Tuesday, February 28, 2012

7 tahun Kitaran Ekonomi dalam Surah Yusuf


Kalau lihat pada ramalan ekonomi tersebut 2011-2017 merupakan keadaan di mana ekonomi akan bermasalah.  Ramalan tersebut berdasarkan kitaran ekonomi 7 tahun dalam Surah Yusuf.  7 tahun tandus, dan 7 tahun subur.  Ramalan ini  terbukti benar apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada 2011-2012 di mana terdapat syarikat besar di Amerika telah muflis dan gulung tikar, di benua Eropah, Greece turut mengalami kelumpuhan ekonomi.  

Keadaan ini mengingatkan saya kepada pesanan cikgu sewaktu di Tingkatan Enam.  Walaupun beliau hanya pakar bahasa Malaysia, beliau turut membuat bacaan mengenai keadaan ekonomi.  Beliau menyebut keadaan ekonomi akan datang bakal menghadapi kemerosotan.  Jadi, beliau berpesan agar kami menyambung pengajian dengan dibiayai sama ada melalui biasiswa atau pinjaman bagi menantikan ekonomi pulih kembali agar tidak ada yang keluar nanti tidak mempunyai sebarang pekerjaan.  Bacaannya, saya akan bergraduasi 2012, sambung pengajian akan mengambil masa setahun setengah, maka akan bergraduasi sewaktu 2014, beliau berpesan belajar sampai tahap tertinggi dan tunggu ekonomi pulih which means PhD dalam tempoh 3 tahun dengan dibiaya biasiswa.  Kalau boleh nak elakkan pinjaman sebab tak suka berhutang.  Cuma apa yang saya tak ikut nasihat beliau ialah belajar dalam negara kerana apabila keadaan ekonomi negara teruk, kemungkinan berlaku pelajar yang dihantar ke luar negara dipanggil balik seperti mana yang berlaku pada tahun 1998.  Tapi, nak memikirkan PhD tanpa belum melalui Master rasa macam tak mampu.  Walau bagaimanapun, kita merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.  Jadi setelah berusaha, bertawakallah.  Allah Maha Mengetahui, walaupun saya teringin sangat nak pergi luar negara, andai situasi mendatang adalah sukar, Allah akan kekalkan saya di Malaysia.  Andai dapat panggilan dari kementerian seperti yang berlaku kepada senior-senior, maka saya akan pergi dengan Plan B.  InsyaAllah.  Dengan itu saya dapat membantu jentera PAS untuk menawan Putrajaya mungkin.  Sahabat-sahabat Nisa' dan PISA sudah sangat aktif berprogram di Pulau Pinang.

Tahun 2018-2024 diramalkan sebagai tahun yang subur.  InsyaALlah pada waktu tersebut, PR atau PAS akan memerintah Malaysia.  Walau bagaimanapun, saya tak berani nak merancang sejauh itu.  Kalau dah subur, maka tak ada yang perlu dirisaukan kan?  Mungkin akan mengutip strawberi di Kundasang?~~hihi.  InsyaAllah.  Semangatlah menuntut ilmu walau apa yang terjadi.  Jangan jemu, bukan sekarang masanya...

Saturday, February 25, 2012

Penawar

Kalau saya jarang update blog, itu tandanya dalam tempoh tersebut saya tidak memegang langsung bahan bacaan.  Kalau saya rajin update, itu bermakna saya sedang membaca banyak bahan bacaan.  Sebab itulah tempoh exam yang seharusnya orang berhenti dari agenda mengupdate blog tidak berlaku kepada saya.  Waktu itulah saya bergelumang dengan bahan bacaan dan idea untuk menulis mencurah-curah ke ladang gandum.  Malam ini saya berjaya menyempatkan diri untuk membaca buku.  Hanya membaca satu subtajuk sudah berjaya mentrigger saraf menulis saya.  Walau pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh post yang terdahulu dengan sekarang, tetap tidak dapat saya kongsikan hanya kerana dalam tempoh tersebut saya tidak berjaya untuk membuka sebuah buku pun untuk dibaca.  Saraf saya tidak mampu mencerna perkataan yang terbaik jika tidak membaca dahulu.  Itulah serba sedikit mukadimah nak menunjukkan pentingnya orang yang nak berjaya dalam penulisan perlu rajin membaca.

Ada sesetengah sahabat saya, untuk pergi ke sesuatu tempat, mereka suka menaiki komuter.  Alasannya mereka suka memerhatikan gelagat manusia.  Alasan saya pula untuk naik komuter?  Tak ada pilihan lain.  Kalau boleh sepanjang perjalanan dalam komuter saya hanya nak pejamkan mata dan tak nak lihat manusia di sekeliling.  Bukan saya golongan antisosial, jauh sekali.  Kalau orang suka shopping ke jalan TAR, bagi saya untuk menghadapi lautan manusia sudah cukup memualkan.

Satu realiti yang kita tak dapat lari apabila melihat masyarakat ialah umat manusia sekarang sedang sakit.  Dunia sedang sakit.  Masyarakat Islam terutamanya sedang sakit.  Setiap kali bertembung mata dengan orang-orang dalam keramaian, saya dapat merasakan jiwa mereka yang kosong tidak terisi.  Bukanlah mata-mata yang meluat melihat saya, tetapi mata-mata yang sedih.  Hilang jernihnya akibat palitan dosa.  Sama ada dosa dari orang sekeliling atau sendiri, sama sahaja.  Setiap kali bertembung dengan mata-mata mereka, bagai terdengar bisikan;

"Tolonglah selamatkan saya,"
"Awak ingat awak sahaja yang nak masuk syurga?"
"Bagaimana saya nak kembali?"

Walaupun mereka dalam keadaan gembira, seronok, terkinja-kinja, hakikatnya mata tidak boleh menipu.  Kegembiraan yang mereka tunjukkan hanyalah sebagai topeng menutup jiwa mereka yang kosong.Setiap kali juga balik dari menaiki komuter atau tempat-tempat keramaian, saya akan merasakan hati saya jadi berat akibat perasaan yang bercampur aduk dan mata jadi letih akibat terlalu banyak terlihat kemungkaran di depan mata.  Perasaan tersebut lebih kepada merasa bersalah bahawa saya bukanlah lebih baik untuk membantu mereka.  Perkara tersebut tidak terjadi kalau saya pergi panjat bukit atau gunung.  Pergilah jungle trekking sampai dua jam berjalan kaki pun, minda saya tidak akan letih.  Hati malah akan merasa lapang.  Perbezaan ini yang menyebabkan saya mencari-cari punca saya sering merasa letih otak kalau pergi ke tempat di mana ramai orang berkumpul.  Jiwa manusia adalah lautan yang penuh rahsia dan pintunya adalah mata mereka.

Berbeza kalau saya pandang mata sahabat-sahabat yang faham dan mengamalkan agama berbanding mereka yang tidak.  Di situ kerehatan jiwa saya rasa apabila bersama-sama mereka.  Mungkin perkara yang sama dirasa oleh ahli jemaah yang lain.  Sebab itulah timbulnya isu golongan baik-baik ni tak suka bercampur dengan golongan-golongan yang bermasalah.  Sebab ada ketenangan jiwa jika bersama-sama golongan yang sentiasa mengingati Allah.  Tapi itulah, kasihan golongan-golongan ini.  Bukanlah saya nak mengelaskan golongan manusia, tetapi kita kena terima hakikatnya ada jiwa-jiwa yang berpenyakit di sekeliling kita dan tak terkecuali diri sendiri.

Kalau diberi peluang mengenali mereka dengan lebih dekat, kita akan menyelami sisi gelap mereka.  Tapi, kadang-kadang saya tak dapat bezakan antara memang niat untuk mencari jalan kembali atau saja seronok menceritakan keaiban diri sendiri?  Atau mungkin juga fitrah wanita suka berkongsi masalah yang terasa membeban di jiwa dan pandangan saya yang kasihan(?) mengundang mereka untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. 

Berpeluang bersama-sama rakan sekuliah sewaktu jamuan akhir semester yang dikhaskan untuk perempuan sahaja, adalah peluang terbaik.  Terharu sebab mereka sanggup menurut syarat saya untuk mengadakan parti untuk perempuan sahaja sebab saya tak akan hadir jamuan kelas yang melibatkan lelaki.  Sebelum makan, saya menyampaikan sedikit peringatan buat mereka.  Selepas itu, setiap seorang terus meluahkan mereka sentiasa tersentuh apabila mendengar lagu Maher Zain, InsyaAllah.  Setiap kali mendengar lagu tersebut, mereka akan menangis.  Cuma, mereka beritahu saya, mereka tak tahu bagaimana untuk kembali?  Tapi saya tahu mereka masih belum betul-betul mahu berubah.  Mereka menangis kerana yang menangis bukanlah mereka tetapi jiwa mereka.  Saya tidak melihat sebarang niat untuk berubah.  Jadi saya hanya sekadar berdiam diri dan meraikan luahan rasa mereka.  Dan saya rasa ini juga luahan yang akan saya dapat dari orang awam yang saya jumpa di jalanan.


Cerita saya ini lebih kepada masalah, masalah dan masalah.  Di situlah kegagalan post ini.  Siapa yang nak topup?  Walaupun saya perempuan, saya masih gagal mencari softspot bagi membantu sedikit sebanyak rakan sekeliling untuk berubah.  Mungkin kurang pengalaman atau ilmu.  Paling kurang, saya doakan agar kebaikan yang saya tunjukkan walaupun sedikit memberi pengaruh kepada mereka.  Permasalahan yang selalu saya timbulkan semuanya berkisar dan berfokus kepada perempuan.  Hal ini demikian kerana, dunia saya dengan lelaki sangat terhad, selalu adik lelaki saya mengadu saya tak faham mereka dan seringkali mereka digelar alien apabila saya tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.  Abu A'la Al-Maududi mengatakan dakwah yang disampaikan oleh perempuan kepada perempuan adalah lebih berkesan berbanding berlainan jantina.  Jadi pembaca tidak boleh mengeneralisasikan post saya.  Hanya wanita yang memahami... (cuba untuk tidak bertanggungjawab atas susunan post yang tidak teratur)

Persoalan yang tak pernah saya berjaya jawab, bagaimana untuk mereka kembali?  

Wednesday, February 15, 2012

Masih ada yang sayang

10:59 p.m.

Baru selesai mendengar luahan perasaan dari rakan-rakan.  Entah kenapa malam ni rajin pula yang menegur di FB untuk meminta pandangan dan nasihat dari insan kerdil ni.  Rasa bersalah sebab tak dapat membantu sebaik mungkin.  Sekadar mampu mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Kalau mak ada di hadapan saya, kemungkinan dia akan menutup mata dan telinga saya.  Sebabnya dia selalu cakap saya terlalu banyak berfikir masalah orang lain sampai hilang fokus kepada masalah saya sendiri.  Antara beberapa masalah yang diadukan oleh sahabat pada masa yang sama:

Kes 1: Sahabat saya S hancur hatinya kerana ibunya nak rujuk kembali dengan ayah tiri yang pada pandangannya sangat bermasalah.  Pada masa yang sama, dia perlu menghabiskan pengajian yang telah ditangguh dan bekerja untuk menampung pelajaran.

Kes 2: Sahabat saya A keliru sama ada nak teruskan dengan bidang master yang sedang diambilnya atau tidak memandangkan dia tidak berminat dengan bidang itu dan kurang memahami asas subjek tersebut.  Nak kerja pula sukar nak dapat kerana persaingan sengit.

Kes 3: Sahabat saya F mendapat keputusan yang rendah dan memerlukan kata-kata semangat bagi menghadapi semester hadapan.

Saya hanya mampu memberi nasihat dan pandangan sebaik mungkin.  Nak counter tiga-tiga masalah pada masa yang sama memanglah kurang berkesan.  Tapi sekadar meraikan luahan masalah tersebut kerana orang perempuan selalunya meluahkan masalah bukanlah untuk mendapatkan penyelesaian tetapi untuk hilangkan beban yang menyesakkan dada.  Namun, saya cuba juga berikan beberapa penyelesaian yang dianggap dapat mengurangkan beban tersebut.  Mudah-mudahan.

Mendengar masalah hidup orang lain, secara tak langsung mendidik jiwa saya untuk belajar bersyukur dengan apa yang ada dan tidak terlalu memikirkan apa yang telah luput dari diri.  Bukan mudah.  Kita selalu merasakan kitalah manusia paling bermasalah di dunia sedangkan kalau kita bukakan mata dan melihat kiri dan kanan, masalah kita hanyalah seperti sisa-sisa makanan di celah gigi.  Tapi Allah telah berfirman, "Tidak aku bebankan jiwa seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"...Jadi setiap yang berlaku ada hikmahnya.  Malu dengan sahabat-sahabat yang sangat tabah mengharungi dugaan sedangkan saya masalah kecil pun sudah mampu merosakkan mood.  Contoh, baca novel yang tergantung ceritanya pun boleh buat saya marah.  Alahai, malunya saya.

Apa-apa pun, walau macam mana berat masalah yang kita hadapi, ketahuilah masih ada yang sayang (ni pesan mak).  Allah Maha Penyayang kan?

Tuesday, February 14, 2012

Tergantung

10.00 a.m.

Selesai baca novel Inggeris Ashes karya Ilsa J.Brick.  Komen: Frust.

Inilah risiko apabila membeli dalam keadaan kelam-kabut.  Tidak ada masa untuk membelek dengan teliti jalan cerita.  Perkara yang paling saya tidak puas hati apabila membaca ialah apabila pengakhiran jalan cerita berada dalam keadaan tergantung.  Cukup untuk merosakkan mood.  Selama dalam pembacaan, ada dua buah novel yang berjaya untuk merosakkan mood saya setelah mood tersebut dibina dengan baik sepanjang jalan cerita.  Setelah novel Dekat Disayang, Jauh Dikenang karya sasterawan Khadijah Hashim, saya memang teramat berhati-hati dalam memilih novel yang hendak dibaca.  Novel cinta Melayu memang bukan kegemaran sebab sentiasa sahaja mengundang ketidakpuashatian sepanjang pembacaan.  Kenapa perempuan ni baik sangat? Kenapa semua watak utama mesti cantik sahaja? Kenapa lelaki ni poyo sangat? Kenapa? dan Kenapa?... Akhir sekali, jawapannya, berhenti baca novel cinta.  Jadi sewaktu di Tingkatan Lima, saya sudah tidak membaca karya Alaf 21, Kaki Novel, dan seterusnya.  Untuk selamatkan perasaan dan akal, selama itu saya lebih menumpukan kepada buku-buku bergenre motivasi, ilmiah, politik, agama dan novel Inggeris.  Lebih selamat dari mengalami heart-wrenching situation sebab hanya bermain dengan fakta dan kajian.

Novel Dekat Disayang, Jauh Dikenang tersebut berakhir dengan Normala terbang ke UK tanpa memilih mana-mana lelaki yang menyukainya, Zali atau Zahar.  Waktu tu memang frust baca novel tu sampai menangis-nangis la juga keadaannya.  Biasalah, budak tak matang.  Saya memang nasihatkan penulis supaya menghabiskan sesuatu cerita.  Bukanlah happy ending sangat yang kita nak tahu, cuma biarlah persoalan utama yang dibina sedari awal pembacaan oleh pembaca terjawab di akhirnya.  Siapa akhirnya yang dipilih Normala?  Macam nak pecah dada apabila melihat tidak ada lagi mukasurat seterusnya selepas berakhir dengan Normala berada dalam kapal terbang.  Bagi saya ia penting kerana cerita watak-watak tersebut  hanya dimainkan dalam sebuah buku dan ia seharusnya berakhir di dalam buku tersebut.  No matter how  heart-wrenching the plot.


Begitulah keadaannya dengan novel Ashes,  cerita berakhir dengan Alex mengetahui akhirnya bahawa pemerintahan Rule bukan memerangi golongan Changed (yang bertukar menjadi kanibal selepas berlaku peristiwa electromagnetic pulse (EMP)) tetapi memberi makan mereka dengan penduduk-penduduk Rule yang dihalau keluar.  Dalam situasi akhir itu, Alex berhadapan dengan timbunan mayat manusia dalam pelbagai keadaan yang mengerikan selepas dia 'dibebaskan' dari Rule.  Sewaktu sedang terkejut tersebut, datang 5 orang kanibal di hadapannya dan di situlah dia tahu kebenarannya.  And it ENDS here!  Tersentap saya.  Selak belakang, acknowledgments.  Kembali ke muka hadapan in case saya terlepas pandang epilog, prolog.  Lihat pula kulit buku depan belakang mana tahu saya terlepas pandang perkataan-perkataan seperti novel ini ada siri, sekuel, atau trilogi.  Tak ada!   Berkali-kali saya kata dalam hati, terimalah kenyataannya Ayu, this novel ends here. Ok, fine.  We can assume that she had been killed too.  But couldn't you at least, TELL ME.  But what about Tom? Ellie? Chris?  Did Chris go and save Alex? Did Alex survive as she had a rifle, a knife and God knows what weapon that she had brought?  What about the dog, Mina?  About the EMP, how long does it take before it get back to normal? Isn't things going to change or it remains like that?  Is the author trying to tell me the story is about doomsday and the situation will be like this?  People are killing each other in other to survive. 

Kejam, kejam, kejam.  Setelah mood saya dibina dengan baik dengan segala perasaan suspen, seram, dan pelbagai lagi emosi, akhir sekali saya ditinggalkan terkapai-kapai untuk memikirkan sendiri apa yang boleh terjadi kepada Alex.  Serasa saya tidak akan menjawab persoalan tersebut tetapi akan membaling novel ini ke kepala penulis tersebut.  Maaf, agak emosi.  Tapi begitulah terjadi kalau tidak berhati-hati dalam memilih bahan bacaan.  Baiknya, saya beli dengan baucar jadi saya boleh bertolak-ansur juga dengan wang yang telah dibazirkan untuk membaca novel yang, we could say it......tergantung????

Wednesday, February 8, 2012

Melangkah lebih jauh

Orang sekeliling selalu berpesan kepada saya,

"Kalau nak sambung belajar, jangan kahwin lagi.  Nanti dah kahwin, tak fikir nak belajar dah sebab komitmen dah berbeza."

Some other time, I will totally agree on that. But then, I have given some more taught on this.  Apa yang terjadi petang tadi, mengetuk kotak fikiran saya.  Appointment bersama wakil dari Universiti Melbourne, Encik Michael Neuzerling yang saya hanya berhubung dengannya melalui email memang membuat saya ragu-ragu pada mulanya untuk bertemu.  Bayangkan, saya hanya berhubung melalui email.  Perjumpaan dibuat di Traders Hotel, KL jam 6.30 hingga 7 petang.  Slot tersebut hanya untuk saya seorang.  Bukankah ia sesuatu yang perlu difikirkan?  Pada mulanya saya mengajak seorang sahabat untuk temankan yang juga berminat untuk menyambung belajar, tetapi ayahnya tidak membenarkan dia datang dengan alasan keselamatan.  Apakah saya tidak memikirkan soal keselamatan?  Apakah ibu bapa saya juga tidak risau?  Saya cuba meminta nasihat dari rakan sekelas yang lebih berumur dan berpengalaman, dia melihat temujanji ini tidak ada masalah malah bersetuju untuk membawa saya tetapi disebabkan dia seorang lelaki saya harus mencari seorang lagi rakan perempuan untuk menemani saya.  Saya boleh pergi seorang diri, tidak ada masalah, tapi memikirkan saya seorang perempuan, saya perlu bijak sedikit.  Puas dipujuk rakan saya, barulah dia bersetuju.  Rasa nak putus asa pun ada.

Perbincangan yang hanya memakan masa setengah jam berjalan lancar.  Walaupun saya berbincang dengan wakil tersebut, dua orang rakan saya ada di meja tetamu  mengikuti perbualan kami dengan jelas.  Malah, rakan sekelas saya yang merupakan pesara dari Kementerian Penerangan turut membantu menerangkan dari segi dress code dan protokol sewaktu bertemu dengan wakil tersebut.

Saya ingin melangkah lebih jauh dalam dunia ini, dan selalunya jalan yang saya pilih jarang diikuti oleh wanita kita.  Saya melihat keberadaan seorang teman (suami) bukanlah sebagai batu penghalang, tetapi sebagai batu loncatan untuk saya pergi lebih jauh.  More than I could ever imagine of.  Wanita yang melihat suami sebagai batu penghalang adalah mereka yang sedari awal sudah bebas bergerak seorang diri tanpa perlu mematuhi adab berurusan dan bergaul dengan lelaki asing.  Atau mereka yang memiliki pemikiran bahawa apabila berkahwin, lelaki selalunya tidak mahu isterinya aktif bergerak.  Saya pula berpendapat sebaliknya.  Pergerakan saya terbatas dari segenap segi sekarang ini.  Seharusnya selaku pelajar sains politik, saya lebih terkehadapan dalam bergelumang dengan dunia politik dan menganalisis politik sebagai seorang penyelidik.  Kalau di rumah, saya selalu mengikuti ceramah dengan ditemani abah, di sini saya memang statik.  Saya menghadam teori tanpa merasai suasana tersebut selain mengikuti beberapa siri demonstrasi sahaja.  Itupun Bersih 2.0, mak kirimkan adik untuk teman.  Tetapi, dunia politik tidak statik setakat melibatkan aktiviti beramai-ramai sahaja.

Kadang-kadang saya terfikir, kalau kita nak menawan Putrajaya, sejauh mana kita memobilasi ahli terutamanya wanita ke arah engagement dengan dunia luar?  Sejauh mana sosialisasi kita dengan masyarakat elit?  Berbanding dengan PKR atau DAP, kita jauh terkebelakang dan wanita kita masih berada di ruang eksklusif.  Berapa orang yang lebih berminat menghadiri ceramah berbanding persidangan dunia di Malaysia yang melibatkan manusia kelas atasan?  Pembudayaan sebegini sudah perlu justeru kita mahu menawan Putrajaya dan memimpin Malaysia.  Protokol adalah sesuatu yang merimaskan dan melemaskan.  Saya pun sebenarnya tidak berminat tetapi pengalaman adalah sesuatu yang mahal dan tidak boleh dibeli.  Kadang-kadang kita pergi pembentangan kertas kerja sendirian dan kaum lelaki yang memonopoli, memang ia sesuatu yang tidak selesa tetapi ilmu tersebut sangat bernilai.  Akan datang, persidangan yang melibatkan wakil-wakil dunia, bukankah ia sesuatu yang worth trying?  Memang saya bermimpi besar, sebab itulah perjalanan saya masih jauh.  Tetapi dengan segala keterbatasan, saya mula memikirkan cara terbaik untuk kurangkan halangan iaitu dengan berteman.  You will never know what the future promised you.  Tetapi andai belum masanya, kita tak perlu risau.  Just keep on walking and Allah will surely lead you and realizes your big dream.  Amiin...



Thursday, February 2, 2012

Unit yang berfungsi

Sekadar nak memastikan blog tidak bersawang dan dihuni anasir-anasir yang tidak diingini, saya menggagahkan diri untuk mencoret sesuatu di sini.  Selepas peperiksaan, sepeti biasa setiap mahasiswa akan mengalami mental-blockage.  Sindrom ini akan menjadi lebih teruk jika cuti semester selama sebulan setengah tidak diisi dengan agenda membaca seperti mana sewaktu peperiksaan.  Fortunately, the government was so kind as they can predict the upcoming syndrome by giving us the voucher to buy books.  How concern our government is.  By saying this, my friends will consider me as government-skeptic.  My statement will be considered as skepticism.  They will label me as ungrateful citizen.  However, this thing just happen among us, the Malays folks.  I was glad I did not stumble into one of my government-centric peers as they surely will summon be to be grateful to our government.  Note this, gratefulness is exclusively express to our Lord only, ALLAH. Okay, enough with English.

Pendeta Zaaba mengatakan dalam karyanya, bangsa Melayu terkenal dengan sifat berpuas hati tanpa perlu berusaha lebih.  Kalau kita cuba menuntut lebih (yang sebenarnya adalah hak kita), kita akan dikatakan tidak bersyukur.  Situasi realiti sekarang, jika menurut Marx, kita berada dalam perjuangan kelas.  Iaitu masyarakat proletar melawan borjuis yang berperut buncit dan berbaju kot.  Apabila disebut kelas, semestinya bukan seorang individu sahaja yang dimaksudkan kelas tetapi sekelompok masyarakat di sebuah tempat.  Oleh itu, mereka yang mengatakan orang yang sibuk berdemo, berceramah, berpiket dan bermemorandum itu sebagai tidak bersyukur adalah golongan yang pentingkan diri dan hanya mementingkan periuk nasi sendiri.  Golongan ini tidak boleh diharap pada masa hadapan jika dia mendapat kesedaran untuk berjuang bersama-sama kerana berpotensi untuk mengkhianati perjuangan setelah kepentingan dirinya dipenuhi.  Kelompok masyarakat yang sedari awal berjuang adalah golongan yang berprinsip dan sanggup mengorbankan diri sendiri bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat kesejahteraan bersama dan dibela.  Life is all about give and take.  

Golongan yang melabel seseorang tidak bersyukur dan cepat berpuas hati dengan keadaan sekarang berkemungkinan mereka yang belum memahami Teori Fungsionalisme.  Dalam masyarakat sesebuah negara, setiap unit sama ada di atas atau di bawah memainkan peranan dalam masyarakat.  Sama ada yang berada di kondominium mewah atas langit atau di bawah jambatan runtuh, mereka adalah unit-unit yang berfungsi.  Seperti mana anggota badan, hatta tahi lalat yang dilihat hanya menjadi perhiasan badan turut mempunyai peranan.  Ada kes di mana, benda yang disangka hanya tahi lalat di badan menjadi barah apabila dibuang.  Jadi jangan sebarangan membuang apa-apa ketumbuhan di badan tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.  Every structure or unit will function accordingly to achieve what we call equilibirium.  This is the state of prosperity that we all search.  Jangan mudah melabel negara sebagai harmoni jika kadar jenayah semakin meningkat, ekonomi berada dalam keadaan defisit yang berterusan, kadar pengangguran semakin tinggi, yang kaya bertambah kaya yang miskin jadi papa kedana.  This surely showed there is something wrong somewhere here in our country.  Janganlah apabila saya katakan negara kita belum harmoni, kalian hanya melihat kiri, kanan, depan dan belakang kalian atau melihat di sekeliling rumah sahaja.  Bukakan mata, minda, telinga dan khususnya hati.

Demonstrasi atau apa sahaja bentuk pernyataan tidak puas hati rakyat menunjukkan ada unit yang tidak berfungsi dengan baik.  Sebagai contoh, jika polis yang seharusnya bertugas menjaga keselamatan bekerjasama dengan penjenayah, maka unit ini telah gagal berfungsi.  Implikasi akan dirasai oleh keseluruhan struktur apabila perkara ini terjadi dan unit-unit dalam masyarakat akan bertindak balas bagi mencapai kembali kestabilan.  Seperti mana badan apabila terluka, darah akan keluar.  Semua ini menyakitkan tetapi darah diperlukan untuk pertumbuhan kembali sel-sel bagi menghasilkan apa yang dipanggil sebagai fibrin bagi proses penyembuhan luka tersebut.  Kalau saya silap, tolong betulkan.  Dah lama meninggalkan dunia sains, jadi agak berkarat pengetahuan.  Namun, isi penting yang hendak saya highlightkan adalah sebarang tindak balas yang berlaku dalam masyarakat adalah hasil daripada kegagalan sesuatu unit untuk berfungsi dan tindak balas ini diperlukan untuk mencapai kembali kestabilan.

Islam memelihara masyarakat, sedangkan Barat memelihara individu.  Islam hukum seorang individu untuk memelihara masyarakat, sedangkan Barat hukuman yang diberikan adalah kononnya untuk membentuk kembali individu tersebut tanpa mengira risiko kepada masyarakat.  Sebagai contoh, Islam menghukum mati seorang yang membunuh seseorang bagi memelihara masyarakat daripada risiko penjenayah tersebut yang berpotensi membunuh orang lain.  Manakala, Barat menangkap penjenayah bunuh dan menghukum penjara bagi membentuk diri penjenayah tersebut.  Kemudian setelah dilepaskan, risiko penjenayah tersebut untuk melakukan pembunuhan kembali masih ada dan masyarakat masih terdedah kepada bahaya.

Sekadar ini sahaja, terdistract sebentar sebab orang sebelah sibuk benor berbicara masalah masyarakat.  Setelah berlama-lama berada di KL, apabila mendengar orang Utara yang tak pernah terdedah dengan orang luar bercakap dalam loghat pekat, rasa lemas sket.  Nasihat saya, fahami hak dan tanggungjawab masing-masing dan elakkan dari sifat pentingkan diri sendiri.  Bezakan juga pentingkan diri sendiri dengan kepentingan diri.