Sunday, February 27, 2011

Nak Berleter...

Slalunya ibu-ibu jer yang kuat berleter ni.  Sebab itulah kajian menunjukkan wanita ni umurnya lebih panjang berbanding lelaki sebab dia tak tahu memendam perasaan.  Senang sangat nak tahu perasaan wanita ni.  Kadang-kadang jelas terpancar di wajah tanpa dapat disorok-sorok.  Sepatutnya lelaki pun kena amalkan begini kalau nak hidup panjang.  Ini memendam jer di dalam.  Kenapa tiba-tiba jer saya rasa nak berleter ni?

Wuuu....saya dah la letih balik dari meeting segala, otak dan mata dah berat, jenguk-jenguk dapur tengok ada makanan.  Jadi, apa yang sedihnya?  Sepatutnya gembira jumpa makanan.  Sedihnya sebab ada sebahagian daripada makanan tu dah basi.  Huu... Benda yang paling saya pantang sangat-sangat dalam hidup ini dan diketahui ramai adalah membazir MAKANAN.  Sangat-sangat benci perangai sebegini.  Allah...  Terpaksalah melupakan penat badan dan otak lalu cuba menghabiskan setakat  mana yang boleh kecuali yang dah basi.  Dan sekarang ini tersandar di sofa tak boleh nak tidur lagi sebab perlukan dua jam untuk makanan settle down kat dalam perut baik-baik.  Jadi ambil kesempatan nak berleter sebentar sebab tak mahu memendam perasaan terkilan ni. Timbul persoalan dalam otak, kenapa orang tak anggap membazir makanan ini suatu perkara yang serius?  

Selalu terfikir bila mana nak membazir makanan ini, teringat-ingat saudara seagama yang menahan perut di mana-mana sudut dunia.  Alangkah indahnya andai makanan ini dapat dikongsikan bersama mereka.  Tetapi dah tak boleh.  Kalau dah tak boleh, bukankah baik kalau kita menghargai nilai makanan tersebut.  Tahu tak revolusi itu berlaku apabila perut tak terisi?  Tahu tak manusia sanggup berperang apabila periuk nasi mereka terganggu?  Kenapa wujudnya teori Marxist yang dipelopori oleh Karl Marx?  Haa....sebab perut lapar jugalah.  Sebab Marx melihat golongan burgeoisie menindas proletariat yang mana mereka diberi upah yang tak setimpal dengan kerja.  Makan tak cukup.  Anak Karl Marx mati sebab kesempitan hidup.  Adam Smith dengan Teori Kapitalisnya juga disebabkan untuk mengisi perut-perut mereka yang mampu berusaha lebih dalam hidup.  Jangan dihalang katanya.  

Hakikat manusia itu begitu.  Kalau ada yang mengganggu kemahuan perutnya maka nahaslah anda.  Kecuali Islam.  Islam mengajar supaya tidak mengutamakan perut.  Tapi Islam juga tidak mengajar untuk membazir.  20 tahun hidup di dunia, takkan tak tahu kapasiti makanan yang boleh masuk ke perut?  Memang tak masuk akal.  Diri sendiri yang lebih memahami tindak balas badan.  Jangan beli makanan yang tak rasa macam nak makan.  Kalau makan di kedai, tak bolehkah demand sedikit? Cuba bagitahu;

"Err...kurang nasi yer,"
"Tak nak sayur..."
"Kurang manis,"
"Tak nak pedas..."

Tak pernah pun kena tempeleng kalau demand-demand ni.  Setakat yang saya buatlah.  Even tak logik pun diorang layan lagi macam;

"Er, kat kedai ni ada Hot Chocolate tak?" (sedangkan dah tertera kat menu tak ada)
"Er, kedai ni guna susu tepung atau susu pekat manis nak buat susu?" (sepatutnya guna susu tepung tapi kedai guna susu pekat manis, tak sihat langsung)

Apakah salahnya minta macam tu daripada membazir tak tentu hala?  Sakit mata melihat.  Macam nak tolong sumbatkan ke dalam perut.  Terbantut mood nak siapkan slide pembentangan esok hari.  Belum cukup dua jam lagi ni. Ingat ada orang nak habiskan makanan anda?  Memanglah ada, tapi kalau selalu macam tu?  Kesian dekat kawan terpaksa jadi tong sampah anda pula.  Selalunya kalau meraikan sahabat, bagi waktu mula-mula makanan tu datang bukan bagi waktu kita dah tak sanggup nak habiskan.  Kiranya macam sisa.  Tapi dah sahabat tu memang jenis tak suka lihat makanan dibazirkan, dia pun cuba habiskan walaupun dah tak berdaya.  Sebenarnya kita patut latih diri habiskan juga makanan kita.  Keberkatan itu terletak pada suapan yang terakhir tu. 

Aigoo...dah kembang huruf-huruf saya tatap.  Kadang-kadang alasan untuk membazir tu memang tak munasabah, malas kupas udanglah, dah kenyang.  Lain kali, ditegaskan di sini, lain kali waktu nak makan, ukur baju di badan sendiri.  Kalau kita tak boleh nak habiskan makanan kita, itu tandanya kita dah makan ikut nafsu.  Bukan sebagai satu keperluan dah.  Lain kali, pandai-pandailah bajet.  Dah besar. Diulangi, dah besar.  Aish, tak tahu berleter kat sapa nih.  Kalau dah tahu setiap kali makan mesti tak habis, lain kali jangan...ambil....banyak!  Berbulu dengar alasan..." Tadi saya rasa lapar, ingatkan boleh habiskan."  Sedangkan perkara ini berlaku berulang-ulang kali.

Sudahlah tu Hidayu, pergi tidur...Kalaulah semua orang tahu apa yang diperlukan instead of apa yang dimahukan, mesti takkan berlaku pembaziran.  Tak nak berleter pasai membazir masa pula, penat berleter-berleter ni rupanya...suka ringkas, padat, semua faham dan buat.

Saturday, February 26, 2011

Seharian Cuci-cuci Rumah...


(Chipsmore + Milk= Supper)

Cepat, cepat. Update blog. Tiba-tiba buntu.  Walaupun dah habis segelas susu dengan biskut Chipsmore, tetap idea tak datang-datang. Turun bawah pekena tom yam, naik atas tetap buntu.  Ilham nak menulis secara skema atau ilmiah kering.  Jadi coretan kali ini lebih bersifat santai.  Itu lebih mudah dan senang.  Penat seharian mengemas rumah. Nampak sangat macam dah lama tak mengemas menyebabkan banyak kerja nak kena wat. Bukan salah saya. Aigoo...Bahagi tugas. Ada yang mengemas di atas, di luar, dapur, ruang tamu dan stor. Ada 5 orang jer pun kat rumah. 3 orang kemas ruang tamu.  Apa yang bestnya mengemas rumah.  Rasa malas.  Tapi waktu malaslah kita kena buat kerja. Tips yang bagus.  Bila rasa malas nak buat sesuatu, lebih baik buat.  Bagi syaitan rasa frust. Hoho. Apabila mengemas barang-barang yang entah berapa kurun bertapa kat suatu tempat tu, memang macam-macamlah jumpa.  Kalau nak bagi rumah kemas senang jer, waktu sahabat saya tanya;

'Ayu, barang-barang ni nak letak mana?'
'Buang.'
'Ayu, baju-baju ni?'
'Buang.'
'Ayu kasut-kasut yang dalam kotak ni?'
'Buang jer...'

Haaa....senang kan? Buang jer semua.  Tak payah fikir nilai-nilai sentimental lagi.  Kalau tak bertimbun rumah dengan harta karun yang tak dituntut.  Biar lapang, baru minda jadi tenang.  Pastu semua pakaian yang masih relevan hantar dobi.  Sampai karpet pun nak hantar dobi.  Nasib baik kat dobi tu tak ada servis cuci karpet.  Nak senang punya pasal.  Kat setiap sudut waktu mengemas, ada sahaja terjumpa duit. Yang ni tak boleh buanglah.  Nak buang juga, tapi kena ada pulangan.  Barang-barang yang rasa macam bernilai, letak kat dalam kotak pastu buat lelong kecil-kecilan kat ruang tamu.  Satu 50 sen.  One Drop Perfume sebotol RM2. Haa...murahkan? Nak cari mana.  Kalau nak, roger-roger k.

Dari pukul 9 membawa ke pukul 3.30, baru selesai covered luar (terima kasih kat YB kita), dapur, stor, dan ruang atas.  Ruang tamu 50% jer sebab luas. At least dah lapang dan kemas.  Tak tau dapat bertahan sampai bila keadaan kemas macam ni. Everything is in perfect order.  Rupa-rupanya mengemas ni merupakan terapi yang baik.  Walaupun letih tapi kepuasan dirasai apabila melihat keadaan rumah tersusun rapi.  Baru macam rumah. Huhu...

Rehat dan solat pastu sambung beli barang kat luar pulak. Sebelum tu pergi hantar laundry kat dobi.  YB kita buat lawak bila tersilap buka pintu kereta sebelah. :D...sabar jer la..letih la tu.  Singgah makan kat Nasi Kukus House.  Tengok berita penamaan kat Merlimau dengan Kerdau.  Even pembaca berita TV1 pun pakai baju kemeja dan inner ungu. Wow! Cayalah...gelombang ungu dah sampai ke Angkasapurikah? :)) Haha...nak gelak boleh dak? Syabas Gabungan Mahasiswa (GM)...~Ber-GM lebih baik~


Lepas beli barang keperluan kat Econsave terus gerak balik. Kenapakah saya cerita semua ni?  Sekadar perkongsian, selalu skema sangat.  Kat luar serius, kat dalam serius, takkan kat blog pun nak serius? Aduh...sekali sekala santai-santai.  Disebabkan nak santai-santai, sewaktu pulang dari Econsave, kami melencong ke satu tempat.  Pandu kereta ikut hati jer ni.  Tahu tujuan tapi tak tahu arah.  Akhirnya terjumpa.  Wah, hebat naluri sahabat-sahabat.  Berjumpa akhirnya.  Nak gelak pun ada, panik pun ada. :)) Nakal2...

Pasni ada yang nak berkebun pulak depan rumah.  Tanam babaya, petola, bla...bla...:) Semoga ukhuwah yang disemai berpanjangan selama-lamanya dan semakin utuh dalam mengharungi perjuangan di perbukitan UKM dan semoga berkekalan hendaknya.  InsyaAllah...

(bantal yang dijumpai tertulis perkataan ini...:D)

Sesungguhnya Islam itu bersaudara...



Monday, February 21, 2011

Bayaran untuk Sebuah Kemenangan

Menang akhirnya...Alhamdulillahwallahuakbar!
Perasaan?
Sebak+Takut+Gembira+Cuak
Perasaan bercampur baur...
Sebak sebab setelah 7 tahun menunggu akhirnya tampuk kepimpinan
PMUKM telah berjaya ditawan oleh Gabungan Mahasiswa (GMUKM)...
At last...
Takut dengan ujian kemenangan berbanding ujian kekalahan
kerana takut kemenangan itu terpaksa dibayar dengan rosaknya silaturrahim antara ahli organisasi
Semakin banyak komitmen yang perlu diberi menuntut pengorbanan perasaan
dan kerjasama yang tiada tara
Takut kalau ada ahli tak dapat beri komitmen sepenuhnya dan membantu dalam mengekalkan kemenangan
Takut kita ditinggalkan terkontang-kanting untuk mengisi kemenangan
Banyak mata yang memandang dan membuat penilaian
Takut juga diri diselaputi rasa riak, sombong, dan segala sifat mazmumah lain
Sedangkan kemenangan itu hanyalah pinjaman daripada Allah...
Nauzubillah...
Bukanlah disebabkan kita GMUKM menang melainkan disebabkan keizinan Allah jua...
Tidak ada kemenangan kecuali melalui ALLAH
ALLAHUAKBAR!
Ya Allah, jangan jauhkan aku dari-Mu...
Gembira sebab semua mahasiswa sudah pandai membuat pilihan yang tepat...
Waktu pergi Kolej Keris Mas, terjumpa kawan satu fakulti sedang beratur untuk mengundi.
Dia berada dalam barisan ke tiga dan ada seorang mak cik guard ni,
Nampak jer saya dia terus tanya di hadapan orang yang berbaris
" Haaa Ayu, cepat bagi nombor, aku nak undi ni..."
Wah! Terkejut saya...gugup sebentar..nak beri atau tak...?
Tanpa segan silu saya beri nombor,
"Hang yang tanya kan? Jadi aku jawablah k..nombor 1 dan 4 untuk fakulti kita...umum aku terlupa nombor"
Huuu....sangat sedih sebab tak ingat nombor...sedangkan dia semangat nak mengundi.
Waktu dia selesai mengundi, saya tanya
"Jadi, camna undi calon umum GM?"
Dia jawab,
"Senang jer, kan Aspirasi ada bagi flyers muka calon diorang? Aku pangkah muka yang tak ada dalam flyers  tu,"
Wah, bijak kawan aku sorang ni...saya bangga dengan anda kerana membuat pilihan bijak..insyaAllah..
Rasa cuak pula bila mengingatkan bagaimana nak berhadapan dengan reaksi pentadbiran yang
sememangnya tidak akan gembira dengan keputusan ini...
Mohon perlindungan dari segala anasir jahat Ya Allah...

Tak seronok berkonvoi dengan gelagat sesetengah penyokong
Agak mencalar imej GMUKM
Perkara ini perlu diubah
Mahasiswa perlu lebih beretika
dan menjadi tanggungjawab PMUKM yang baru
untuk mengubah budaya yang kurang sihat ini

Friday, February 18, 2011

Kita Sama Terluka




Dalam kita berorganisasi, suatu perkara normal yang harus kita faham adalah kita akan terluka dan melukakan orang lain.  Jangan kita fikir kita sahaja yang dilukai.  Kadang-kadang orang terluka dengan sikap kita, kita tak tahu.  Kita sangka orang tidak ada masalah dengan sikap kita, tetapi itu secara zahirnya sahaja.  Oleh itu, bagi menghadapi perkara ini, kita perlu sama-sama memiliki sikap tolak-ansur.  Bukan semua orang berfikiran dan bersikap seperti mana kita. Adanya ketidaksamaan dalam perkara-perkara cabang merupakan satu kelaziman dalam bermasyarakat atau berorganisasi.  Jika tidak, tak wujudlah pelbagai mazhab dalam Islam.  Namun, itu tidak boleh dijadikan alasan bagi kita untuk tidak melaksanakan tanggungjawab kita dan terus lari menyelamatkan diri dari terus dilukai apabila berhadapan dengan masalah.  Berlapang dada adalah perkara terbaik saat ini dalam menghadapi perjuangan yang kita galas bersama dan memastikan objektifnya tercapai.  Melepaskan tangan dengan alasan kononnya, kita terluka dan kecewa dengan sikap seseorang adalah sangat tidak matang.  Hal ini demikian menunjukkan kita tidak memahami perkara asas dalam berorganisasi. Kalau orang lain boleh tahan dengan sikap kita, kita juga harus begitu.  Tidak perlulah memperbesar-besarkan perkara yang berkaitan sikap orang terhadap kita kerana setiap orang turut mengalami perkara yang sama.  Apa yang lebih penting adalah kita berusaha menjalankan peranan kita setakat yang terdaya dan bertawakal kepada Allah di akhirnya.  Jika kita mampu dan seboleh-bolehnya berbincang secara terbuka mengenai masalah yang kita alami dengan sikap orang yang bekerja tersebut.  Tahu apa-apa alasannya melakukan sesuatu perkara tersebut terhadap kita.  Beri peluang untuk penjelasan bagi menjernihkan keadaan.  Kalau keadaan menjadi semakin buruk, gunakan orang tengah bagi menyelesaikan masalah.  Tapi untuk mengambil jalan memisahkan diri dari organisasi dan melepaskan tangan dari tanggungjawab sebagai ahli dan pimpinan adalah tidak wajar dan tidak patut terutama pada saat-saat akhir.  Pada pendapat saya, dalam saat-saat genting ini sepatutnya soal hati dan perasaan perlu diketepikan.  Perlu kita ingat bahawa jika kita rasa terluka, dalam masa yang sama orang lain turut terluka juga.  Jadi, kita sama-sama terluka dan sama-sama merasa.  Kalau kita rasa kita tak faham dengan sikap orang, ada juga orang tidak faham dengan sikap kita.  Jangan sebab orang tidak pernah memberitahu kita, kita rasa bersih dari segala sikap melukakan ini.  Cubalah merasionalkan keadaan.  Bukan masanya untuk terlalu terbawa-bawa dengan perasaan terluka ini.  Jangan ada sedetik dalam hati yang mengatakan 'Alah, ko mana pernah kena macam mana aku kena, ko mana faham,'  La yukallifullahunafsan illa wus'aha.  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.  Jadi setiap orang ada kapasiti masalah yang dia boleh tanggung.  Kita tidak boleh fikir masalah kitalah yang paling berat.  Entahkan jika Allah timpakan masalah sahabat kita itu ke atas kita, kita tidak mampu menanggungnya.  Hanya sebab dia menunjukkan sikap  tenang dan berlapang dada dengan masalah yang dihadapinya kita sangka masalahnya tidak besar.  Sebenarnya semua ini bergantung kepada pemikiran dan penerimaan kita.  Kita yang menjadikan sesuatu masalah dan sikap orang terhadap kita sebagai  suatu masalah besar.  


Macam saya, memberi senyuman (tersenyum) kat seseorang pun dah mampu membuat saya gundah gulana satu hari.  Kenapakah aku senyum kepadanya? Hu...saya takut saya terluka. Bagi saya ini adalah masalah, mungkin bagi orang lain tidak.

Justeru, boleh menilai orang melalui lensa sendiri, tapi jangan sampai menyebar-nyebarkannya kepada orang lain kerana boleh mengganggu gerak kerja organisasi.

Solusi;

Jika meminta pendapat saya, apa yang saya boleh katakan, berterus-terang itu lebih baik.  Kalaulah semua orang boleh bersikap terbuka.  Tapi berterus-teranglah dengan ayat yang baik dan berhikmah agar sampai niat nak memperbetulkan dan mencapai kebersamaan agar melancarkan gerak kerja organisasi.  Dua-dua pihak kena mainkan peranan.  Yang menegur, tegur dengan berhikmah dan ayat yang mudah difahami, yang ditegur bersikap terbuka dan menerima teguran dan bersedia buat perubahan.  Kalau tak puas hati dengan cara teguran, kita tegur dia pula.  Bagi sampai tak ada apa-apa keraguan lagi.  Bukankah ragu-ragu itu datang dari syaitan.  Kalau ada apa-apa idea terus luahkan, jangan simpan kerana boleh mengundang ketidakpuasanhati apabila hasil yang dikehendaki tidak dicapai.  Tak nak dengar 'Kalau guna idea ni, mesti boleh jadi...' Kenapa tak cakap awal-awal. Lebih teruk kalau cakap di belakang. Berhenti bagi alasan.  Waktu perbincangan terus lontarkan idea, kalau orang tolak, barulah boleh persoalkan nanti kalau idea lain tak menjadi.  Kena cepat waktu perbincangan kerana selepas itu kalau boleh pelaksanaan lebih utama.  Jangan banyak buang masa dengan perbincangan tetapi pelaksanaan tidak ada.

Sifir akan jadi senang kalau semua orang faham.  

Perbincangan+Perbahasan+Pembahagian tugas+Perlaksanaan=Tercapai atau tidak objektif

Kalau tak tercapai objektif, maknanya antara 4P itu perlu ada pembetulan di mana-mana.  Tak perlu tambah anasir-anasir yang tak perlu seperti masalah perasaan seperti di atas.  Saya tahu, kita bukan robot tapi kitakan tentera Allah.  Tentera mana boleh merungut-rungut sangat. Hu...Tak kisahlah walau terluka macam manapun, kerja-kerja Islam kena teruskan juga.  Bukan penilaian manusia yang penting, melainkan nilai di pandangan Allah yang utama.  Jadi terus mujahadah...

Senang kalau semua orang faham...hmm.

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~  




Wednesday, February 16, 2011

Corat-coret...


Kadang-kadang, yang ringkas itulah yang terbaik.
Mudah faham, mudah diterima.
Mudah juga dilaksanakan.
Tapi payah bagi orang yang lambat faham.

Kadang-kadang, yang ringkas itu pula terlalu tersirat maknanya.
Perlu dirungkai dan difahami dengan teliti.

Ringkas itu biarlah ringkas yang berterus-terang.
Tak perlu berputar-belit.

Tak sihat lately...
Tertekan sebab tak boleh nak fokus pada pelajaran
Nak duduk baca buku pun tak sempat
Tadi dalam kelas tertidur sebab letih...:( (totally not me)
Tak nak merungut-rungut, tak elok...

Kalau meeting boleh diringkaskan lebih bagus
Dari dulu lagi cukup lemah bab-bab nak bermeeting ni...
Dulu boleh lari, sekarang dah tak boleh...

Seronok sebenarnya menimba pengalaman baru ni
Berjinak-jinak dengan cara-cara untuk berorganisasi
Tapi bila berpartner ni, tak boleh buat pandai-pandai sendiri
Oklah tu, tak lah terkejar-kejar sorang-sorang nanti (hope so)

Bila tengok orang lain terkejar-kejar, 
Rasa simpati tapi tak boleh nak bantu,
Urusan sendiri pun tak selesai lagi,
Jangan sibuk urusan orang lain...

Bila tengok muka letih orang lain,
Rasa macam nak beri kata-kata semangat,
Tapi banyak batasan kena jaga,
Jadi saya titipkan doa semoga kuat dan bersemangat...

Terima kasih pada yang membantu,
Perhatian anda sangat dihargai,
Rasa diri macam sangat mengada-ngada sebab tak boleh selesaikan sendiri,
Selalu nak harapkan orang lain...hmm.

Ayu, kuatkan diri, ni baru sikit...
Baru bermain di gigi air,

Penyelesaian;


1) susun masa-ibadat, organisasi, akademik, rehat, bla, bla
2) jaga masa
3) baca buku sehari sebuah- pandai2 la curi masa...
4) constantly siapkan assignment


p/s: Sudahlah sikit-sikit...nanti tak dapat nak laksana...



Thursday, February 10, 2011

Nabi Muhammad s.a.w vs St.Valentino

Mesti Nabi Muhammad s.a.w kalah. Itulah kenyataannya. Pahit sekali. Siapa yang buat? Tangan-tangan orang yang mengaku umat Nabi Muhammad s.a.w sendiri. 14 dan 15. Dua tarikh yang berdekatan. Satu tarikh kematian St.Valentino mpertahankan cinta dustanya dan satu lagi tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w bukti cinta Allah s.w.t kepada hamba-Nya. Dua cinta bersaing. Umat Islam yang beriman tanpa ragu mengatakan cinta Allahlah yang maha agung dan paling tinggi. Cinta pada Rasulullah s.a.w sepatutnya mendahului. Bicara kata indah di bibir, di hati? 
scene

Tanya sama hati
Pernahkah merindu?
Ingat masa lena apa mimpimu...
Masa berjauhan 
Apa nan dikenang?
Bila difahamkan itulah sayang...

Pernahkah merindu? Mimpi selalu merapu. Berjauhan selama 1400 tahun, pernahkah kita terkenangkan baginda? Kalau tak ada rindu tandanya tak ada sayang. Rindu itu pula macam mana? Pernahkah merasa sakit rindukan Rasulullah s.a.w seperti mana rindukan manusia lain? Serasa seakan sirna perasaan tersebut. Kenapakah begitu? Tepuk dada tanya iman. Jangan tanya Aiman sebab Aiman tak kisah...

St.Valentino bukti pengagungan cinta kepada yang tidak selayaknya. But yet, cinta itulah yang dirai oleh seberapa banyak umat Nabi Muhammad s.a.w. Tarikh yang berdekatan bagai KPI melihat cinta manakah yang menjadi pilihan kita?  St.Valentino yang nak bagi syafaatkah atau Rasulullah s.a.w nanti? 

Cinta sesama manusia secara haram nampak indah di mata kasar. Seronok hanya sekejap.  Jadi jangan pendekkan akal apabila menghadapi cinta manusia biasa ini.  Selalunya, bila dah jadi halal tak reti nak jaga. Nauzubillah. Janganlah saya pun menjadi sebahagian dari manusia-manusia begini. Marilah kita berselawat banyak-banyak sempena Maulidur Rasul dan berterusan selagi hayat dikandung badan. Sebenarnya kita boleh dan mampu untuk menghias cinta kepada Rasulullah s.a.w dengan lebih indah. Memang menempuh jalan seperti mana Rasulullah s.a.w itu penat dan payah. Rasa lelah sepanjang perjalanan. Baru melangkah dah rasa nak terbah (jatuh).  Melihat orang sekeliling bersenang lenang dan hidup dalam hiburan dalam masa kita sedang bergelumang dengan pelbagai kepayahan memang memeritkan.  Keluar dari zon selesa yang telah disediakan dan terjun ke dalam satu keadaan yang penuh dengan ketidakpastian memang menuntut pengorbanan. In fact, pengorbanan ini masih kecil jika dibandingkan dengan apa yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w menolak segunung intan dan permata, pangkat dan kesenangan demi Islam, jadi nak tak nak, berat tak berat, perit tak perit, kita kena mengikut jalan ini. Kalau diri rasa selesa dan senang segala bagai, adalah yang tak kena dengan kehidupan itu. Sebaik-baik insan yang mengamalkan Islam secara sederhana adalah Rasulullah s.a.w. Jadi kalau ada yang kata kita kena bersederhana dalam beragama tapi tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. maknanya semua itu retorik semata dan kehidupan itu dusta semata.

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

Saya sayang Rasulullah s.a.w. Sematkan kemas-kemas dalam hati...

Tuesday, February 8, 2011

'Terjebak'


  • Nurhidayu Rosli jadi jer...shbt ana pergi..
    February 4 at 12:06am · 
  • Majdi Nadwan Ok :) InsyaAllah. Kita jumpa di sana. (kenapa sahabat je pergi? Tuan punya diri?~)
    February 4 at 12:07am · 
  • Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor ehem3...jom esok p skali...dua kali pon xpe..
    February 4 at 12:09am · 
  • Nurhidayu Rosli ana blik kg esok~knduri shbt lusa...x p?
    February 4 at 12:13am · 



Begitu sebahagian dari perbualan dalam FB. Esok baru dapat balik kampung sebab tiket habis. Itulah, lain kali beli tiket awal-awal. Selalu tak belajar dari kesilapan. Entah sudah berapa kali pisang berbuah.

7 a.m.

Terpacak dekat KL Sentral sambil menggalas beg balik kampung. Sudah terhidu-hidu bau udara kampung. (yer la tu). Fatma temankan sebab dia merancang nak pergi demo di hadapan Kedutaan Amerika tentang isu Mesir. Pergilah anti dengan demo anti Fatma, saya nak balik. Detik hatiku. Sewaktu sedang sarapan, nampak kelibat adik.

‘Acik? Acik! Acik!’
Adikku menoleh ke belakang.

‘Kak Yu!’
Lantas dia lari menerpa ke arahku yang berada di meja makan. Kami bersalaman dan berpelukan macam dalam Jejak Kasih. (poyo la Ayu ni) Terkejut Fatma.

8.15 a.m.

‘Ish, mana kereta api ni? Kenapa belum buat pengumuman lagi?’

Fatma yang penat menunggu meminta aku bertanya di kaunter. Pada mulanya aku berkeras kerana merasakan panggilan akan dibuat sebentar lagi. Berkali-kali aku membelek tiket bagi memastikan tarikh dan masa adalah tepat. Akhirnya aku akur bila panggilan yang ditunggu-tunggu tak juga berkumandang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8.18 a.m.

Pergi ke kaunter, aku mengunjukkan tiket pada pegawai yang bertugas. Perkara yang paling aku takuti berlaku akhirnya apabila dia menunjukkan berlaku kesilapan dari segi destinasi.

   Dari: Bukit Mertajam
Ke: Sentral Kuala Lumpur

WHATTT!!!!!

Wuhuu...aku meratapi kecuaian pegawai yang bertugas dan semestinya kecuaian di pihak aku juga sebab tak memeriksa tiket sebaik mungkin. Terus aku menelefon mak dan meraung.  Mak yang berada di talian panik. Kenapa ni? Sebenarnya aku tak menangis pun. Tapi kadang-kadang suka nak mengada-ngada. Perkara kecil nak diperbesar-besarkan. Fitrah wanita. Nak buat macam mana. Jadi aku pun terbawa-bawa dengan perasaan hampa walaupun tidak kecewa. (macam mana tu?) Selepas dah bagitau kat mak, selalunya akan lega dan kembali berfikiran waras. Lagipun tiket malam ada. Pukul 9.15 p.m.

‘Habis tu, nak buat apa sementara tunggu train malam ni?’ mak aku tanya.
‘Ayu pi turun demo jap kot kat depan Kedutaan Amerika, ikut kawan.’
‘Haa, ok la kalau camtu. Ada benda nak buat.’

Sporting tak mak cek? Haha...even kalau cakap nak pergi perang sekarang ni mesti bagi punya. InsyaAllah. Selagi mana tidak menipu, mak memang sentiasa ok. Jadi tak payah nak berhelah-helah ni.

Jadi, dengan masa yang berbaki ni kaki ini dibawa mengekori Fatma untuk pergi berdemo. Dahsyatkan perancangan Allah? Akhirnya aku dibawa untuk pergi demo yang pertama. Sebenarnya boleh jer kalau aku tak nak ikut sebab Kak Said free dan ajak aku lepak-lepak dengan dia. Tapi entah macam mana , aku ikut juga Fatma.

Selepas berpusing-pusing satu KL semata-mata nak cari signboard KLCC dengan K.Fifah, akhirnya kami sampai. Memilih parking di belakang Tabung Haji, kami bergerak pantas ke  tapak perhimpunan. Dari jauh, sudah nampak barisan polis yang beratur panjang mengelilingi crowd yang berada di hadapan kedutaan. Kami mempercepatkan langkah. Sewaktu mendekati kumpulan yang berpakaian seragam, kami melintas jalan untuk bergabung dengan crowd yang ada. Tiba-tiba;

‘ Korang jangan pergi sana, nanti kena tembak,’

Oh, did somebody speak?’

Aku tercari-cari suara yang begitu lantang melarang kami dari bergerak ke crowd yang ada. K.Fifah memberitahu it must be an SB.

Owh, Siput Babi pun boleh bersuara.  Kami ignore  jer dan terus bergabung dengan crowd.  5 minit sahaja kami sempat untuk bersama dengan crowd. Kemudian, orang ramai mula bersurai.  Waktu sedang berarak kembali ke bangunan Tabung Haji, pihak polis mengarahkan orang ramai menurunkan sepanduk yang dibawa. Namun, ada beberapa orang yang berkeras untuk mengangkat sepanduk. Apa masalahnya dengan mengangkat sepanduk pun aku tak tahu. Biarkan jer lah. Takut sangat dengan sepanduk.  Mereka yang berdegil tidak mahu menurunkan sepanduk menerima padah apabila ditolak oleh pihak polis. Kekasaran pihak polis mengundang kemarahan orang awam dan menyebabkan berlaku sedikit kekecohan.  Gas pemedih mata dilepaskan yang menyebabkan orang ramai berlari menyelamatkan diri. Terbatuk-batuk kami. Tapi aku sempat untuk menahan nafas berbanding Fatma dan K.Fifah yang terhidu gas pemedih mata.  Keadaan bertambah kecoh apabila pihak polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan orang awam yang bergerak ke bangunan Tabung Haji.

Kemuncaknya seperti biasa, apabila pihak FRU membuat persembahan sarkas di atas jalan raya dengan kenderaan sarkasnya yang berwarna merah.  Fatma sempat merakam aksi sarkas sebelum beberapa pihak polis mula membuat penangkapan. Apalagi bermulalah adegan kejar-mengejar ala-ala filem Hindustan.  Masih ada yang mampu untuk ketawa. Tak serius betul. Pakaian aku memang tak sesuai langsung sebagai seorang yang turun untuk berdemonstrasi. Jubah dengan kain. Aku pun tak sangka akan turun sekali. Sempat nampak pak cik sedara aku, Ust Mat Sabu. Tapi tak sempat nak tegur sebab semua orang sedang sibuk menyelamatkan diri dan aku pun harus mengikut rentak orang ramai, melarikan diri. Kalau ikutkan hati, nak jer duduk kat situ dan menjadi pemerhati. Bukan aku buat apa-apa pun. Aku datang untuk melihat sahaja. Tapi nanti tak rasional pula. Orang berlari kita sedap-sedap duduk kat tangga. Kang tak pasal-pasal kena tangkap.

Dipendekkan cerita, selepas semua orang bersurai, kami pergi solat kat Masjid KLCC sebelum bergerak cari makanan. Lapar bila lari-lari ni. Tadi tak sempat nak beli air laici, tiba-tiba FRU sembur air. Kesian kat penjaja-penjaja tepi jalan.

 (macam pergi pasar malam)

7.00 p.m.

Tiba di KL Sentral. Fatma temankan sehingga pukul 8.45 sebelum pulang dengan kawannya dan aku menanti ketibaan tren 20, Senandung Langkawi ke BM dan Hatnyai. Letih seharian bergerak ke sana-sini, duduk sahaja di tempat duduk, aku terlelap.

Tiba-tiba tren berhenti mengejut. Aku terjaga dari tidur sebelum kembali tidur macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Beberapa lama, aku terjaga kembali apabila dengar suara pasangan kat belakang aku ni.

‘B, kenapa tren ni undur?’
‘B, kenapa panas dalam tren ni?’
‘B, B guna bantal ayang, ni bantal ayang laa,’

Ya Allah, berbulu telinga aku. Dengan suara yang sengaja dilunak-lunakkan, aku rasa macam nak patah tengkuk mendengar. Dua-dua sama saja. Kadang-kadang aku terfikir pasangan yang bercinta merasakan mereka sedang berlakon dan aksi mereka difilemkan. Penuh dengan kepura-puraan. Sayang yang pura-pura. Manja yang pura-pura. Aku macam nak belasah jer. Sembang perlahan-lahan tak bolehkah? Macamlah mereka pasangan yang paling romantik kat dunia ni. Aigoo...

Akhirnya aku berjaya melelapkan mata. Tapi terjaga apabila mendengar kekecohan dalam koc aku terutamanya suara seorang Cina tua ni. Dari apa yang aku dapat tangkap hasil perbualan mereka, rupa-rupanya kereta api mengalami kerosakan enjin sebab terlanggar dengan landasan. Malas nak ambil pusing, aku tidur balik. Dalam pukul 6 pagi, aku terjaga dan kereta api masih belum berjalan. Aku bangun dan menjenguk ke luar. Menurut seorang pemuda yang turut berada di situ, kami sedang berada di Taiping. Rupa-rupanya dia turut berada dalam tren yang pernah terbakar enjin waktu aku dan Munirah pulang untuk Tahun Baru hari tu. Maknanya, ni kali kedua kami berada dalam tren yang mengalami kerosakan enjin. 12 jam terperangkap. Sewaktu sampai di Stesen Bukit Mertajam, badan dah lenguh-lenguh dan kepala pusing.

Sampai di rumah, terus bersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke kenduri kahwin Mun. Sampai di sana dalam pukul 11 lebih, orang sudah ramai. Bersalaman dan berpelukan, sahabatku demam hari ni. Kasihannya. Orang nak kahwin ceria, dia demam. Aku menyuapkan nasi kat dia sambil bersembang-sembang. Pukul 12.30 kawan-kawan dari sekolah lama mula membanjiri. Kawan-kawan tegur kenapa muka aku pucat macam tak cukup tidur. Bagus. Pengantin dan pengapit dua-dua tak sihat. Muka aku ni memang selalu nampak macam tak sihat. Tambah-tambah bila orang ramai macam ni. Seram sejuk jer badan. Yer la, semalam bercampur dengan manusia kat demo, pastu dalam tren, pastu kenduri. Entah macam-macam diseases yang bertebaran.

 (Mun dan zauj)

Majlis berjalan lancar walaupun aku rasa macam gagal menjadi pengapit yang terbaik sebab selalu melarikan diri. Nasib baik ada sahabat yang berpengalaman tolong back up. Pada pandangan aku, pengapit ni perlu orang yang sudah berkahwin. Senang sikit nak bergerak kerja. Tak lah segan. Macam aku ni, anti-kamera tak sesuai jadi pengapit. Serius lepas ni tak nak jadi dah. Serik. Tapi apa-apa pun aku berjaya berada di samping Mun sampai majlis selesai. Acara terakhir potong kek hanya aku, Tiah, Najwa, Mun dan zauj dia. Hehe...dapat aku merasa kek biru buatan mak mentua kakak Tiah.

Waktu nak balik jumpa mak Kin. Ya Allah, comelnya Haidar. Tembam betul anak sedara Kin nih. Insyirah pun dah besar. Hantar Tiah balik rumah, singgah sebab nak tengok anak sedara dia pula. Amboi, semua orang dah ada anak sedara. Bilakah tiba masanya untuk aku pula? (Kak, cepatlah kahwin) Hadif Zuhaili namanya. Nyenyaknya dia tidur. Tiah suruh aku pangku dia. Aigoo...tak reti. Lepas dipaksa, aku gagah jugalah nak pangku. Erk, pelik rasanya pegang anak orang lama-lama. Rasa cam poyo jer. Bagi balik kat Tiah.

Rasanya dah melalut...suka cerita bukan-bukan.  Apa-apa pun, kita kena keluar dari zon selesa dan berhadapan dengan masyarakat. Walaupun penat, walaupun tak larat, kita kena bangun juga menegakkan yang haq. Kena berhenti persoalkan kenapakah kita yang dipilih. Juz do it.  

Thursday, February 3, 2011

Cuba mencari jawapan...

I tried to understand
Try as I might
I still felt stupid by all the question that left unanswered
Why treated me like this
I still cant figure it out
What was all the question about
Am I the one who seek answer 
or was the answer with me all along?
Feel like giving up
Ive tried
didn't I?
Allah help me
Why am I the one who being questioned when I am the one who seek answer?
I am new in this battlefield
Please don't treat me like this
Just give me the answer
So I can clear my mind and quicken my pace
Allah...help me to understand...


I am trying to be a faithful servant...please guide me.


~selesai membaca novel Inggeris The Debutante selama 3 hari 2 malam=========> buku haraki bila lagi?

Wednesday, February 2, 2011

Sepetang bersama Sabahan...


fatma,azida,azlina...pasni kalau kita nak buat apa-apa, kena sediakan payung sebelum hujan yer...walaupun saya pandai bawa kereta, tapi bab nak menghafal jalan ni saya fail. Tak percaya tanya mak saya...even dalam Penang pun yang merupakan tempat sendiri saya boleh sesat...

berdenyut-denyut lagi kepala sebab sejam setengah pusing-pusing Putrajaya cari tempat tujuan tak jumpa-jumpa. Tapi yang bestnya, kedai makan kita boleh jumpa pula.~aigoo...

Tapi apa-apapun saya kagum sebab sahabat-sahabat memang determine yang amat. Tahniah! Walaupun  diorang tahu saya dah pening diorang tetap nak cari juga tempat tu bagi jumpa. Alhamdulillah...semangat kalian tak sia-sia. Rupa-rupanya naluri wanita ni lebih tepat berbanding panduan yang orang berikan. Jadi jangan cuba-cuba nak bohongi wanita terutama mak anda...