian sendiri? Dalam buku The
Definitive Book of Body Language, perempuan yang nak dirinya dipilih jadi
isteri dengan perempuan yang nak dirinya dipilih jadi ketua perlu mengamalkan
sikap yang berbeza dalam dua keadaan tersebut. Kalau tidak dia tidak akan
dihormati dan suaranya tidak didengar. Jadi pilihan di tangan anda.
Agak kemalasan nak menulis entri
walaupun pelbagai perkara menarik berlaku di sekeliling… jadi saya berhenti di sini.
Wednesday, October 9, 2013
Selekeh Itu Pilihan
Baru nak seronok dia dah masuk gua balik. Jadi, bersabarlah
sementara tunggu dia keluar.
Saya jarang sangat tegur atau nak
komen pemakaian orang di hadapan tuan badan. Hakikatnya, saya tak peduli apa
orang pakai. Selagi mana kainnya tidak terkoyak tanpa disedari atau menampakkan
aib, tidak ada sebab untuk saya komen tentang pakaian yang dipakai. Tapi apabila saya tak kisah, tidak bermaksud orang lain tidak
kisah dengan pemakaian saya. Ada sahaja yang menjadi pemerhati dan sedar
perubahan penampilan saya. Bukan sekadar sedar, malah ringan mulut nak menegur.
Kadang-kadang ia menyinggung
perasaan saya. Bukanlah maksudnya saya sedih, cuma saya macam nak cakap, selagi
ianya menutup aurat, cuba buat tak nampak apa
yang saya pakai hari ni. Bagilah peluang saya jadi selekeh kejap.
Hari-hari saya dah jaga imej,
satu hari saya nak selekeh itu bermaksud saya memang nak selekeh. Itu pilihan.
Cuba timbang rasa sikit. Kalau seseorang itu selekeh selalu setiap kali
berpakaian, memang menjadi keperluan kepada kita untuk menegurnya agar mengubah
cara berpenampilan. Tetapi kalau hari-hari memang seseorang itu sentiasa kemas
dan pada satu masa dia selekeh, itu tandanya memang dia pilih nak selekeh atas
sebab-sebab tertentu. Bukan dia tidak tahu sedangkan memang dia seorang yang
menjaga imej. Sebab itulah kita tak boleh nak tegur ikut rasa kerana kita tak
tahu keadaan dia. Saya berfikir sedemikian.
Kalau saya pakai jubah tidak
berseterika, seluar panjang terjulur keluar, tudung macam mak cik- itu tandanya
memang saya nak pakailah. Dan saya sedar itu selekeh.
Dalam hidup ni, kita perlu faham
prinsip peluang dan ruang. Manusia bukan robot. Mereka sentiasa menginginkan
peluang dan ruang untuk mencuba sesuatu. Bagilah peluang dan ruang berikut
sesuai dengan limitasi yang diletakkan dalam agama. Tidak perlu terlalu
konservatif dan ortodoks dengan fahaman masyarakat atau norma sosial.
Sebagai contoh, kalau sesama
wanita auratnya hanyalah dari pusat sehingga ke lutut, maka berilah kebebasan
untuk dia memakai apa sahaja jika berada bersama wanita. Kenapa perlu dihalang
dengan alasan tak sopan, malu, tak pernah dibuat orang dsb? Halangan hanya akan
membawa kepada pemberontakan. Beri peluang dan ruang selagi mana ianya tidak
melanggar batas syariat.
Dulu masa kecil-kecil, saya tak
suka basuh periuk yang besar di sinki. Saya hanya akan basuh pinggan dan
benda-benda kecil. Mak tak pernah paksa. Dia suruh tinggalkan yang besar biar
dia yang buat. Itu merupakan ruang yang diberi sehinggalah saya bersedia
membasuh semuanya tanpa disuruh. Dulu saya tak suka besiang ikan sebab busuk.
Mak tak pernah tegur atau marah kata anak derhaka atau tak dengar kata atau apa
sahaja. Dia bagi ruang sehingga satu masa saya yang buat semua dari besiang
sehingga memasak. Sebabnya kalau saya tak buat yang ini, tidak bermaksud saya
tak buat yang itu. Jadi dia bagi ruang. Saya pakai tudung sejak dari PASTI umur enam tahun. Masa Darjah Satu, ada satu hari mak bagi peluang saya tak pakai tudung satu hari ke sekolah. Balik dari sekolah Pak Ngah marah sebab tak pakai tudung. Sedangkan budak Darjah Satu bukannya baligh lagi. Orang dewasa tahu perkara ni. Lagipun, saya sendiri yang rasa pelik dan lebih selesa bertudung.
Bagi dia ruang untuk gagal sekali
sekala, bagi dia peluang untuk berusaha lagi. Semua orang perlukan ruang dan
peluang dalam hidup ni. Agar dia dapat memilih yang terbaik kemudiannya.
Apabila manusia diberi ruang dan
peluang, mereka dengan sendirinya akan rela hati melakukan apa sahaja
permintaan sebagai penghargaan atas timbang rasa yang seseorang bagi kepada
mereka.
Jadi, saya perlukan ruang untuk
selekeh juga sekali-sekala, sebab dengan itulah saya sentiasa bersemangat untuk
kekal anggun berseri~ Alahh… selalunya pemakaian saya bergantung kepada urusan
saya. Biasalah tu…wallahualam. Cubalah fahami diri ini
Thursday, October 3, 2013
Rumahku Syurgaku
Kenapa saya suka rumah
saya? Sebab…
Situasi di Bangi,
sentiasa menggelupur kepanasan. Serius panas dia menggigit kulit walaupun pukul
5 petang. Rasa macam bila-bila masa sahaja boleh kena strok panas.
***
Pergi Langkawi pun
sama. Panas menghitamkan. Tapi, Alhamdulillah hanya sehari panasnya. Hari kedua
dan ketiga, hujan juga di beberapa tempat. Satu hari dah boleh pusing pulau.
Merempit dengan motor sekali sekala memang menyeronokkan. Masih mahir memegang handle motor rupanya. Pengalaman pulang
naik bot musim-musim hujan ni memang tak dapat dilupakan. Dalam banyak-banyak
kenangan manis yang dicipta, kenangan pahit juga yang merosakkan memori. Sewaktu
keluar dari kereta sahabat, ayahnya berpesan;
‘Laut tengah beralun,
jaga-jaga nanti muntah.’
Saya ingat saya takkan
melalui perkara tersebut dan mengambil ringan pesanan pak cik. Lagipun, selama
ni belum pernah muntah hijau lagi waktu atas bot. Sudahlah kehujanan semasa
pulang dari Makam Mahsuri, memang tak sempat nak buat apa-apa terus balik.
Bot pulang tidak sama
dengan bot saya datang. Keadaan di dalamnya lebih sesak. Dapat pula tempat
duduk di tengah-tengah dan tersepit, saya memang berada dalam keadaan yang tak
selesa dengan pakaian agak lembap.
Waktu bot membelah
lautan, saya cuba untuk tidur seawal mungkin seperti mana waktu saya datang.
Cubaan saya gagal sebab ada seorang akak di sebelah saya begitu ramah untuk
menceritakan setiap inci kehidupan dia kepada saya. Saya tak minta pun. Saya hanya menegur dia untuk tahu nombor tempat duduk dia. Sekali dia buka mulut cerita tujuan dia di Langkawi dan seterusnya.
Bagaimana dia merupakan
isteri kedua, baru setahun berkahwin, perasaan takut tak disayangi satu hari
nanti, suami orang tu suka sangat dekat dia, hantaran RM 18 000, berjumpa masa
dia kerja di Langkawi dan berkawan biasa semasa masing-masing masih bujang
(menjadikan semakin kuat perasaan tak suka saya kepada sikap suka berkawan
berlainan jantina walaupun kononnya KAWAN BIASA!- inilah punca masalah di kemudian hari...kenapa orang tak faham yang
antara lelaki dan wanita tidak ada istilah berkawan kecuali urusan penting? Memang
la..), kemudian dia berkahwin dulu dan
lelaki tu frust sewaktu pulang
belajar dari England dan dapati dia dah kahwin, kemudian lelaki tu pun berkahwin. Kemudian akak tu bercerai
dengan suami pertama dia dan lelaki yang
sudah berkahwin tadi nak ambil dia jadi isteri. Alasannya, isteri dia tak
pandai layan dia. Macam mana seorang manusia boleh ceritakan kisah peribadi dia
kepada orang asing dalam masa tak sampai 1 minit kenal? Akak tahu tak akak dah
menyebabkan saya semakin takut dan tak suka kat lelaki?~(maaf, iklan sebentar.)
Keadaan bot pada masa
itu ibarat roller coaster dipukul
alun. Bezanya roller coaster ni
sampai dekat 2 jam. Sekejap bot naik
tinggi dan tiba-tiba menjunam tajam macam nak masuk ke dalam laut sebelum naik
kembali. Kiri kanan teroleng-oleng. Dengan bau wangian akak tu yang menusuk
hidung, saya dah kepeningan. Ditambah pula suara dia bercerita yang masuk ke
kepala, isi dalam perut saya tiba-tiba beralun juga.
Saya pandang pak cik
sebelah. Dari tingkap bot kelihatan air laut beralun ganas paras tingkap.
Semakin pening. Jangan tengok.
‘Pak cik, saya rasa
macam nak muntah.’
‘Hmm...’ Jawab pak cik
tu. Tu je? Hmm?
‘Saya tak suka muntah,
nanti sakit..’
‘Hahaha.’ Saya tak buat
lawak la pak cik. Muka saya kelat. Pak cik
ni tak bersimpati langsung. Memang la…
‘Dah 3,4 hari laut
beralun macam ni.’
Tu jelah respon dia
yang paling panjang. Satu pun tak bersangkut keadaan saya. Kot-kot la nak bagi
tips sebab sebolehnya saya tak nak muntah. Nanti sakit. Saya cuba guna tips
yang saya tengok dalam drama Korea. Penipu. Tak hilang pun. Memang akhirnya
saya terpaksa muntah juga. Kali terakhir muntah masa keracunan Tahun 2, saya
muntah kembali. Saya muntah sampai saya rasa macam perut saya nak keluar dari
mulut. Badan dah mengerekot dah. Terdetik, macam ni perasaan nyawa nak keluar
dari badan. Nak bernyawa pun tak lepas. Menangis la juga setitis dua. Akak kat
sebelah tu tolong tepuk-tepukkan belakang, bagi minyak cap kapak dan mentos. Saya
selalu rasa saya akan sihat jadi tak pernah bekalkan apa-apa ubat pun kalau pi
mana-mana. Perasan kuat. Saya ingat saya boleh kawal diri dari jatuh sakit,
tapi gagal.
Geram juga dengan
keadaan yang sempit, akak yang banyak bercakap, bau minyak wangi dia (tapi juga
berterima kasih sebab bantu). Semua tu menyumbang kepada simptom pertama nak
muntah. Kalau naik roller coaster,
walaupun pening, tetapi keadaan yang teruja, bebas nak ketawa keseronokan masa
turun naik menyebabkan kita tak rasa nak muntah berbanding keadaan duduk statik
sebegini. Betullah laughter is the best
medicine. Masa kita ketawa, ia sebenarnya membantu penghasilan antibodi. Kita
enjoy the riding.
Macam waktu naik roller coaster di Times Square, memang sakan
ketawa. Turun pening terhuyung hayang beli jus oren lepas tu sambung naik tomahawk, lepas tu sambung lagi dan lagi
dan lagi semua yang ada di situ. Saya bukannya apa, jatuh imej bila muntah ni~such an embarrassing sight to behold…
Budak-budak tak ada
yang muntah sebab diorang menjerit seronok waktu bot teroleng-oleng. Masa
pening-pening tu saya rasa macam nak keluar dari kabin tu dan lari atas dek
tengok laut. Baru tak rasa nak muntah macam pergi Pulau Jerejak hari tu. Bolehlah
ketawa puas-puas. Tapi nanti kang tak pasal-pasal terpelanting dalam laut. Dah la tak pandai berenang. Ini duduk dalam tempat sempit dengan orang ramai. Pengaliran
udara tak baik. Memang perasaan saya sangat tak best dan akhirnya saya tersandar
tidur juga sebab badan dah lembek.
Pesanan ringkas dari
penaja, jangan pergi pulau waktu musim tengkujuh atau hujan.
Peliknya, lepas turun
dari bot terus hilang perasaan nak muntah.
(masa sihat bolehlah nak poyo)
***
Kembali kepada topik
asal. Saya mengambil masa lama bertapa di rumah sebab di sini musim hujan….
BAHAGIAnya! Bermula selepas Subuh, hujan turun dengan lebat sampai pukul 11
lebih. Berhenti sekejap kemudian lepas Zohor sambung pula sampai Asar. Berhenti
sekejap, sambung pula lepas Maghrib sampai tengah malam. Berhenti dan kemudian
sambung pula selepas Subuh. Begitulah selama beberapa hari sehinggalah hari
saya terpaksa berangkat pulang. Langit mendung selalu. Tangan dan kaki sentiasa
sejuk sampai terasa ke tulang. Kadang-kadang saya pandang langit dan terfikir
bila-bila masa sahaja salji boleh turun~
Musim hujan tandanya
musim menyemai padi di utara tanah air. Di belakang rumah kedengaran bunyi traktor
membajak sawah sebab bendang dah penuh air jadi tanah lembut. Malam-malam katak
dendangkan lagu serangkap dua buat peneman lena. Patutlah saya suka sangat
berada di kampung. Aroma hujan dari bendang sungguh mengasyikkan…
Di Bangi, malam-malam
sunyi sepi dari suara binatang selain dari bunyi tikus berlari atas siling.
Sekadar selingan...
Cerita pasai musim padi
ni, teringat kakak angkat saya pernah beritahu ciri-ciri lelaki idaman dia
ialah lelaki kampung. Kulit sawo matang dibakar matahari, kerja
bendang, tangan kasar…haha. Patutlah sampai sekarang belum berpunya. Mungkin
belum berjumpa ciri-ciri yang diimpikan. Nak jumpa macam mana, dia duduk di KL. Lagipun, tengok orang
yang kerja bendang semua orang tua-tua. Tak ada pun orang muda macam dalam
drama tu. Alasan dia lelaki macam tu pandai berdikari, bertanggungjawab dan
gagah. Lucu. Kalau saya, saya tambah lagi satu kualiti- rajin membaca. Bukan apa, kalau tak nanti bosan bila bersembang dengan dia asyik cerita tentang bendang sahaja~ katak bawah tempurung is a big no, no.
Tapi baru-baru ni saya pernah terbaca dalam akhbar seorang lelaki
melawan 5 orang perompak yang masuk ke rumahnya. Walaupun mereka bersenjata,
dia lawan juga sebab nak melindungi mak dan adik perempuannya yang kena kepung
dengan perompak. Selepas perompak tu lari baru dia sedar tangan dia kena tetak
sampai nampak tulang dan beberapa tempat lain lagi. Dia beritahu dia hanya
ingat mak dan adik perempuan dia sahaja masa tu dan tak fikir diri sendiri. Lelaki
tu kerja kampung. Terkesan saya baca. Dan seorang lagi senior pernah beritahu
tak kisah kalau dapat lelaki kampung tak habis sekolah pun asalkan dia tahu
tanggungjawab dia daripada lelaki yang berpelajaran tetapi main-main dengan
hati perempuan. Kalaupun saya tidak bercita-cita seperti mereka, tetapi saya
tahu perasaan yang dicari~ ketenangan dan dilindungi. Ini yang saya rasa semasa di kampung.
Apa diharap padi seberang,
Senduduk tidak berbunga lagi,
Apa diharap kasihnya orang,
Dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Senduduk tidak berbunga lagi,
Apa diharap kasihnya orang,
Dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Rindu dekat kampung macam rindu dekat kekasih…
tinggal sekejap dah rasa rindu…
Monday, September 23, 2013
Hakikat dunia II
Saya ambil masa sebelum tidur malam ni untuk merefleks semula
peristiwa yang saya tempuh hari ini. Semasa ianya masih berbekas di hati.
Akhir-akhir ini, saya selalu mengambil peluang melibatkan diri dalam aktiviti
dakwah yang dijalankan oleh Majlis Dakwah GAMIS. Bermula dengan Simunjan pada
bulan Ogos, hari ini pada bulan September di Gombak dan insyaAllah akan ke
Cameron Highland pada bulan Oktober pula. Dan di tempat-tempat lain pada
bulan-bulan seterusnya jika ada rezeki.
Kadang-kadang, pertemuan kita dengan orang yang kurang bernasib baik berbanding kita lebih mudah menyentuh hati kita dan memberikan keinsafan betapa beruntungnya diri kita berbanding mereka.
Roshidan. Seorang pemuda berusia 28 tahun tetapi memiliki
pemikiran seperti kanak-kanak berusia 8 tahun. Dia datang duduk di kerusi
berhadapan dengan saya semasa saya sedang bersihkan meja makan di dapur. Disebabkan dia kelihatan seperti kanak-kanak berbanding seorang dewasa, saya
mula berbasa-basi, tanya nama kemudian umur.
’28 tahun. Tapi belum kahwin lagi. Tak nak kahwin.’
Saya tergelak dengan jawapan dia dan semakin tertarik nak tahu kisah hidup dia. Dia pun macam suka
bercerita. Sambil membelek-belek keychain yang tergantung di leher, dia bercerita seperti kanak-kanak sambil melirikkan senyuman yang lambat.
Dia anak yatim piatu. Ayah dia meninggal dahulu sebelum mak
dia 5 tahun lepas. Waktu dia cakap dia selalu teringatkan mak dia, dada saya
sebak. Dia cakap dia selalu kopek kelapa dengan arwah mak dia semasa hidup.
Sepintas lalu, nampak seakan-akan air mata dia bergenang sebelum dia alih
cerita yang dia menghidap masalah buah pinggang. Buah pinggang dia hanya ada
satu sekarang ni. Satu lagi sudah dibuang dan dia kena makan ubat selalu.
Saya akan bertambah sedih kalau dia sebatang kara. Tapi
kurang apabila dia masih memiliki kakak dan abang yang masing-masing bekerja
dan berkeluarga. Dia anak bongsu. Mereka masih mengambil berat kebajikan dia.
Datang melawat dan beri duit serta beli ubat. Cuma kehidupan di situ kurang serba
serbi. Kadang-kadang hari-hari makan sardin sahaja. 3 kali sehari makan. Sebak dengar.
Saya tanya, belajar apa di sini? Dia bagitahu belajar
Al-Quran dan sembahyang. Saya cakap sembahyang tinggal tak?
‘Kadang-kadang penuh, kadang-kadang tinggal.’
‘Kenapa tinggal? Mana boleh tinggal.’ Dia hanya senyum
sumbing sebelum berkata.
‘Kena sembahyang baru boleh doa kat mak. Baru boleh jumpa mak
dan ayah dalam kubur nanti. Kalau tak sembahyang tak boleh jumpa.’
Hati bagai disayat dengar jawapan dia. ‘Kalau macam tu
janganlah tinggal solat, kena sembahyang penuh.’
Apabila ditanya belajar sampai mana? Dia jawab darjah enam.
‘Kenapa tak sambung?’
‘Tak nak. Abang Shidan kena buli masa sekolah menengah dengan
budak Cina. Dia tak mau hisap rokok, diorang belasah dia. Shidan takut nanti
kena buli. Tak mau pergi sekolah.’
Saya boleh bayang keadaan tersebut. Dunia ni memang penuh
dengan kesedihan. Orang yang dilihat lemah seringkali diambil kesempatan dan
dilayan dengan buruk. Yang kelihatan tidak seperti manusia normal yang lain
sentiasa diketawakan. Bahasa kasarnya dianjing-anjingkan. Saya memang benci
sikap suka menganjing atau mengajuk cakap orang walaupun niat nak bergurau.
Menyakitkan hati. Dia cakap nanti lepas kakak dia pencen, dia akan jaga kakak dia. Kami berbual beberapa perkara
lagi sebelum saya minta diri.
Daripada cerita-cerita dia, saya fikir dia kesunyian dan dahagakan perhatian. Perhatian yang saya bagi tu hanya menghilangkan kesunyian tersebut buat
seketika cuma. Waktu saya sedang bersalam dengan peserta lain, dia panggil.
‘Akak dah nak balik?’ (Dia panggil saya kakak walaupun dia lebih tua banyak
tahun).
‘Nanti datang la lagi.’ Memang ada nada pengharapan di situ.
Selepas bergambar, dia panggil saya sekali lagi dan lambai. Sahabat mengusik
cakap dia sukakan saya. Saya hanya mampu memberi telinga mendengar kisah hidup
dia, bukan wang dan kasih sayang. Saya miskin, dia pun miskin. Tetapi keadaan
saya lebih baik dari dia. Jadi jika dia gembira dengan perhatian yang saya bagi
walaupun sekejap cuma, biarlah. Moga jadi kenangan indah buat dia. Dunia ni sudah cukup sedih untuk kita melukakan hati orang yang lebih banyak
kesedihannya berbanding kita.
Apa yang saya dapat simpulkan, dengan mendengar sebenarnya kita dapat
gembirakan ramai manusia yang kekurangan perhatian. Jadilah pendengar yang
baik. Wallahualam.
Saturday, September 14, 2013
Hakikat dunia
Hidup ini
penuh dengan kesedihan…
Dulu masa sekolah rendah, ada sebuah keluarga tinggal
betul-betul bersebelahan Masjid Jamek, Padang Menora. Rumah papan tu tersorok
diapit oleh rumah batu bomoh patah dengan rumah batu Penghulu kampung. Kalau
saya pergi ambil tandatangan Penghulu, saya berpeluang melihat rumah tersebut.
Tapi tak berani nak dekati. Penghulu ada dua orang anak lelaki yang saya selalu
nampak. Abangnya bisu manakala adiknya normal. Usia abangnya mungkin sebaya
saya. Kalau dia nampak saya, kadang dia senyum, kadang dia melarikan diri.
Rumah papan di sebelah masjid tu dihuni oleh sepasang suami
isteri yang memiliki 3 orang anak. Seorang anak lelaki dan dua perempuan. Anak
sulungnya yang lelaki terencat akal. Begitu juga adiknya yang kedua. Kawan saya
yang bagitahu. Ada yang cakap adiknya yang bongsu terencat juga, ada yang kata
normal. Tapi mereka tetap ke sekolah dan belajar seperti mana murid-murid lain
belajar. Saya selalu jumpa mereka semasa sekolah Arab waktu petang. Abangnya
tua beberapa tahun dari saya. Nazri dan Nazirah. Mereka berdua selalu jadi
mangsa buli. Selalu diketawakan. Tapi mereka hanya ketawa balik. Macam tak ada apa-apa.
Pernah satu masa, waktu saya naik ke kelas, kebetulan Nazirah
berada di koridor. Waktu tu hujan. Ada beberapa orang pelajar lelaki sedang
ketawakan dia. Saya hampiri mereka. Saya ingat saya marah mereka sebab ketawa
dan ganggu dia. Salah seorang dari mereka kemudian bagitahu dia makan tahi
kelawar. Ada pula yang bagitahu kawan mereka yang suruh dan dia ikut. Memang di
koridor tersebut ada tahi kelawar menitik jatuh dari bumbung apabila hujan.
Saya lagi bertambah marah sebab mereka tak halang dan hanya ketawakan dia. Saya
tarik dia pergi. Pergelangan tangan dia kecil sahaja, macam pegang tulang. Saya
dah tak ingat apa yang berlaku seterusnya. Dia hanya ketawa sedangkan saya
hampir nak menangis lihat keadaan dia…
Kemudian saya dah tak jumpa mereka. Saya berhenti sekolah
Arab semasa darjah 5 untuk beri tumpuan kepada UPSR dan mereka pula jarang-jarang
datang sekolah kebangsaan. Kadang-kadang saya terjumpa mak atau ayah mereka
mengayuh basikal. Air muka mak dia lembut dan mudah tersenyum. Tapi air muka
ayah dia serius. Berwajah cengkung. Berita terakhir saya dengar mengenai
mereka, Nazirah sudah meninggal sebab masalah jantung. Saya tak tahu apa
terjadi kepada abangnya.
Dari kecil melihat kesedihan sebegini, saya jadi sensitif
tengok orang kena buli. Kadang-kadang saya marah orang yang dibuli tu, kenapa
biarkan diri dibuli? Kenapa tak pertahankan diri? Rasa macam nak lindung mereka
walaupun mereka tak harap pun…nak mereka rasa yang ada orang peduli…tahu ada
orang tak suka pun apa yang orang lain buat kat mereka…
Dibandingkan dengan mereka, seharusnya saya berhenti mengeluh...
Dibandingkan dengan mereka, seharusnya saya berhenti mengeluh...
Thursday, August 29, 2013
u.n.i.k
Sebelum pulang ke semenanjung, sewaktu sedang menunggu di balai berlepas, saya mendapat peluang percuma berbual dengan seorang ustaz. Itupun beliau yang terlebih dahulu memanggil saya. Selepas sesi berbual dengan beliau, kami terus beratur untuk masuk ke perut kapal terbang. Rupa-rupanya sesi tersebut menjadi rebutan sahabat-sahabat perempuan yang lain. Masing-masing frust sebab saya dapat peluang tersebut tanpa perlu menunggu. Bagi yang sudah mendapat peluang, dikongsikan apa yang dibincangkan dengan ustaz. Tak terlepas muslimin yang sibuk juga nak tahu apa yang dibincangkan oleh saya dan ustaz. Ustaz hanya tersenyum dan tidak melayan pertanyaan mereka.
Seputar kejadian tersebut, hari ni baru saya teringat ustaz ada tekankan di akhir perbincangan.
'Dia ni unik.' sambil membuat isyarat ibu jari sebelum menyambung. 'Terbaik...'
Unik?
Jarang orang gunakan perkataan unik untuk terangkan tentang seseorang. Nak minta ustaz huraikan tetapi segan pula.
Adakah macam rare gitu. Jadi, kena tanya encik Google sahaja.
Unik
1)tidak menyerupai sesuatu yg lain; hanya satu-satunya; tersendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
2)tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Jadi betullah macam rare gitu...
Sebenarnya, semua insan kat muka bumi ni unik sebab tidak ada sesiapa pun yang boleh menyerupai kita. Tapi mungkin ada kualiti yang ustaz lihat sehingga boleh dicop unik. Mungkin satu masa nanti saya akan minta ustaz jelaskan. In the meantime, semoga kekal dalam keunikan... :)
Saturday, August 3, 2013
Mood raya
Hari ni ditinggalkan keseorangan di UN. Warga UN ada yang sudah pulang ke kampung halaman sejak dari pertengahan bulan puasa. Semalam baru hantar seorang sahabat ke Hentian Kajang untuk pulang ke Pantai Timur. Warga UN selebihnya yang masih belum pulang ke kampung halaman, pergi shopping barang-barang raya di Jalan TAR hari ini. Saya diajak, tetapi saya memilih untuk berada di rumah. Diorang pergi pun waktu tengah hari tadi.
Saya : Tengah hari baru nak keluar, panas time ni nak jalan-jalan..
Sahabat : Gini la orang perempuan, panas-panas pun sanggup... (sambil ketawa)
(jalan tar)
(VS)
(Jalan TAR)
~saya lebih suka jalan tar yang kat atas~
Saya tolong sambungkan, sanggup sebab nak shopping. Ayoo...sudahlah panas, sesak pula dengan manusia. Tambah-tambah nak dekat raya ni. Saya bukan orang perempuan gamaknya, tak sanggup bergelumang dengan manusia-manusia semata-mata nak shopping. Awal puasa hari tu, kebetulan saya ada mesyuarat di Masjid Jamek, KL dengan sahabat Gamis, jadi sesudah mesyuarat saya dan seorang sahabat jalan-jalan di Jalan TAR mencari sandal. Nak mencari sandal jer pun kena masuk keluar kedai sebab tak jumpa yang berkenan selain harga dia terlalu mahal. Kalah nak cari kasut Cinderella. Dari Pasar Seni ke Jalan TAR, ke Sogo, ke mana ntah lagi pasaraya, baru jumpa. Itupun sahabat saya nak bawa lagi ke tempat lain. Lenguh kaki-kaki berjalan dalam hujan merempuh manusia-manusia yang macam semut dengan pelbagai bentuk dan keadaan. Nasib baik hujan, sejuk la juga walaupun keadaan jalan yang becak. Memang serik.
Saya tanya macam mana la dia tegar bershopping di Jalan TAR yang penuh dengan manusia pelbagai rupa tu. Dia bagitahu, dari kecil lagi dia selalu shopping di sini sampai hati dah jadi kering melihat gelagat manusia. Saya tengok manusia yang kurang bernasib baik, hilang mood nak membeli-belah. Dia boleh gelak-gelak lagi. Memang hati kering. Jadi saya memang tak nak pergi dah kecuali jika memang ada hal di sana. Banyak lagi tempat lain boleh shopping dengan tenang.
Beruntung kain untuk baju raya tahun ni semua mak saya yang borongkan siap-siap dengan kakak. Saya tak masuk campur langsung. Kalau dahulu masa kecil-kecil saya jenis yang cerewet. Baju saya, mesti saya sendiri yang pilih. Orang lain pilih semua saya tak berkenan. Sampai satu tahap mak saya merajuk sebab saya tak nak pakai baju yang dibelinya. Yer la, bukan saya tak bagitahu, saya dah cakap jangan beli baju kalau saya tak ada sekali. Sebab saya mesti tak berkenan sama ada dengan corak atau warna. Baju t-shirt pun tak boleh. Tapi bila mak dah merajuk, saya pakai la juga. Terbukti baju t-shirt tu sangat seksi. Menyesal saya walaupun masa tu masih di sekolah rendah. Entah ke mana saya hilangkan baju tu.
Bila dah besar-besar ni, mak macam dah faham corak dan warna yang saya suka jadi saya dah tak banyak songeh dah. Redha jer. Kakak dari dulu senang sebab dia suka warna hijau, jadi belilah apa corak sekalipun, asalkan hijau semua jalan. Saya ni susah sikit sebab ikut sedap mata memandang. Jadi tahun ni mak borong 4 pasang kain untuk saya dari merata alam. Rasanya yang terbanyak sepanjang hidup ni. Mungkin sebab saya dah boleh pakai baju yang dia belikan, jadi dia semangat nak membeli lagi. Ada yang dari Kelantan, peniaga kain, dan Jakell. Hah, tahun ni mak berjinak-jinak dengan Jakell. Sebelum-sebelum ni selalunya dibeli kain dari Nagoya atau Kamdar, tahun ni nak cuba pula tempat baru. Sempat saya temankan dia shopping kain nak buat langsir pintu, sampai terduduk sebab lenguh kaki. Abah dari awal lagi dah berehat dalam kereta.
"Aii...macam mana nak shopping ni, tak dan apa-apa dah duduk." kata mak.
Saya suka shopping dengan mak sebab dia pandai tawar harga. Kalau masa kecil macam malu tengok dia dok bergaduh dengan Cina, tapi bila dah besar-besar saya lebih suka tunggu balik Penang nak beli apa-apa barang pun sebab mak memang arif tempat shopping murah di Penang ni. Dan tempat shopping yang dituju bukanlah sesak dengan manusia pelbagai jenis seperti Jalan TAR. Lebih tenang untuk memilih dan belek-belek. Peniaga kalau tengok mak mesti nak bagi murah. Kalau dengan sahabat-sahabat, diorang ni asal berkenan terus beli walaupun bagi saya, ada lagi tempat murah. Err... kalau sembang pasai shopping memang tak habis la kan~ saya masih seorang perempuan rupanya...
Ringkas cerita, tahun ni boleh dikatakan saya tak shopping barang-barang raya. Baju mak belikan, tudung beli online dan dari kawan-kawan. Saya rasa ok begini. Lebih tenang. Kalau ikutkan saya, sambut raya tak perlu la nak bersangatan semua benda. Cukup sekadar sembahyang raya dan kemudian mungkin ziarah saudara terdekat. Risau kalau seronok sangat, mesti sedih kemudiannya. Nauzubillah... Bersederhana itulah yang terbaik. Dalam apa-apa hal, saya memilih untuk tidak mengikut mood masyarakat sekeliling dan lebih suka tunggu dan lihat sebelum memilih tindakan seterusnya. Bagi saya, masyarakat sekarang macam lalang, tak perlu lihat di luar, dalam FB pun boleh tengok. Kita boleh lihat siapa yang selalu menjadi lalang dan terikut-ikut dengan isu yang bertiup dalam FB yang belum tentu hujung pangkal. Prinsip berita itu perlu diselidik, bukan disebar2. Segelintir sahaja yang mempunyai pendirian dan prinsip tersendiri dalam meneliti sesuatu berita atau isu. Wallahualam...
(Saya fikir malam semalam Lailatul Qadar- malam ke-25 Ramadhan)
Menikmati hari-hari Ramadhan yang masih berbaki...
Friday, August 2, 2013
Subky Latiff
Marathon menghabiskan bacaan semua karya Subky Latiff:
-Malaysia ke Arah Pemikiran Islam
-Dilema Pemuda UMNO
-Siapa Ganti Asri?
Sebenarnya ia lebih kepada 'ketagihan' (kalau kita boleh guna perkataan ini) membaca penulisan beliau. Ada beberapa lagi buku beliau yang disimpan di Perpustakaan Tun Sri Lanang tetapi ini sahaja yang sempat dipinjam buat masa sekarang. Beliau memang penulis yang memiliki gaya tersendiri. Ramalan-ramalan atau bacaan-bacaan politik beliau kebanyakannya tepat dengan apa yang berlaku kemudiannya. Kiranya beliau sangat bijak membaca suasana dan kemudian menjalinkannya dalam penulisan. Setakat ini memoir individu yang saya baca selain beliau, Ahmad Mustapha Hassan, Membina dan Meruntuh Malaysia, penulisan beliau paling baik dan best dibaca. Cara pengolahan beliau santai tetapi bernas. Itulah komen peribadi saya.
Bagi saya, politik Malaysia sangat membosankan dan biasa-biasa sahaja kalau dibaca melalui buku-buku penulis lain, tetapi melalui penulisan beliau, politik Malaysia jadi menarik untuk diambil tahu.
Saya mendoakan kesihatan dan panjang umur beliau agar saya diberi peluang dan kesempatan bertemu dengannya satu hari nanti. Semalam dah sampai termimpi-mimpi saya jumpa dengan beliau dan berbual-bual sebab baca buku sampai blackout. Moga menjadi kenyataan.
Tuesday, July 30, 2013
Merdeka
Apakah kelemahan orang berkuasa dan orang kaya?
Jawatan/kedudukannya dan hartanya.
Sebab itulah orang selalu gunakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga (third force) sebab 'we've got nothing to loose.'
Jawatan/kedudukannya dan hartanya.
Sebab itulah orang selalu gunakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga (third force) sebab 'we've got nothing to loose.'
Kelemahan mahasiswa yang mampu mereka gunakan sebagai senjata untuk melemahkan kita ialah- ibu bapa dan sumber kewangan. Bukan semua termakan tetapi banyaknya yang layu. Mereka sentiasa takutkan golongan muda dengan harapan kita mendiamkan diri dan terima sahaja apa yang mereka lakukan. Mereka menyebut-nyebut kelemahan kita dengan hasrat melindungi kelemahan mereka.
Sebenarnya golongan ini lagi penakut hatta dengan bayang-bayang sendiri. Kalau ikut John Gray, orang yang mudah melenting atau panas baran (nampak egois, keras dan kuat) sebenarnya makhluk yang lemah. Tambah-tambah orang berkuasa dan kaya ni. Dan saya sentiasa ingat perkara ni semasa bersama para aktivis.
(Obey the law of Allah and repeat after 'me'- I am free)
***
Saya terdetik nak buat ulasan ni sebab pagi tadi waktu nak ke UKM menaiki PDW, selepas dari lampu isyarat depan KTM UKM, ada satu kereta BMW (rasanya) di laluan sebelah kiri. Kereta sebelah kiri selalunya kena masuk ke sebelah kanan selepas lampu isyarat sebab hanya ada satu laluan. Kereta ni memandu di sebelah kiri juga dengan harapan saya yang memang berada di belakang van yang berada di laluan kanan memberi ruang kepada keretanya yang besar tu. Saya tak perasan pada mulanya sebelum ditegur oleh sahabat di sebelah. 'Apehal orang sebelah ni?'
Masalahnya, tak ada ruang antara saya dan van nak mengisi keretanya yang besar. Hadapan keretanya masih berada tidak separuh dari kereta saya. Jadi, saya buat tak tahu sebab saya kecil dan saya hanya Kancil. Walau bagaimana angkuh pun tindakan dia, dia tetap tak mampu mengorbankan BMW dia untuk bercium dengan PDW saya. Itulah kelemahan dia. I've got nothing to loose. I was aware of that fact walaupun BMW dia lebih hebat dari PDW. Calar kereta dia lebih berkos tinggi selain menjatuhkan imej dia berbanding calar PDW saya yang sememangnya sudah comot. Akhirnya, dia hanya terdaya untuk menekan hon sebagai respon kerana mencalarkan ego dia yang terpaksa berada di belakang saya.
Mendekati pagar belakang UKM, saya masuk ke laluan kiri dan dia memotong di laluan kanan. Peringatan: Never look into the eyes of anybody except if you want to apologize and admit your mistake. There was no harm made. Jadi, saya biarkan sahaja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Biarkan BMW dengan labu-labunya. The End.
***
Nasihat bijak pandai, kita boleh memiliki harta, tetapi jangan biarkan harta miliki kita. Kaya tapi tak cinta harta seperti kata seorang senior, Kak Hajar. Sebenarnya menjadi muda ini merupakan kebebasan tertinggi dalam hidup seorang insan. Belum ada komitmen, hati tidak banyak terikat kepada dunia. Saya suka keadaan begini. Kita diberi kebebasan untuk menentukan nasib hidup sendiri. Sayang kalau tak pandai menggunakannya. Menjadi kecemburuan orang-orang tua. Tapi kehidupan sebegini ada hadnya. Melepasi umur emas* ini, keterikatan kita kepada dunia sangat merisaukan apabila kita sudah mempunyai komitmen. Nanti dah ada suami, isteri, anak-anak, harta, hidup makin terbuang memikirkan perkara ni- walapun aset ini juga boleh membuatkan kita ke syurga, aset ini juga sebenarnya boleh menghunjam kita ke neraka, lagi berganda ujian yang perlu dihadapi. Risau kita terlebih memikirkan mereka-mereka ini berbanding Tuhan. Nauzubillahiminzalik.
"Every marriage has its tests. Those who pass them are content. Those who fail, regret."
-- Mufti Ismail Menk --
'The cave you fear to enter holds the treasure you seek.'
Tiada kemerdekaan hakiki selain kita tidak merasa ketergantungan kepada selain dari Allah s.w.t. Itulah kekuatan sebenar. Tak rasa sedih kalau apa yang kita miliki luput dari kita--- saya memang nak sangat-sangat rasa ini. Macam tadi, tak rasa inferior pun dengan BMW. Puas hati. Merdeka. Walaupun lambat lagi sambutan kemerdekaan~ Dan saya yakin inilah perasaan yang membaluti pejuang-pejuang di Syria, Mesir, Palestin- we have got nothing to loose. Hidup mulia, mati syahid.
(kudaku lari gagah berani~~)
Yeah, saya perlu belajar lagi untuk kurangkan rasa memiliki. Perlu. Period.
* Umur emas atau warga emas seharusnya orang muda bukan orang tua. Seharusnya orang tua dilabel dengan gelaran lain dan kurang bernilai barulah dia sedar dirinya tidak dimahukan di dunia ini dan berusaha mencari jalan dan persediaan ke alam lain.
p/s: the feeling of having nothing to loose is just perfect.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















.jpg)



