Thursday, February 10, 2011

Nabi Muhammad s.a.w vs St.Valentino

Mesti Nabi Muhammad s.a.w kalah. Itulah kenyataannya. Pahit sekali. Siapa yang buat? Tangan-tangan orang yang mengaku umat Nabi Muhammad s.a.w sendiri. 14 dan 15. Dua tarikh yang berdekatan. Satu tarikh kematian St.Valentino mpertahankan cinta dustanya dan satu lagi tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w bukti cinta Allah s.w.t kepada hamba-Nya. Dua cinta bersaing. Umat Islam yang beriman tanpa ragu mengatakan cinta Allahlah yang maha agung dan paling tinggi. Cinta pada Rasulullah s.a.w sepatutnya mendahului. Bicara kata indah di bibir, di hati? 
scene

Tanya sama hati
Pernahkah merindu?
Ingat masa lena apa mimpimu...
Masa berjauhan 
Apa nan dikenang?
Bila difahamkan itulah sayang...

Pernahkah merindu? Mimpi selalu merapu. Berjauhan selama 1400 tahun, pernahkah kita terkenangkan baginda? Kalau tak ada rindu tandanya tak ada sayang. Rindu itu pula macam mana? Pernahkah merasa sakit rindukan Rasulullah s.a.w seperti mana rindukan manusia lain? Serasa seakan sirna perasaan tersebut. Kenapakah begitu? Tepuk dada tanya iman. Jangan tanya Aiman sebab Aiman tak kisah...

St.Valentino bukti pengagungan cinta kepada yang tidak selayaknya. But yet, cinta itulah yang dirai oleh seberapa banyak umat Nabi Muhammad s.a.w. Tarikh yang berdekatan bagai KPI melihat cinta manakah yang menjadi pilihan kita?  St.Valentino yang nak bagi syafaatkah atau Rasulullah s.a.w nanti? 

Cinta sesama manusia secara haram nampak indah di mata kasar. Seronok hanya sekejap.  Jadi jangan pendekkan akal apabila menghadapi cinta manusia biasa ini.  Selalunya, bila dah jadi halal tak reti nak jaga. Nauzubillah. Janganlah saya pun menjadi sebahagian dari manusia-manusia begini. Marilah kita berselawat banyak-banyak sempena Maulidur Rasul dan berterusan selagi hayat dikandung badan. Sebenarnya kita boleh dan mampu untuk menghias cinta kepada Rasulullah s.a.w dengan lebih indah. Memang menempuh jalan seperti mana Rasulullah s.a.w itu penat dan payah. Rasa lelah sepanjang perjalanan. Baru melangkah dah rasa nak terbah (jatuh).  Melihat orang sekeliling bersenang lenang dan hidup dalam hiburan dalam masa kita sedang bergelumang dengan pelbagai kepayahan memang memeritkan.  Keluar dari zon selesa yang telah disediakan dan terjun ke dalam satu keadaan yang penuh dengan ketidakpastian memang menuntut pengorbanan. In fact, pengorbanan ini masih kecil jika dibandingkan dengan apa yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w menolak segunung intan dan permata, pangkat dan kesenangan demi Islam, jadi nak tak nak, berat tak berat, perit tak perit, kita kena mengikut jalan ini. Kalau diri rasa selesa dan senang segala bagai, adalah yang tak kena dengan kehidupan itu. Sebaik-baik insan yang mengamalkan Islam secara sederhana adalah Rasulullah s.a.w. Jadi kalau ada yang kata kita kena bersederhana dalam beragama tapi tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. maknanya semua itu retorik semata dan kehidupan itu dusta semata.

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

Saya sayang Rasulullah s.a.w. Sematkan kemas-kemas dalam hati...

No comments: