Friday, September 30, 2011

Ketika Saya Lena

Bagai ketinggalan kereta api, begitulah yang saya rasa setiap kali bangun dari lena...
Serasa orang lain sudah berlari tetapi saya masih memikirkan adakah saya bangun dengan kaki kanan atau kaki kiri..
Setiap kali membaca buku The World is Flat, setiap kali itulah merasakan jauhnya saya ketinggalan...
Dalam dunia yang serba maju di mana penyaluran idea begitu pantas saya masih berfikir seperti siput bergerak..
Kod-kod bersimpang siur macam dalam filem The Matrix...
Mereka dah mendahului kita dengan teknologi 100 tahun ke hadapan, sedangkan kita masih berteleku membelek-belek teknologi serpihan...

Ketika saya lena,
manusia sudah mencipta berbagai kemajuan dari segi idea dan pembuatan...
Saya ni buku sebuah pun payah nak habiskan sekarang ni...
Kadang-kadang rasa macam tak nak tidur sebab takut terus ditinggalkan...
Tapi minumlah sebanyak mana pun nescafe...
Mata tetap nak pejam...

Setiap kali melihat mata Dr.Rashila yang bersinar-sinar memberi kuliah...
Semangat untuk mencari dan mendalami ilmu tu membuak-buak...
Bagai terngiang-ngiang ayat hikmahnya "The world is my lab"...
Tetapi bila keluar dari bilik kuliah, saya tak tahu ke mana semangat itu terbang...
Saya kembali lena...mungkin sebab terlalu selesa...

Dunia semakin rata....bukan lagi bulat seperti mana dakwaan Columbus dulu...
Semua ini terjadi ketika saya lena...

p/s: Paksa diri ok...




Tuesday, September 27, 2011

Memahami erti kecantikan


Try as I might, lastly I end up writing this post.  Punya bersemangat nak edit laporan lajnah, akhirnya kecundang apabila terjumpa benda-benda tak patut kat internet.  Apa benda yang tak patutnya? 

Ehemmm…

ceritanya bermula begini…

Apabila kita buka satu blog, maka kita buka pula link kat blog tu yang menglinkkan ke blog-blog lain.  Dari satu link ke satu link saya pergi (I didn’t know where did I get the curiosity to explore others blog)…sebelum ni tak pernah peduli pun.  Tambah-tambah blog-blog picisan.  Tapi, ada satu fenomena yang menjadi tarikan saya apabila saya buka satu blog ni, yang menyebabkan saya ikut link-link yang diletakkan.

Kesimpulan yang saya dapat, 90% daripada wanita Malaysia sedang dijangkiti virus yang sangat bahaya.   It is fatal and maniac.  Wah, pertama kali saya guna perkataan ‘maniac’ ni.  Nak menggambarkan perkara ini begitu serius dan tak masuk akal.

Semua orang perempuan sekarang ini sedang gila nak cantik.  They crave for beauty.  Blog-blog yang saya buka memaparkan gambar-gambar para blogger wanita di majlis-majlis dan tempat-tempat tertentu.  Bukan gambar suasana majlis yang difokuskan tetapi penampilan mereka.  Bukan hampir, tetapi 100% gambar mereka dengan pelbagai pose yang….can we say it, cute?
Gambar tu bukanlah tak senonoh pun, sangat ok pada pandangan saya.  Masih bertudung dan berbaju sopan.  Tapi, saya melihat dari sudut keinginan untuk menonjolkan kecantikan mereka itu seperti membuak-buak.  Kelihatan sangat jelas daripada beratus-ratus keping gambar yang tersurat. 

Fitrah wanita, biasalah.  Tapi keinginan yang tak dapat ditahan-tahan nampak membahayakan.  Pengikut-pengikut blogger yang comei lote ni pun sampai terikut-ikut nak jadi cantik macam mereka.  Masing-masing cuba beraksi secomel mungkin di hadapan kamera sehingga saya berpandangan perkara ini merupakan suatu kegilaan. This is madness.  Sedangkan gambar-gambar tersebut tak mampu pun mengubah muka mereka.  Kecuali mereka edit.  Mungkin itulah alasannya kot, seronok mengedit muka sendiri supaya kelihatan lebih cantik.

Tidak ada wanita pun yang menolak wanita lain nak jadi cantik.  Semua mak akan bangga ada anak cantik.  Kalau nak tahu, setiap ibu ini sentiasa membandingkan kecantikan anaknya dengan anak orang lain.  Sampai mak saudara saya kata, anaknya tak cantik pun dia cakap cantik.  Tu pandangan mak saudara saya.  Dia tak boleh buat generalisasi dengan hanya satu kes yang dia jumpa.  Mula-mula saya tak percaya,  sebab mak saya tak seperti itu.  Tapi sejak saya dah besar ni, baru saya akui benarnya.  Kadang-kadang mak saya renung saya lama-lama menyebabkan saya tertanya-tanya. 

“Awat mak?”

“Mak tengok anak mak ngah, Inah tu putih melepak dah sekarang ni.  Terkejut mak.  Dulu kulit dia gelap.  Ayu pi la tanya dia pakai produk apa?  Nanti Ayu boleh beli gak.”

Dalam hati saya tergelak habis.  Itukah perkara yang nak dicakapkan.  Ingatkan apalah.  Bagi memuaskan hati mak, saya pergilah ziarah sepupu saya.  Hmm...putih berbanding waktu kecil-kecil dahulu.  Tapi tak lah melepak pun tapi putih bedak.  Kecewa la juga.  Apabila saya cakap kat mak macam tu, mak cakap;

“Tak kisahlah putih bedak ke mekap ke, asalkan putih,” hmm…sabar jer la.

Keadaan ini menjadi-jadi apabila sepupu-sepupu perempuan saya dah ramai yang meningkat dewasa.

“Kak Long tu sekarang ni putih dah, putih lagi dari Ayu.”

“Dulu Kak Jah tu muka biasa-biasa ja, sekarang dah cantik sebab pakai produk Safi tu.  Mak beli kat Ayu tak nak pakai, last-last mak yang pakai.”

“Tu la Ayu, dulu waktu sekolah selalu sangat main bawah matahari, kulit dah payah nak cerah,”

“Kesian anak mak kena panas naik motor, nanti habis hitam, belilah sarung tangan,”

Balik raya baru-baru ini, mak ada sebut produk kecantikan baru yang dia dengar di radio.  Terus dia beli.  Harga tak payah sebut, orang perempuan ni kalau bab nak cantik sanggup habiskan beratus-ratus ringgit.  Bukankah ini membahayakan?

“Mak cuba dulu, nanti kalau ok, mak bagi kat Ayu.”

Senyap jer pun sekarang ni.  Waktu telefon pun tak pernah dah sebut tentang tu.  Mungkin tak berkesan kot.  :))  Kadang-kadang kesian juga dekat mak.  Mungkin dia rasa tercabar bila tengok anak-anak orang lain cantik-cantik.  Takut orang cakap dia tak reti jaga anak dara.  Mungkin itu yang terjadi kepada mak-mak lain, sebab itulah masing-masing berlumba-lumba nak memastikan anak-anak dara mereka cantik.  Hmm…

Itu mak saya.  Ini yang empunya diri.  Jika terpengaruh dan tercabar dengan rupa paras wanita lain yang kononnya dah cantik habis, macam-macam kegilaan yang akan dibuat dan masa hanya akan dibazirkan untuk kelihatan cantik.  Ada yang sanggup melakukan pembedahan jika yang berduit seperti rakan saya.  Disebabkan berduit, apabila doktor beri cadangan untuk lakukan pembedahan ,terus ok.  Sedangkan rupa asalnya memang dah comel.  Sekarang berada dalam kedukaan sebab ada masalah dengan hasil pembedahan.  Allah…

Bukankah cantik itu subjektif maksudnya?  Mengapa melihat dari satu sudut sahaja?  Kenapa menyempitkan pemikiran hanya disebabkan orang di sekeliling kita mengatakan  A itulah erti kecantikan sebenar.  Hanya disebabkan nak cantik, terlihat sesuatu yang sepatutnya disembunyikan yang hanya menambahkan kehodohan.  Konon tidak bertudung itulah cantik sebab dapat menunjukkan rambut yang panjang mengurai tapi tanpa disedari memaparkan kelemumur yang berkeping-keping atas kepala.  Konon melihat si A memakai baju kecil nampak comel, apabila si B meniru, tanpa disedari hanya menambahkan kehodohan kerana memaparkan lemak di pinggang yang berlapis-lapis.  Sebab itulah ada pepatah mengatakan ukur baju di badan sendiri.

Melihat, mentafsir dan menilailah sebelum dicontohi.

Monday, September 19, 2011

Sepuntung gigi, sekeping hati

Memaknai sesuatu nikmat dengan hati akan terjadi hanya apabila perkara tersebut luput dari penglihatan dan pegangan kita.  Waktu itu wang sudah tak bernilai lagi.  Masa juga sudah tidak menjadi prioriti.  Begitu yang saya rasa apabila sepuntung gigi geraham saya berada dalam keadaan kritikal.  Mak cakap, cabut sahaja.  Habis cerita.  Tapi cerita tersebut takkan habis di situ.  Saya akan hilang nikmat mengunyah selama-lamanya.  Bukanlah saya suka sangat makan, cuma seperti yang saya cakap, nikmat tersebut hanya dirasai apabila hampir kehilangannya.  Beberapa tahun kebelakangan ini pun, untuk memastikan gigi tersebut survive saya kurangkan makan, bermaksud nikmat menikmati makanan sepuas-puasnya semakin hilang.  Saya sudah tak peduli terpaksa berulang alik ke KL sensorang semata-mata untuk merawat sepuntung gigi geraham yang sudah di tahap tak dapat diselamatkan tetapi tetap saya berkeras untuk kekalkan gigi tersebut di mana tempatnya berada.  Itu baru Allah nak tarik nikmat gigi geraham yang masih terdapat gigi lain.  Tetapi, kurniaan Allah itu tetap tiada penggantinya.

Waktu proses memalam gigi, saya menangis teresak-esak.  No harm in crying people said.  Jadi saya ambil peluang ini.  Bukankah air mata itu penawar sakit?  It relieved the pain in the heart also.  Kalau ikutkan bukan sakit sangat, tapi entah kenapa...mengada-ngada mungkin.  Sebab itulah saya hanya percayakan sahabat saya untuk buat treatment gigi, kalau doktor lain yang buat treatment mungkin saya akan dimarah kerana menangis macam budak-budak.  Partner sahabat saya cuba memujuk dengan mengatakan gigi saya cantik.  Saya tahu, dia hanya nak sedapkan hati saya.  Saya bukan budak-budak.

Disebabkan gigi yang sepuntung, mood saya kacau bilau.  Tambah pula sedang cuba menyesuaikan diri dengan fokus yang terbahagi dua, gerak kerja dan kuliah, saya agak kerisauan.  Dalam fasa hidup saya, saya pernah buat dua eksperimen.  Fasa pertama, saya sibukkan diri dengan taklifan di samping  pelajaran.  Di pengakhiran, saya kurang berjaya mencapai apa-apa yang telah saya gariskan.  Oleh itu, fasa kedua saya membuat perubahan.  Saya menolak semua taklifan yang diberikan dan fokus hanya pada pelajaran.  Saya jadi apati dan saya berjaya membuat satu momentum yang tidak dijangka dalam hidup.  Jadi, pada fasa ketiga ini, yang manakah yang terbaik untuk saya?  

Tiba-tiba post kali ini seperti luahan perasaan pula, bukanlah saya nak buat rumusan bahawa belajar lebih baik, in fact 'belajar' itu luas maknanya dan bukan sahaja bermaksud buku dan bilik kuliah.  Ia lebih kepada bagaimana kita mempraktikkan ilmu di lapangan di samping cuba untuk seimbangkan dengan fokus kita dalam bilik kuliah.  Bagaimana itulah persoalannya.  

Apa kaitan dengan nikmat?  Kita tak akan tahu, malah tak dapat menjangkanya melainkan hanya andaian semata-mata.  Nanti hampir-hampir kehilangan baru akan tahu apa hikmahnya saya melalui jalan ini.  Hu..macam tu pula.  Nauzubillah...Sebenarnya cuba alih fokus daripada terlalu memikirkan keadaan gigi sekarang ini.  Apa yang baik ambil sebagai pengajaran, yang macam merapu tu, abaikan.  Kadang-kadang, menjadi diri sendiri itu lebih dekat dengan orang lain.

Memetik dialog antara Gandalf dengan Pippin sewaktu perang sedang berkecamuk dan mereka dikepung musuh;

Terjemahan:

Pippin   : Saya tak sangka ianya akan berakhir begini
Gandalf : Berakhir? Tak...perjalanan tidak akan berakhir di sini.  Kematian hanyalah satu lagi jalan yang semua orang mesti harungi...Awan akan terbuka dan semuanya akan menjadi gelas perak...dan kemudian kau dapat melihatnya...
Pippin   : Apa...Gandalf? Lihat apa?
Gandalf : Pantai putih dan segalanya, kawasan yang penuh kehijauan di bawah terbitan matahari yang pendek..
Pippin    :  Ianya tidak teruk sangat...
Gandalf  : Tidak, tak sangat..

Jadi, kalau saya mati disebabkan sakit gigi, saya akan menempuh jalan yang semua orang tempuh juga.  (People dont die of toothache Hidayu...)~


Tuesday, September 13, 2011

Super-typical person



Dalam kehidupan kita, pasti selalu kita bertemu pelbagai kategori manusia.  Setiap daripada kita mempunyai kelas masing-masing.  Walau apa pun kategori manusia, mengikut Hierarchy of Needs Maslow, selepas daripada mendapat keperluan asas seperti makanan, agama, tempat tinggal, manusia memerlukan perlindungan dan seterusnya tingkat yang telah digariskan.  Namun, apa yang saya ingin sentuh dalam post kali ini ialah tingkat yang ketiga keperluan manusia iaitu belongingness and love needs (rasa dipunyai dan dikasihi) sebelum beranjak ke tingkat esteem needs dan tingkat terakhir iaitu  self-actualization.

Di mana pun manusia berada, rasa dipunyai dan dikasihilah yang mampu membuatkan manusia tersebut survive dalam sesebuah kelompok kumpulan atau masyarakat.  Manusia tidak akan mampu bertahan berada dalam kumpulan di mana dia dipulaukan dan tidak dipedulikan.  He will not survive a day.

Jika mengikut model yang dibuat oleh Hartley (2010), manusia boleh diplotkan dalam sebuah graf bell-curve (lekuk loceng) yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sub-tipikal, tipikal dan super-tipikal.  Kita selalu dengar ayat seperti ‘Dat was so typical’, ‘I am not a typical person’, ‘perkara ini terlalu tipikal untuk dibincangkan’.  Sedap jer kita sebut, kita tahu tak apa itu tipikal?  Briefly, tipikal ni merupakan sesuatu yang common atau normal.  Contoh; berkahwin satu itu merupakan sesuatu yang tipikal.  Maknanya 99% manusia dalam dunia ni berkahwin satu.  Maka, secara automatik kelompok yang tidak berkahwin akan berada dalam kelompok sebelah kiri lekuk loceng iaitu sub-tipikal iaitu perkara yang manusia anggap sebagai  uncommon dan pathetic.  Kenapa pathetic (menyedihkan)? Sebab manusia menganggap mereka yang tidak berkahwin sebagai gagal dalam kehidupan.  Kalau kelompok super-tipikal, semestinya mereka yang berkahwin lebih dari 1,2,3 dan 4.  Super-tipikal ni kiranya pencapaian yang sukar untuk dilakukan oleh lain dan kelompok yang mencapai tahap ini adalah sedikit.

Kedudukan seseorang dalam lekuk ini berbeza mengikut tempat mereka berada dan populasi yang dibandingkan.  Saya ada seorang rakan sewaktu di Tingkatan Enam yang cantik dan digilai ramai lelaki.  Dari konteks rupa paras, mungkin dia digolongkan dalam kelompok super-tipikal di sekolah tersebut sebab tak ramai yang cantik.  Namun, jika dibandingkan dia dengan Miss Universe, dia mungkin berada di bahagian sub-tipikal.  Oleh itu, kita mungkin boleh plotkan diri sendiri mengikut kelompok yang hendak dibandingkan.  Sebagai contoh,  dalam persatuan kita merupakan salah seorang pimpinan.  Jadi, dalam persatuan tersebut kita merupakan kelompok super-tipikal kerana selalunya pimpinan sedikit daripada ahli.  Ahli yang aktif mungkin berada dalam kelompok tipikal dan ahli yang kurang aktif atau tidak terlibat dalam gerak kerja dan hanya mendaftar berada dalam kelompok sub-tipikal.  Dengan sendirinya kita boleh ukur pencapaian diri dalam kehidupan ini.

Plot dalam lekuk ini tidak statik kerana manusia itu fleksibel.  Setiap daripada kita bersaing untuk menjadi kelompok super-tipikal sama ada sengaja atau tidak sengaja.  Semuanya hasil daripada proses untuk mencapai rasa dipunyai (belongingness) tadi.  Manusia akan mencari kelompok yang mempunyai mutual understanding sepertinya.  Kelompok di mana dia boleh menjadi diri sendiri dan mempunyai kebersamaan.  Apa sahaja yang dilakukan dalam kelompok tersebut, mereka yang hendak merasa dipunyai akan berusaha menjadi sebaik mungkin seperti mana orang-orang yang telah mencapai tahap super-tipikal.  Hal ini demikian kerana, mereka yang berada di tahap super-tipikal merupakan contoh individu yang telah berjaya mencapai tahap keempat Hierarchy of Needs iaitu Self-esteem.  Sebab itulah kadang-kadang kita lihat seorang yang bertudung labuh tidak mampu mempertahankan penampilannya apabila dia silap masuk kelompok kumpulan.  Dengan menukar fesyennya, barulah dia capable to create a sense of belonging dengan rakan-rakannya yang tidak bertudung.  Sebab itulah timbul ayat ‘lebih Barat dari Barat’.  Sebab itulah environment sangat mempengaruhi perfomance seseorang.

Lagi satu, seseorang yang super-tipikal dalam sesuatu kelompok atau kategori mungkin menjadi sub-tipikal jika kita bandingkan dia dalam kelompok yang lain.  Seperti rakan yang saya katakan cantik tadi dan berada dalam kelompok super-tipikal di sekolah, dia merupakan seorang yang sub-tipikal dalam keluarganya.  Dia mempunyai 13 adik beradik.  Sewaktu berkunjung ke rumahnya, saya lihat hubungannya dengan ibunya tidaklah semesra dia dengan rakan-rakannya.  Adik dan ibunya boleh mengutuknya di hadapan saya sewaktu dia tidak ada di dapur.  Saya agak terkejut dan hanya mampu mendiamkan diri.  Hilang terus selera nak makan.  Mereka tidak peduli langsung saya yang berada di situ dan mendengar perbualan mereka.  Dan itulah kali pertama dan terakhir saya pergi ke rumahnya.  Sikap kurang mesra ibunya terhadapnya terkena dekat saya juga selaku rakannya.  (Pengajaran: Lain kali berkawan dengan anak mak, senang, mak yang sayang anaknya akan sayang kawan anaknya juga)  Apabila dikaji, rupa-rupanya sewaktu dia kecil dia tidak dijaga oleh keluarganya tetapi neneknya kerana tidak cukup bulan sewaktu lahir.  Selain itu, dia juga antara anak yang bermasalah dalam keluarga.  Besar jugalah masalah yang dibuat apabila seorang perempuan ini cantik dan melayan setiap peminatnya.  Tetapi saya kagum dengan semangatnya untuk berubah.  Dia hanya perlu persekitaran yang membantu.  Malangnya, cara yang dipilih adalah salah.  Anggapan bahawa perhubungan antara berlainan jantina atas niat dakwah dibolehkan adalah silap kerana syaitan itu begitu licik memperdayakan anak Adam.    

Seorang pensyarah perempuan saya merupakan seorang yang super-tipikal dalam bidang kerjaya dan akademiknya.  Beliau mendapat ijazah pada umur yang muda iaitu 21 tahun dalam bidang Chemistry, kemudian memperoleh master dalam bidang Perniagaan dan akhirnya mendapat PhD pada usia 31 tahun dalam bidang Public Policy dan mendapat gelaran Prof Madya Dr sekarang.  Dia menghabiskan tempoh 14 tahun untuk mencapai tiga tingkat tertinggi dalam pendidikan tersebut dalam pelbagai bidang yang  agak kritikal.  Sekarang menjadi pengarah bagi 5 region di IKON. Sesuatu yang memang dikagumi.  Walau bagaimanapun, dia tidak berkahwin sehingga sekarang.  Jadi, bagi masyarakat Malaysia, dia berada dalam kelompok sub-tipikal dari sudut social-lifenya. But still for her, life is wonderful.  Don’t you think so too?    

Apabila kita telah selesai memplotkan diri sendiri, kita boleh membuat penilaian dan aim to improve ourselves.  Dengan ini kita akan bergerak ke arah tingkat seterusnya iaitu Self-esteem.  Mereka yang mencapai self-esteem yang tinggi dalam kelompok-kelompok yang dimasuki akan berusaha pula untuk mencapai self-actualization yang memang jarang dimiliki oleh manusia.  Selalunya ahli politik merupakan mereka yang menduduki kelompok self-actualization ni.  Sebab itulah mereka dikatakan bernafsu besar seperti mana kata Ustaz Nik Abduh.  Hanya orang yang bernafsu besar mampu mencapai tingkat paling atas dalam Hierarchy of Needs.  Tengok sahaja Muammar Ghadafi.  44 tahun memerintah tak nak turun-turun sampai rakyat memberontak dan mati beribu orang baru dia nak turun.  Tu pun kena halau dulu.  Apabila jadi sebegini, Muammar Ghadafi secara tak langsung telah jatuh ke hierarki kedua iaitu Safety Needs.  Satu kejatuhan yang memalukan.  Beliau memerlukan masa untuk mencapai kembali tahap Belongingness, Self-esteem dan Self-actualization.  Satu perjalanan yang jauh kerana rakyat dah tak nak kat dia.  Bermakna rasa dipunyai dalam kalangan rakyat sendiri sudah tidak dimiliki olehnya.  Sebab itulah puak-puak UMNO sekarang sedang berusaha untuk membunuh karekter pemimpin lawan bagi memusnahkan perasaan Self-Actualization mereka dan kalau boleh Self-esteem mereka sehingga mereka tidak mampu bangkit dan melawan.  Serangan peribadi merupakan cara yang paling licik digunakan.

Sebagai rumusan, manusia tidak akan pernah puas selagi mana tidak mencapai tahap tertinggi keperluan dalam hidup kerana nafsu yang ada mendorongnya untuk berbuat demikian.  Tapi ada sahaja saya lihat rakan-rakan saya yang berada dalam kelompok tipikal dan dia tidak kisah dengan statusnya.  In fact, dia tak tahu pun dia berada dalam kelompok tersebut.  Sebagai contoh, dia ada 5 adik-beradik and lead a normal life, bekerja di kilang dan mendapat gaji setiap bulan (at least kaya dari saya yang dibiaya), everything tentang dia biasa-biasa sahaja.  Kiranya kalau orang tanya, “Macam mana kehidupan awak sekarang?”, “Biasa-biasa sahaja,”  Dia mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang biasa-biasa juga sebab dia pun biasa-biasa, mendapat anak, membesarkan anak-anak seperti mana dia dibesarkan, tua dan dijaga oleh anak-anak, her lives will revolve around her small world.  Berbeza dengan saya yang teringin nak pergi oversea, bercita-cita besar dan macam-macam lagi.  Sometimes when I get exhausted pursuing my dream, I wish I will lead a normal lives accordingly like her. Tapi saya tahu, umat Islam kena jadi super-tipikal.  We have to compete in order to perform.  Sesungguhnya dunia sementara dan dunia ini diwarisi oleh hamba-hamba Allah yang bersyukur.  Jadi, nak buktikan kita bersyukur, kita kena gunakan sebaiknya segala anugerah yang Allah beri.  We are born to be super typical.  Macam mana nak jadi super-tipikal?  Senang sahaja.  Dalam setiap kelompok yang kita berada, kita cuba suaikan diri sehingga merasa dipunyai dan dapat adapt dengan suasana dan kelompok tersebut.  Kemudian kita differentiate atau mengikut mereka yang super-tipikal dalam kelompok tersebut. Contoh,  jika dalam kuliah, kita kena berada dalam kelompok  orang yang paling cemerlang, kalau dalam persatuan, we should at least be able to sit on the higher post in order to be super-typical, dalam kolej jadi orang yang paling aktif, di tempat kerja, jadi orang yang paling disayangi bos dengan cara yang betul dan pegang pangkat yang tertinggi jika berada dalam kerajaan seperti JUSA atau PTD.  Dalam bidang pendidikan, capai tahap paling tinggi, PhD, dalam keluarga, jadi anak yang paling baik terhadap kedua ibu bapanya dan sebagainya dan sebagai umat Islam, jadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang paling dekat dengan sunnahnya.  The choice is in your hands.  Wallahualam~

Rujukan: Hartley, G & Karinch, M.  2010.  Get People to do What You Want.  Advantage Quest Publication.

Sunday, September 4, 2011

Berpisah kita selamanya


Saya bukan seorang yang mampu berada dalam satu-satu majlis dalam tempoh yang lama.  Sama ada saya tak pergi langsung, lari, buat-buat sakit atau buat hal sendiri. Orang cakap saya perosak majlis.  Mungkinlah.  Terutamanya majlis pernikahan.  Sesetengah orang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menghadiri majlis pernikahan anak kepada mak angkat sepupunya.  Ada pula yang sanggup mengaulakan majlis tersebut berbanding program-program lain.  Bagi saya, saya kurang memberatkan majlis pernikahan walaupun melibatkan sepupu sendiri sehingga saya tidak mengenali pasangan sepupu masing-masing walaupun mereka sudah mempunyai dua orang anak.  Abah cakap saya tak pentingkan adik-beradik.  Mak saya cakap ada benda yang lebih penting yang perlu diutamakan.  Seperti biasa, saya ikut nasihat mak.  Kalau kenduri kakak, mungkin saya perlu bertahan.  Mungkinlah~

Tapi ada satu majlis yang saya dapat bertahan sehingga ke penghujung.  Majlis pengebumian.  Kematian merupakan satu-satunya perkara yang jarang berlaku dalam keluarga besar saya berbanding perkahwinan.  Untuk bulan-bulan yang akan datang sahaja, ada 5 majlis pertunangan atau pernikahan yang akan berlangsung dan satu pun saya tak boleh nak hadir.  Mak sedara dah mula bising-bising minta saya turun juga jika lapang.  Saya bukan tak nak turun, tapi takut nanti diserang virus nak berkahwin juga sedangkan perjalanan saya masih jauh.  Kalau saya beri alasan ni pada abah, abah mesti respon “mengarut…” Mungkinlah~

Pada hari raya keempat, saya dapat berita pemergian bapa saudara sebelum zohor secara mengejut.  Sebenarnya dah lama saya tak melihat dia.  Lagipun dia seorang yang pendiam.  Ada satu-satu masa dia pernah mengusik saya semasa saya kecil sampai saya terpaksa menyorok belakang kereta kerana takut dijumpai.  Lelaki dewasa sangat menyeramkan.  Itu sahaja memori yang saya ada dengannya.  Pada hari raya kedua dia ada datang tapi saya tak sempat berjumpa.   Sewaktu tiba di kediamannya di Jawi, saya bersalaman dengan Mak Jang saya yang kemudiannya mula sebak dan bergenang air mata sewaktu memeluk saya.  Saya sebak tapi saya kawal.  I was trying to look cool.  Takkanlah saya nak menangis teresak-esak sedangkan Mak Jang masih tabah.  Last-last saya lari ke belakang dapur.  Seperti saya pula yang kehilangan suami.  Saya sebak bukan kerana kehilangan Pak Jang, tetapi seperti memahami perasaan kehilangan orang tersayang.  Pernah kehilangan Tok tempat bermanja pun saya dah tersedu-sedu, inikan pula pasangan hidup yang berkongsi suka duka selama berpuluh-puluh tahun.  Sesetengah orang mungkin akan lemah seluruh badan atau pengsan.  Tambahan pula, Pak Jang meninggal setelah jatuh sebab badan terlalu lemah lepas muntah-muntah sebab makan terlalu banyak.  A sudden death.

Pak Jang meninggal sebelum zohor, seharusnya dikebumikan selepas Asar, tetapi disebabkan hendak menunggu dua orang anak lelakinya pulang dari KL dan Melaka, maka pengebumian ditunda ke pukul 10 malam.  Di kiri kanan, mak cik-mak cik mula merungut dan bertanya kenapa lewat sangat jenazah disimpan, tak baik lewat-lewatkan dan bermacam-macam lagi.  Kadang-kadang saya terfikir sebab itulah anak-anak perlu rajin-rajin menjenguk ibu ayah semasa hayatnya ada supaya tidak terkilan apabila tidak dapat melihatnya buat kali terakhir.  Walaupun jemu, tapi itulah satu-satunya ibu dan ayah dunia akhirat kita. 

Dari jenazah dimandikan, dikafan sehinggalah disembahyangkan, saya menjadi pemerhati yang setia di sudut dapur.  Walaupun kurang sihat juga, saya cuba bertahan dengan meminum sebanyak-banyaknya Vitagen.  Selepas jenazah diiring ke kubur, barulah kami bertolak balik.  Kadang-kadang, selepas seseorang meninggal, kehilangannya tidak dirasai sangat sebab masih melihatnya terbaring seperti tidur.  Namun, selepas beberapa hari dan kita bersendirian, mesti kita akan terkenang-kenangkannya.  Begitulah yang akan dirasai oleh Mak Jang nanti.  Sendirian di rumah tak ada teman bergaduh.  Oleh itu, hargailah setiap detik bersama orang tersayang.

Pengalaman kita mungkin berbeza dalam menghadapi situasi sebegini, waima soal hidup, mati dan jodoh hanya Allah yang tahu.  Mana tahu, hari ini tak nak kahwin, esoknya dah kahwin, hari ini sihat, esok tiada lagi.  Konon perjalanan masih jauh, entahkan Allah pendekkan di tengahnya.  Sebab itulah persediaan itu perlu untuk menghadapinya.  Kematian lebih mendekatkan kita kepada Allah.  Wallahualam~

p/s: Takziah buat Mak Jang sekeluarga. Al-fatihah~