(saya mencari gambar langit Ramadhan seperti yang saya selalu lihat setiap kali bulan Ramadhan tapi tak ada satu pun menyamai pemandangan tersebut)
I was never being so disheveled like this in my entire 3 years here in
UKM. Tapi satu hari saya sudah tidak
peduli on how do I look, what I wear (tshirt
ungu+tudung lepas+kasut crocs), no makeup
on, no foundation, no moisturiser, no sunblock (in fact nothing on my face). I also don’t care bout my meal,
my aching stomach, the heat in the room.
I just want to go home. I want to
finish all my task and go straight home.
And that’s all the thought that hovered me dis past few days. Seperti biasa, tiket tak beli lagi but glad that the ticket counter was opened
until the train departed. It was not a
smooth day anyway. I’ve to settle
everything before going home and everything was a mad rush. Saya pun sudah tak pedulikan mata-mata yang
memandang sebab saya tahu bukan mereka pandang sebab saya attractive pun. Mungkin
nampak kasihan~ Pak cik teksi yang turunkan saya bila meletakkan bayaran rm8
tapi saya beri rm6 (memandangkan itulah standard
sebenar bayaran untuk student), bila
saya cakap nak rm8 ke? Terus dia cakap,
“Tak pe, pak cik faham, student kan. Pak cik pun ada anak yang
belajar juga. Bagi jer berapa pun.” Saya
dengan malu alah meminta maaf sebab boleh tanya pula pak cik nak rm8 (tapi saya
memang merasakan itu hak saya sebagai pengguna)
Kemudian sewaktu hendak membeli
tiket, pegawai KTM berusaha memecahkan rm10 saya (tiket TouchnGo tiba-tiba tak
boleh diproses pula), bila selongkar ada rm3 dalam poket tapi tak ada 30 sen
pula. Dengan baik hati pak cik tu
sumbang 30 sen (“Tak pa, pak cik sedekah,”)… Dalam hati saya; “Selekeh sangat
ka aku ni sampai semua orang kesian nih~”
Mungkin pembaca boleh nilai sendiri.
Tapi saya sudah tidak memikirkannya lagi.
Sangat kalut dan sangat hectic.
Ingatkan dah boleh settle down bila duduk di tempat duduk dalam koc- sengaja
saya minta tempat duduk yang tidak ada orang di sebelah (dan pegawai tu pun
bagi sebab kasihan jugak kot~ diberinya saya tempat duduk di hujung sekali yang
ada ruang luas untuk letak beg dan meja).
Tetapi tidak semudah itu. Ada
pula dua mamat kat belakang yang bersembang rabung sambil maki-maki… sakit
telinga jadinya. Saya ingatkan orang
lelaki ni memang kurang bercakap, tapi ada juga yang cakap banyak.
Sekali sedang cuba drifted into the dreamland, tiba-tiba kereta api power off dan kami tersadai in the middle of nowhere dalam
kegelapan. The entire coach bergelap untuk selama lebih kurang sejam
lebih. Tapi saya sudah tidak peduli dan
cuba kembali tidur. Yang pasti saya nak
balik rumah. Dalam cuba nak tidur-tidur,
terdengarlah pak cik-pak cik tengah bersembang dan ada pula yang tidak
bertimbang rasa merokok dalam keadaan koc panas sebab power off. Apabila generator
yang rosak sudah diganti, kereta api kembali berjalan seperti biasa dan saya
tiba di stesen kereta api jam 7.30 pagi.
Semakin menghampiri rumah. Tunggu
punya tunggu kelibat adik yang datang mengambil tak kunjung tiba. Telefon mak, mak cakap dalam perjalanan. Setelah lebih kurang setengah jam menunggu,
saya telefon adik. Sekali dia cakap dia
dekat dalam tempat menunggu. Saya pula
berada di luar waktu tu. Dan kami
menunggu selama setengah jam. Saya pun
tak tahu kepeningan apakah yang telah merasuk diri, dan saya memang kehabisan
tenaga setelah dari semalam dipenuhi dengan cubaan-cubaan dan halangan hanya
untuk pastikan saya bisa pulang ke pangkuan keluarga… Tapi rindu punya pasal,
saya sudah tidak peduli dengan keadaan diri dan sanggup lalui apa sahaja
asalkan saya dapat pulang dan lepaskan rindu.
***
Hari ini saya berada di sinki
dapur dengan mak, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup masuk melalui
tingkap dapur dengan sawah padi yang hijau terbentang. Sungguh tenang. Tiba-tiba mak bersuara sambil melihat saya;
“Cepat kan masa
berlalu…baru hari tu dok rindu-rindu, la ni dah ada depan mata,”
Sebulan saya tak balik rumah
terasa lama bagi mak. Saya hanya mampu
tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sebab setuju dengan kenyataan
tersebut. Hilang segala keserabutan yang
dilalui semalam. Bagai tak terasa.
***
Saya termuhasabah sebentar, kalau
begini kerinduan kita malah lebih dari ini kepada Illahi, alangkah indahnya
(bilakan hadir perasaan tersebut?).
Sebab itu jangan pelik jika ada orang yang sanggup membuang dunia dan
berada di tikar sejadah semata-mata.
Sanggup selekeh, tak makan, merempat di masjid-masjid semata-mata kerana
kerinduan mereka kepada Allah (dengan alasan kesenangan itu semua dunia
semata). Walaupun insan-insan lain
memandang hina, melihat cara mereka tidak kena, namun bila dilanda perasaan
rindu, mereka pun ‘sudah tidak peduli’.
Apa sahaja dilakukan agar dapat bertemu dengan kerinduan mereka. Ada yang menyahut seruan jihad, tinggal anak
bini, bom diri sendiri, berkurung di dalam masjid, tak nak berkahwin dan
sebagainya. Apa sahaja yang Allah
perintah, semua mereka cuba buat dalam rangka kefahaman dan pendidikan
mereka. Semua ini sebab rindu punya
pasal…
Dan seharusnya kita pun begitu
namun dalam rangka ilmu yang benar…
Agar setelah melalui segala
cubaan-cubaan dan penat lelah serta kesusahan di dunia, mereka akan mampu tiba
ke destinasi iaitu syurga.
“Sesungguhnya penduduk Syurga
pada hari itu, berada dalam kesibukan menikmati kesenangan; Mereka dan
pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk
berbaring di atas pelamin. Mereka
beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa
sahaja yang mereka kehendaki. SALAM
SEJAHTERA, ucapan dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yasiin: 55-58)
Tetapi bukan syurga matlamatnya,
tetapi pertemuan dengan Allah. Samalah
bukan rumah matlamatnya, namun di dalam rumah itu ada mak dan abah. Menerima
kata-kata selamat dari seorang mak pun dah mampu buat kita tersenyum dan
bahagia (merasa berbaloi segala ujian dan kesukaran dilalui), inikan pula
Allah, Pemilik kita… alangkah kerdilnya diri untuk membina angan-angan
sebegini..
Oleh itu, mari kita bina kerinduan
kepada Allah dengan beramal sebaiknya di bulan Ramadhan ini.. moga rindu kita
rindu yang benar…