Tuesday, December 27, 2011

Merawat Penat

Apabila jari-jemari sudah letih menari atas papan-papan kekunci
Apabila otak sudah letih berfikir
Apabila semangat mulai surut
Apabila masa semakin laju meninggalkan 
Apabila kesabaran teruji


Buku Ranah Tiga Warna dicapai
Mencari bait-bait kata pembakar semangat
Moga dapat merawat otak yang penat, hati yang berat, semangat yang surut...


"Jarak antara kesungguhan dan kejayaan hanya dapat diisi dengan sabar. Sabar yang aktif, sabar yang gigih, sabar yang tidak pernah menyerah, sabar yang penuh dari pangkal sampai hujung yang paling hujung.  Sabar yang dapat membuatkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin, bahkan seakan-akan itu sebuah keajaiban dan keberuntungan.  Padahal keberuntungan adalah hasil kerja keras, doa dan sabar yang berlebih-lebih.  Bagaimana tinggi pun impian, ia tetap wajib dibela habis-habisan walaupun hidup sudah digelung duka nestapa."  (halaman 490-491)



4.14 PM
Selesai baca Ranah Tiga Warna-A.Fuadi

Monday, December 26, 2011

Marathon



Man jadda wa jada, wa man shabara zhafira~
The day will come, just like the previous day, 
Pray for the best as it pass by,
Close to nature, you will love the creator...and do not forget to plan your future (^_^)V



Saturday, December 24, 2011

Kembali

Lagu latar: Cinta Teragung, Mestica.

Kalau tidak mengingatkan dosaku yang bertimbun, sudah pasti aku meminta untuk dikembalikan kepada Penciptaku sekarang juga.
Seperti mana aku meminta untuk kembali berada dalam perut ibuku-selamat dan tenang dalam rahimnya.

Walaupun dia ketawa pada mulanya, di hujungnya dengan nada serius dia berkata;

"Mak susah payah lahirkan anak, supaya jadi orang berguna, jadi orang kuat apabila ada masalah, bukan nak lari dari masalah.  Biasalah masalah tu."

Bahkan Allah juga begitu, bukan tidak sayang tetapi ada tujuannya kau di sini.

***

Antara tanda Allah rindu kepada hamba-Nya ialah Dia membangunkan hamba-Nya pada sepertiga malam untuk bertemu dengan-Nya.  
Bahkan konsisten bangun qiamullail itu bukan tandanya kekuatan diri, tetapi tanda rindu dari Tuhan-mu.  
Kau tidak punya apa-apa tanpa belas kasih Allah.
Bukanlah qiamullail itu tanda kau kasih kepada Allah, bahkan sebab Maha Pengasihnya Allah padamu dia beri peluang kepadamu menemuinya di sepertiga malam.
Amat rugi manusia yang terjaga di sepertiga malam tidak bangun berjumpa dengan Tuhannya sedangkan Tuhan yang membangunkannya sedang menunggu-nunggu.  

Biadap kau biar Allah yang maha agung menunggumu...

Beruntung mereka yang Allah selalu membangunkannya untuk solat malam di saat yang lain nyenyak tidur, bukankah itu tanda ALlah memberi perhatian lebih kepadamu? ;)


Friday, December 23, 2011

Titip Pesanan

Makan sirih berpinang tidak,
Buah keranji dalam perahu,
Bertegur tidak, bersapa tidak,
Sampai hati buat begitu.



Pesanan En.Jamaie jika bertemunya di tengah jalan, tegur-tegurlah.
Tutorial terakhir Politik Hubungan Etnik 
1 p.m.

"Hidayu memang bentang laju sebab dia sudah biasa menjadi jurukempen."
~macam tahu-tahu sahaja saya baru lepas berpidato di Sudut Pidato~

Thursday, December 22, 2011

Antara Pizza dan Globalisasi

 Ni lah yang dinamakan globalisasi, bukan sahaja mencakupi soal ekonomi dan politik semata-mata, satu lagi aspek yang paling laju merentas sempadan-sempadan negara ialah budaya.  Pizza ni dahulunya hanya menjadi makanan penduduk miskin di sudut dunia Itali telah menjadi makanan eksklusif penduduk dunia sehingga ke Malaysia dan sehingga ke dalam kelas Politik Amerika dan berada dalam tangan saya pada hari ini.


Selain menerima kejutan pizza dari Encik Russli Kamarudin, pensyarah Politik Amerika, saya juga dikejutkan dengan satu benda.  Sewaktu pembentangan di hadapan kelas bersama rakan, seorang perempuan dan seorang lelaki, saya dapati tajuk file rakan lelaki tersebut berbunyi;

'aku takkan berhenti chentakan ayu, sbnrnya...'

Jantung saya berhenti berdegup sebentar.  Apakah?  Sudahlah di hadapan kelas sewaktu pembentangan, saya toleh kepada rakan perempuan di sebelah.  Rupa-rupanya dia pun perasan benda yang sama.  Sempat dia berbisik sambil ketawa;

"Tak tidur malamlah ko pasni,"

Balik ke tempat duduk, rupa-rupanya dah heboh dalam kalangan rakan-rakan.  Hmm, saya anggap tajuk file itu ditujukan mungkin kepada 'ayu' yang lain.  Atau mungkin dia mengambil saya sebagai sumber inspirasi.  Atau ini merupakan satu provokasi nak dekat peperiksaan supaya fokus saya lari.  Apa-apa pun alasannya, Mahkamah Agung Amerika telah selesai bersidang dan perlantikan telah pun dibuat.  

Saya ceritakan di sini supaya semua sedar, apakah motivasi agung kita sebenarnya?  Tak kisahlah sama ada saya atau 'ayu' lain, kenapa orang lelaki zaman sekarang mudah sangat kalah dengan perasaan?  Terbawa-bawa dengan obses terhadap seorang perempuan yang entah akan jadi miliknya atau tidak.  Saya kasihan sebenarnya dengan orang sebegini.  Bukankah dia hanya memalukan diri sendiri, diketawakan oleh perempuan di belakang.  Dijadikan bahan ejekan dan usikan.  Allah... Sudahlah kaum lelaki semakin sedikit yang mendominasi dunia ilmu, kenapa direndahkan akal yang sembilan kepada perkara mengarut sebegini.  Mungkin sesetengah orang menganggap perkara ini kecil, tapi bagi saya perbuatan ini menggambarkan betapa tidak seriusnya mereka dalam membina kehidupan.  Atau memang orang lelaki sekarang tidak serius.  Yer mungkin, semua benda nak dijadikan bahan lawak.  Bukan sahaja seperti rakan lelaki tadi, banyak lagi perbuatan-perbuatan mereka yang menunjukkan sikap tidak matang.  Kalau Sultan Muhammad Al-Fateh sudah mampu menawan Constantinople pada umur 18 tahun, orang lelaki sekarang nak jaga hati sendiri pun tak boleh, inikan pula nak tawan hati orang perempuan.  Memang tak lepas.  Mungkin disebabkan terlalu banyak cobaan kot, jadi tak boleh nak salahkan mereka seratus peratus.  Tapi akal di kepala, bukan di lutut.

Ini pun mungkin salah satu globalisasi juga, globalisasi akhlak yang bukan termodenisasi tetapi terwesternisasi.  Sabar jer lah...moga-moga mendapat petunjuk dan dihindarkan dari perbuatan yang sia-sia


Wednesday, December 21, 2011

Iqbalik



Selepas ni mungkin akan bersidang di peringkat antarabangsa pula seperti mana Prof.Dr.Rashila...mana tahu kan?
Bilik Wacana ATMA
4.30 p.m.-10.30 p.m.
Sekejap keluar, sekejap masuk

Iqbalik~

Tuesday, December 20, 2011

Mind Set

7.46 a.m.
Sudut meja makan

Pagi-pagi macam ni, teringat kat mak di kampung.  Bagusnya duduk dengan mak ialah diri sentiasa istiqamah dengan rutin-rutin harian.  Bangun malam, bangun pagi, tidur awal, segalanya teratur.  Kalau tidur selepas subuh, paling lama tempoh bertolak ansurnya hanya sampai pukul 8.  Lebih daripada itu, bersedialah untuk masuk kuliah pukul 8.  Semua anak-anak pun macam tu.  Tak pernah diberi muka untuk bermalas-malasan.  Kalau sebelum ini kuliah tersebut hanya dianggap sebagai angin semilir, dibiarkan pergi begitu sahaja, ada satu hari saya cuba menangkap butir-butir bicaranya.

Kata mak, kalau kita selalu sahaja nak tidur selepas Subuh, bukan masalah kita letih atau rasa mengantuk.  Tapi disebabkan mind set kita yang tak betul.  Kalau dah disetkan minda, selepas solat Subuh nak sambung tidur, memang akan tidur walaupun dah terlebih tidur malamnya.  Rasa mengantuk tersebut akan secara automatik datang menyerang.  Kalau kita letak mind set nak baca buku, kemas rumah, jogging, mesti kita akan dapat lakukannya.  Sekarang, melihat kawan-kawan sebelah nyenyak dibuai mimpi, kita pun selalunya terpengaruh atau mungkin boleh jadi sebaliknya .  Perlu ambil masa kembali untuk mengubah rutin.

Kiranya selama dibesarkan dan dididik di rumah, matlamat mak adalah cuba melatih anak-anak membina kekuatan melalui  mind setting.  Baru saya faham kini setelah berjauhan dan perlu berdikari sendiri.  Segala-galanya boleh jika kita sudah pusatkan segala minda kita untuk melakukan sesuatu.


Semua yang mak lakukan adalah bertitik tolak dari kehidupan dahulunya.  Mak cakap, mak tak bahagia dulu duduk dengan keluarganya walaupun tok wan orang besar di kampung.   Harta melimpah ruah.  Mak rasa tak ada kehidupan.  Walaupun rumah besar, tanah berbidang-bidang, hidup rasa sunyi juga.  Selepas kahwin, baru mak rasa seperti ada kehidupan walaupun hidup biasa-biasa sahaja dengan abah.  Sebab itulah mak sedaya upaya tak nak anak-anaknya rasa apa yang dia rasa dahulu.  Supaya hidup lebih bermakna.


Samalah seperti isu bendera Najib diturunkan, rakyat telah disetkan dengan pemahaman bahawa pemimpin negara itu tidak boleh disentuh, harus dihormati, tidak boleh dipersoalkan kewibawaannya, tak boleh dikritik walaupun terang-terangan dia berbuat kezaliman ke atas rakyat sendiri.  Bagi saya, its not a big deal pun.  Nak kata ada kaitan dengan simbol-simbol nasionalisme, bukan.  Apa yang pasti gambar PM adalah salah satu alat hegemoni jer.  Bagi mahasiswa yang counter-hegemon , beginilah sifatnya.  Tak sensitif.  Rakan saya susah hati andai perkara ini berterusan, negara akan kucar-kacir.  Alah, setakat Adam tu, apalah sangat.  Kalau Altantuya boleh dibom, inikan pula Adam yang tidak ada kepentingan pun.  Can be dismiss at anytime, anywhere.  Perbuatan tersebut terlalu kecil untuk diperdebatkan.  Banyak lagi isu besar yang ditutup dan berisiko untuk negara yang perlu diperdebatkan dan dipersoalkan.


Apa-apa pun, ubah dulu tabiat buruk yang kecil-kecil, baru kita bercakap soal siapa layak atau tak layak memerintah negara.  Minda yang sihat datang dari badan yang sihat~

Sunday, December 18, 2011

Untuk yang Tak Pernah Jemu Berusaha


Tips merentas desa.  Keep going and never stop until you reach the finishing line.  Surely you will gain victory. There was once, in year 4, it was my first time entering cross-country.  Semangat berkobar-kobar nak menang.  Tambahan pula track laluan desa memang sangat cantik.  Menyusur sungai di sepanjang kampung.  Sambil menikmati keindahan alam setiap halangan dan checkpoint berjaya diatasi.  Walaupun ada ketika, panik sebab bertembung dengan lembu yang berehat di tepi sungai, tetap saya teruskan.  Serasa macam dah meninggalkan rakan-rakan yang lain di belakang.  Sangat yakin akan memenangi kejuaraan.  Tak kisahlah nombor berapa, asalkan top three tu saya antara orangnya.  Sewaktu menghampiri pintu pagar belakang sekolah, saya berhenti berlari.  Sudah ada kumpulan pelajar yang memberi sorakan kepada peserta yang tiba.  Tiba-tiba sewaktu saya sedang berjalan kerana yakin sudah mendapat tempat ketiga, sorakan daripada penonton semakin kuat.  Sorakan mereka seperti meraikan kejayaan saya.  Tetapi yang peliknya, semakin lama semakin kuat dan kelihatan macam panik pula.  Tiba-tiba saya merasakan seseorang memintas saya dari belakang.  Apabila saya lihat, rupa-rupanya rakan saya berjaya mengejar saya dari belakang dan dia mengambil peluang memintas saya ketika saya memberhentikan larian disebabkan terlalu yakin tiada yang mengejar dari belakang.  Sudah terlambat untuk memintas dia sebab garisan penamat hanya beberapa meter sahaja memasuki pintu pagar sekolah.  Walau cuba untuk mengejar, saya tetap gagal.    Akhirnya mendapat nombor empat.  Sebab itulah tips penting merentas desa ialah keep going and never stop.  Once you stop, it will be hard to start back and regain the momentum.  Memang saya menyesal dan geram dengan rakan saya tersebut.  Tapi bukan salah dia.  Saya rasa, itulah antara kejayaan paling manis sepanjang hidup dia.  Berjaya memintas Nurhidayu Rosli yang poyo dalam acara merentas desa dan sekaligus mematikan impian dia adalah sangat manis untuk dikenang.  Menangis kot.  She was the one I least expected to beat me.

Bertitik tolak dari kegagalan tersebut yang sebenarnya boleh dielakkan sangat, merentas desa di peringkat sekolah menengah saya berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.  Saya tidak suka bersaing tetapi saya lagi tak suka berdiam diri apabila ada persaingan.  Waktu pertama kali masuk merentas desa di peringkat sekolah menengah, saya dengan rakan-rakan kononnya tidak mahu berlari sebab saya malas nak bersaing.  Nak berjalan sahaja.  Waktu dilepaskan, kami berlari dan sampai di kawasan kelapa sawit (track sewaktu sekolah menengah tak best langsung) mula memperlahankan gerakan.  Ada rakan-rakan yang sudah ketinggalan di belakang, ada yang mula berjalan dan bersembang, dan ada yang sudah semput.  Saya pada waktu tersebut, melihat ada rakan-rakan dari rumah sukan lain mula memintas, saya rasa tercabar.  Tak boleh jadi ni.  Tanpa memberhentikan larian, saya tinggalkan rakan-rakan yang terpekik-pekik memanggil dari belakang.  Hasilnya saya berjaya mendapat nombor walaupun tidak di peringkat top five.

Merentas desa seterusnya saya memang memberi saingan.  Pada pandangan saya, dah orang suruh lari, lari jer la.  Buat apa nak berjalan.  Lagipun berjalan hanya meletihkan dan membuang masa tanpa mendapat apa-apa hasil.  Kalau berlari, insyaAllah masih ada peluang untuk mendapat nombor walaupun tak menjadi johan. Saya bukan atlet olahraga  harapan sekolah, jadi larian bukan kepakaran saya.  Tapi kalau setiap kali kita memberi saingan dan berusaha, insyaAllah, ada bahagian untuk kita.  

Walaupun tahu harapan untuk menjadi juara itu tipis, saya tetap nak menang.  Oleh itu, sewaktu di tingkatan empat saya mencari-cari sahabat-sahabat saya yang mana selalu menjadi johan.  Saya nak berlari dengan mereka dengan harapan saya  akan mendapat top five walaupun bukan top three.  Pada mulanya, saya tidak mampu nak ikut larian mereka. Mereka yang selalu menjuarai larian jarak jauh selalunya ada dua cara larian.  Pecut pada awalnya dan meninggalkan rakan-rakan lain sebelum memperlahankan larian apabila sudah berada jauh dari rakan-rakan atau membuat larian perlahan tapi kekalkan momentum sebelum membuat pecutan pada saat akhir.  Saya memilih untuk mengikuti rakan yang membuat pecutan awal.  Tetapi, sewaktu di pertengahan saya sudah pancit sebab telah memerah tenaga pada awalnya.  Walaupun sahabat saya dengan baik hati menarik tangan saya supaya terus berlari sambil memberi kata-kata semangat, saya sudah tak mampu dan meminta dia meninggalkan saya.  Walaupun pada akhirnya saya mendapat nombor yang entah keberapa belas (masih dapat hadiah), sahabat saya tersebut berada di tangga tiga ke atas.  

Waktu di tingkatan lima, saya memilih untuk mengikut sahabat yang membuat larian dengan cara larian perlahan pada awalnya tetapi masih kekalkan momentum sebelum pecut pada saat akhir.  Lagipun peserta perempuan tambah-tambah apabila sudah di tingkatan lima, memang tak berminat nak berlari.  Jadi, ini merupakan peluang terakhir saya untuk bertanding di kategori menengah atas perempuan.  Saingan selalunya datang dari pelajar tingkatan empat.  Matlamat saya ialah top five.  Cara tersebut nampaknya berjaya.  Masih segar di ingatan, sewaktu mendekati pintu pagar belakang sekolah, saya membuat pecutan terakhir tanpa mempedulikan rakan yang bersama-sama saya.  Memang pada waktu tersebut, tidak ada yang mampu memberi saingan sebab masing-masing sudah memperlahankan langkah.  Seorang demi seorang saya pintas sehingga mendekati garisan penamat, saya terpaksa bersaing dengan seseorang dan memang penonton yang berada di sepanjang laluan memberi sorakan yang mengingatkan saya kembali keadaan saya sewaktu di darjah 4.  Tambahan pula, pada waktu tersebut saya mewakili rumah hijau manakala saingan saya mewakili rumah lain.  Alhamdulillah, saya berjaya.  Saya boleh bayangkan perasaan peserta yang saya pintas tadi, tapi at least saya dah membalas dendam walaupun bukan pada rakan lama saya.  Matlamat saya tercapai, saya dapat no.5.  Bukan senang senior nak lari sebab kononnya sudah besar, tapi lawan tetap lawan.  Dengan termengah-mengah seperti kehabisan oksigen, saya mengambil kad bernombor 5 sebagai bukti saya menang.  Kad tersebut masih tersisip kemas dalam diari sebagai bukti.  Kasut sukan yang dipakai terus rosak menyebabkan saya berstokin sahaja sewaktu mengambil hadiah.  Terima kasih kasut, lepas guna dan bantu saya menang, saya buang awak.

Mengambil ibrah daripada pengalaman merentas desa ini,  kita perlu buat yang terbaik dalam segenap aspek dalam hidup.  Walaupun kita bukanlah ahli dalam sesuatu bidang, selagi kita berusaha, masih ada bahagian untuk kita yang telah Allah janjikan buat mereka yang berusaha.  Muslim harus berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburi.  Terbaik yang bermaksud menguasai bidang tersebut.  Jika ada KPI terbaik yang diletakkan dalam bidang tersebut, pastikan dicapai.  Memutar memori lama mengingatkan saya kepada semangat persaingan tersebut.  Beza antara merentas desa dengan situasi semasa ialah merentas desa ada garis penamat dan saingan tersebut jelas depan mata serta usaha yang digembleng sangat dirasakan.  Dalam situasi realiti, kita tidak tahu siapa saingan kita, di mana garis penamat kita dan setakat mana usaha kita.  Competition can come from the source we least expect.  Jadi, saya melihat jika cara pecutan awal dan kekalkan momentum tak sesuai dengan kita, mungkin boleh dicuba cara kedua, kekalkan momentum dan buat pecutan akhir.  Apa yang penting, setiap usaha ada bahagian yang telah Allah janjikan.  Oleh itu, walaupun  tak suka persaingan, usaha masih perlu supaya mendapat yang terbaik.  InsyaAllah.  Lagi satu, berdamping dengan rakan yang berada dalam kalangan yang terbaik merupakan petua yang paling mujarab seperti mana ibarat berdamping dengan penjual minyak wangi.  Cuba cari ruang dan peluang.


Thursday, December 15, 2011

Amerika pergi main jauh-jauh

15-12-2011
Khamis

Setelah 9 tahun menceroboh Iraq, akhirnya tentera Amerika secara rasminya menamatkan pencerobohan  dengan mengadakan satu upacara ketenteraan di Baghdad.

"After a lot of blood spilled by Iraqis and Americans, the mission of an Iraq that could govern and secure itself has become real,"Defense Secretary Leon Panetta said at the ceremony at Baghdad's still heavily-fortified airport.

Ye ke kenyataan ni?  Persoalan yang bermain di benak saya sehingga sekarang ini adalah, sebenarnya dengan siapa Amerika berperang di Iraq?  Kenapa tak berundur selepas menjatuhkan hukuman ke atas Saddam Hussein?  Kenapa baru sekarang?

Kononnya mereka melawan pengganas,  kalau di Palestin, Hamas lawannya,  di Afghanistan, Taliban musuhnya, Al-Qaeda di Iraq bagai satu bayang-bayang yang mereka takuti dan sebenarnya tidak dapat dipastikan kewujudan kumpulan ini.  Jadi, dengan siapa mereka berperang?

Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan, rakyat Iraq telah terdoktrin bahawa dengan adanya tentera Amerika  selama 5 tahun selepas kematian Saddam, penduduk akan selamat dari pengganas, tapi tidakkah mereka melihat, at the first place, siapakah yang mencetuskan peperangan di negara mereka jika bukan Amerika Syarikat yang masuk campur dan menjadi batu api dalam hubungan Iraq dengan negara jiran.

Tentera Amerika dengan bangganya menyatakan mereka akan sentiasa menyokong Iraq selepas ini, tetapi sebenarnya sebahagian besar rakyat di dunia meraikan pengunduran Amerika dengan membakar bendera mereka.  Memang perasan habis this so called 'polis dunia'.  Merasakan mereka telah menyelamatkan sebuah negara when in fact they had ruined a civilization.

Namun persoalan penting selepas pengunduran ini adalah, what's next?

~sudah-sudah, pergi main jejauh~


Monday, December 12, 2011

APATI

Sudah lama saya ingin post entri ni sewaktu pulang dari program lagi.  Tapi,  saya teragak-agak untuk berkongsi kerana merasakan saya sudah berubah.  Saya tidak lagi seperti dulu.  

Semasa berada dalam bas menuju ke SMKA Al-Irshad, hujan lebat menutup pandangan dari melihat ke luar tingkap.  Dalam hati rasa gusar sebab takut terlepas kereta api lagi.  Ada masa lebih kurang dua jam 45 minit sebelum waktu kereta api berlepas sedangkan bas masih belum keluar dari pulau yang mengambil masa sejam jika tidak ada kesesakan jalan raya.  Hujan yang lebat melambatkan pergerakan bas.  Kerisauan semakin bertambah-tambah apabila tiba di jambatan, berlaku kesesakan jalan raya.  Saya mengambil tempat duduk jauh di sudut belakang bas bagi menenangkan diri.  Dalam hati berdoa semoga kereta api delay dan sempat saya tiba di stesen.

Anak usrah Kak Hajar, Mizah yang pernah saya sebutkan sebelum ini, menegur saya kerana melihat keadaan saya yang macam kucing nak beranak.  Saya cuba berbual-bual dengan dia dan dia timbulkan satu persoalan atau lebih kepada luahan hati tentang dilema yang dihadapinya.  Dia menerima teguran daripada pimpinan muslimin yang menegur cara dia berurusan dengan muslimin yang dilihat terlalu serius.

"Saya tak tahu nak buat macam mana lagi akak, saya rasa saya dah cuba untuk tak serius, tapi tetap depa cakap saya ni terlalu ketat sangat.  Saya nak buat macam mana?"

Saya tersenyum sebab perkara ini memang selalu berlaku pun.  Perlu diketahui, adik Mizah merupakan Ketua Aspuri dan kadang-kadang perlu bermesyuarat dengan Aspura untuk penyelarasan.  

Jawapan saya;

"Jadi diri awak.  Tak perlu berubah." 

Umum perlu ketahui, kelemahan wanita ialah hatinya.  Jadi, preventive action sangat praktikal.  Kenapa perlu ditegur orang yang nak menjaga hatinya.  Perempuan lebih sensitif jika hatinya tercemar.  Bukan mudah nak merasa nikmat berhubung dengan Allah jika hati tak bersih.  Apabila disebut masalah hati, tak perlu kecilkan skop kepada perempuan ni mudah perasan.  Perlu tahu juga, lelaki ni gayanya kasar dan cara bekerjanya berbeza dengan perempuan.  Jadi masalah hati boleh sahaja timbul seperti salah faham, terasa hati, marah, rasa cam nak belasah apabila urusan yang melibatkan perbezaan jantina  tak mengikut garis yang diletakkan agama.  Alasan supaya bersifat terbuka dan boleh bergurau-gurau  supaya tak jadi kejutan budaya waktu masuk universiti nanti tak benar sama sekali.

Tak perlu nak tipu, setakat tiga tahun berada di universiti, saya tak pernah mengalami kejutan budaya kalau kena bekerja dengan siswa untuk tugasan .  Walaupun tak suka, tetapi kita objektif.  Dapat tugas, buat tugas, selesai.  Tak perlu nak rumit-rumit.  Dan setakat ni, alhamdulillah, apabila kita pelihara diri, Allah pun akan pelihara kita.  Tak pernah saya tak dapat A dalam tugasan yang melibatkan lelaki jika itulah KPInya.  Wah, nada sombong di situ.  Mana ada, itu unsur pembuktian dan pengalaman.  Tak perlu nak kenal pun siapa siswa tersebut, cukup sekadar tahu nama, no matrik dan bahagian tugasan dia.  Pastikan dia selesaikan tugasannya di akhir nanti.  Tak perlu nak lebih dari itu.  Mereka lebih menghormati dan berhati-hati.  

Situasi sekarang ni, mahasiswa berada dalam sindrom malas nak belajar.  Segala tugasan selalunya akan dibebankan kepada siswi.  Mereka bukan lagi berjiwa pemimpin.  Mungkin disebabkan diserang pelbagai virus yang merosakkan nafsu mereka yang satu dan sekaligus merosakkan akal mereka yang 9 tersebut.  Jadi, segala tugasan yang diberikan selalunya akan diketuai dan diselesaikan oleh siswi.  Dan pandangan saya, bagus juga.  Urusan itu akan menjadi lebih senang jika melibatkan siswi sahaja.  Biarlah mereka dengan kemalasan mereka.  Tak perlu terlalu mengharap.

Jadi rumit apabila kita meminta lebih dari itu.  Nak buat tugasan nak seronok-seronok, nak happening-happening, tak nak tekanan.  Mesyuarat yang serius itu lebih baik dari mesyuarat yang dipenuhi dengan ketawa-ketawa.  Apabila kita mula membuka ruang kepada sesuatu yang lebih santai, apabila berlaku keadaan yang tegang, kita sudah tak mampu menghadapinya.  Apabila kita membuka peluang untuk dibelai-belai perasaan, apabila dimarahi kita akan mudah terasa dan jauh hati.  Senang cerita, jangan beri muka kepada diri sendiri.  Ok, pendapat saya mungkin bersifat persepsi semata-mata dan mungkin tak sesuai dengan jiwa mereka yang lain.  Tapi saya sudah mula merasa kesan negatif apabila terlalu memberi peluang kepada hati dan otak untuk santai-santai dan  ringan-ringan.  

Walaupun sahabat-sahabat saya tak pernah turun setiap kali ada majlis alumni atau reunion dan tak pernah berhubung langsung dengan alumni muslimin, kami masih boleh bekerjasama dengan muslimin apabila membuat program.  Apabila masing-masing sudah dewasa, kita lebih mementingkan tanggungjawab dan amanah berbanding perkara-perkara sampingan seperti masalah hati.  Walaupun dulu pernah ada konflik persefahaman, apabila berjumpa atas satu matlamat yang sama, semua perkara itu kita letak sebelah dan fokus kepada matlamat program dan jemaah.  Walaupun bekerja dalam situasi serius, kenikmatan itu masih diperoleh apabila matlamat dan objektif program tercapai dan dalam masa yang sama menjaga adab antara lelaki dan perempuan.

Sewaktu diberitahu ada adik-adik muslimat yang memprotes dicampur antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan, seorang urusetia lelaki hanya tersenyum dan memandang saya.

"Tak pe, ana faham.  Lagipun ada dalam kalangan urusetia perempuan pun macam tu juga kan dulu."

Urusetia tersebut yang merupakan lepasan DQ diberi tugasan untuk menjernihkan persepsi adik-adik sebelum program diteruskan agar adik-adik tersebut dapat beri komitmen.  Tak semena-mena dia datang berjumpa dengan saya sebelum itu dan tanya apakah hadis atau ayat al-quran berkaitan dengan hubungan antara lelaki dan perempuan yang dibolehkan.  

"Apakah yang menyebabkan ustazah boleh bekerja dengan lelaki sekarang?"

Nasib baik ada yang menyampuk sebab saya memang tak tahu dan rasa cuak waktu tu.  Dibacakan firman Allah yang bermaksud;

“ Dan orang yang mu’min lelaki dan perempuan sebahagian daripada mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain , mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar , mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasul . Mereka itu akan dirahmati Allah . Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana. ( At-Taubah : 71)


Urusetia tersebut memulakan mukadimah dengan memberi contoh yang saya dapat agak dah.

"Ana faham ada dalam kalangan muslimat yang tak mahu bercampur dengan muslimin dalam satu kumpulan.  Ana biasa berhadapan dengan rakan muslimat ana yang macam ni.  Ada yang sampai anti lelaki.  Nampak jer lelaki, terus demam seminggu."

Ok, yang demam seminggu itu memang dia tambah-tambah.

Meletakkan diri saya di posisi adik-adik muslimat, saya tahu saya tetap tak dapat menerima percampuran lelaki dan perempuan.  Di usia-usia sebegini, selalunya perubahan pemikiran tak berlaku secara drastik kerana perubahan pemikiran itu berlaku seiring dengan pertambahan pengalaman diri, komitmen dan usia.  Saya dahulu pun tak melihat kepentingan untuk bercampur dengan muslimin sewaktu zaman persekolahan.  Tengok muka pun dah naik menyampah.  Jadi, saya rasa tak perlu pun mengubah mindset adik-adik muslimat.  Biar mereka dengan prinsip mereka kerana suasana tak memerlukan pun mereka untuk berubah.  Takut-takut mengundang kepada perkara yang lebih mudarat apabila sudah seronok bekerjasama dengan muslimin.

Jadi buat adik Mizah dan sesiapa yang berjiwa sebegitu, kekalkan.  Tak perlu risau andai mereka tak faham.  Mereka memang takkan faham sehinggalah mereka cuba untuk faham.  Sayang kalau hati rosak sewaktu berada di sekolah kerana kita memerlukan hati yang kuat untuk menghadapi dunia di luar nanti.  Supaya damai di hati sentiasa bersama dan dapat menikmati hubungan dengan Allah lebih dari segala-gala.

Mungkin apa yang saya tulis ini, di samping untuk menguatkan hati adik Mizah, juga lebih kepada untuk mengingatkan diri sendiri supaya lebih menjaga dan berhati-hati.  Kadang-kadang kita terlalu terkesan dan risau apabila ada lelaki yang menegur kita ini sombong dan sebagainya.  Seperti mana Hishamuddin Rais berkata, wanita dan lelaki adalah berbeza dan sukar untuk masing-masing memahami.  Memang sampai sekarang pun saya tak pernah faham.  Jadi, kalau orang lelaki bekerja perlu seronok-seronok, dan perempuan bekerja dalam keadaan serius, biarlah.  Tak perlulah kita melihat itu sebagai masalah.  Biar dia dengan seronok dia dan kita dengan serius kita.  Asalkan sewaktu kita melaksanakan tugas, kita siapkan bahagian kita, dia siapkan bahagian dia dan perbincangan yang jelas berlaku, sudah cukup.  Tak perlu mengubah cara bekerja hanya untuk disesuaikan dengan mereka sehingga menyebabkan diri sendiri tak selesa dengan perubahan dan mengganggu gerak kerja.

Seperti mana yang disebut penceramah program, Ustaz Al-Rizuwady Abd Rahman, Penolong Sektor Dakwah, JPN dalam tajuk kuliah Kepimpinan dalam Islam serta Cabaran Pelajar di Era Globalisasi, antara adab-adab bergaul antara muslimat dan muslimin adalah muslimat perlu serius dalam tenang.  Tak perlu nak senyum sangat.  Ha, ekstrem kan.  Tak pe, saya setuju dan suka.  Ia membantu saya berfikir dan fokus.

Menutup entri, saya tahu ada yang tak bersetuju dengan pandangan saya.  Samalah dengan ustaz DQ tu.  Dulu puas dia berhujah dengan sahabat saya mengenai pergaulan lelaki dengan wanita apabila kami tak nak pergi reunion atau jamuan Hari Raya alumni.  Tapi, kami tak pernah peduli pun.  Kami tetap dengan pendirian kami bahawa selagi tak ada kemaslahatan, tak perlu nak jumpa konon atas alasan mengeratkan ukhuwah.  Ditakdirkan Allah, saya kena bekerjasama dengannya untuk program jemaah, jadi saya perlu berurusan dengan dia.  Boleh jer.  Tak timbul masalah tak boleh bekerja sebab tak pernah bersembang sewaktu sekolah dulu sebab dah besar.  Takkan tak tahu bagaimana cara nak bercakap.  Dah selesai tugasan, kembali seperti asal.

Jadi adik Mizah dan juga sesiapa yang seperti dia, jangan pening-pening.  Tahu satu perkara, rosaknya manusia adalah kerana rosak hatinya.  Jadi, peliharanya sebaik mungkin.  Berurusan jika perlu dan elakkan selagi boleh untuk berurusan dengan mereka.

~kadang-kadang rasa pegangan dah goyah.  Perlukan sokongan rakan-rakan seperti ABC dulu.  




Monday, November 28, 2011

Pemimpin Wanita yang Berkuasa di Dunia

Dunia sekarang menyaksikan peningkatan jumlah wanita menjadi Perdana Menteri di dunia.  Setakat bulan Ogos 2011, seramai 20 orang Perdana Menteri wanita telah memegang tampuk pemerintahan.  Hal ini demikian kerana, satu sahaja punca lelaki semakin tidak dipercayai oleh rakyat.  Salah guna kuasa dengan kata lain RASUAH.  Kajian menunjukkan lelaki lebih berisiko besar untuk mengambil rasuah berbanding wanita selain kurang bertanggungjawab.  Air muka wanita-wanita pertama ini juga nampak lebih mesra dan bertanggungjawab.

Pilihan raya terbaru menunjukkan ramai pemimpin parti wanita menjadi pilihan di negara-negara Barat.  Argentina misalnya, Cristina Fernandez de Kirchner dipilih menjadi Perdana Menteri menggantikan SUAMInya sendiri.  Orang lebih mempercayai isterinya dari suaminya.  Pilihan raya terbaru 2010 di Slovakia, negara kajian saya, Perdana Menterinya, Iveta Radicova menggantikan parti centre-left yang dipimpin oleh Fico.  Satu fenomena di Kesatuan Eropah parti centre-left semakin kehilangan undi.

Kalau orang semakin tidak mempercayai lelaki, salah siapa? Diri sendiri.  Mahatma Gandhi pernah menyebut, isterinya merupakan insan yang paling dia kagum kerana ketika bersama-sama isterinya, isterinya banyak mengajarnya erti tanggungjawab.  Sebelum ini Gandhi hanya mementingkan hak tanpa mempedulikan tanggungjawab.  Sedangkan kedua-duanya harus seiring.  Tanggungjawab tidak ditunaikan sudah terhegeh-hegeh menuntut hak masing-masing.  Mungkin inilah yang harus disedari oleh aktivis mahasiswa sebelum lantang bersuara menuntut hak masing-masing.

India yang negaranya terkenal dengan rasuah yang tinggi, menjadikan rakyatnya tidak lagi mempercayai lelaki untuk menjadi Perdana Menteri sehingga melantik Pratibha Patil sebagai PM.  Negara yang harmoni seperti Switzerland turut melihat wanita yang lebih layak untuk mentadbir negara dan mengekalkan keharmonian negara mereka.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 14/20 dipilih melalui pilihan raya atau proses demokrasi menunjukkan pilihan tersebut adalah atas permintaan dan persetujuan rakyat.

Walau bagaimanapun, kalau di Malaysia, Rosmah Mansur bertanding, saya yakin dan percaya dia akan mendapat undi yang paling sedikit sekali atau mungkin hilang wang pertaruhan.  Sebabnya rakyat Malaysia lebih tak percayakan dia berbanding Najib.

Namun, bagi Islam, sesuatu urusan pentadbiran negara haruslah dipulangkan kepada lelaki.  Dan situasi di atas hanya berlaku di negara Barat yang semestinya bukan Islam.  Pemimpin lelaki mereka sememangnya jahat dan wanitanya baik sedikit kerana lebih bertanggungjawab.  Walau bagaimanapun, tidak mustahil perkara ini akan berlaku di negara Islam jika pemimpin lelakinya terdiri dari mereka yang kuat rasuah, diktator, salah guna kuasa dan autoritarian.

Perkara di atas jika dibuat analisa dan bacaan, jika menggunakan Teori Domino, akan diikuti oleh kebanyakan negara-negara lain di dunia.  Kemungkinan selepas ini benua-benua di Afrika akan digantikan pemimpinnya kepada wanita.  Hal ini demikian kerana, pimpinannya sekarang masih gagal mengeluarkan negara mereka dari kancah kemiskinan dan kebuluran yang serius.  Setelah rakyat mendapat pencerahan, tak mustahil perkara di atas akan berlaku.  Sekarang ini pun EU diketuai oleh wanita.

Antara mereka-mereka yang berjaya merobohkan tembok politik lama.


Saturday, November 26, 2011

Live life with no regret


Menutup lembaran Tahun Hijrah tanpa rasa menyesal sebab dapat peluang untuk baca doa akhir tahun dan awal tahun serta bersolat jemaah bersama-sama dengan adik-adik, alumni dan guru Al-Irshad pula.  Alhamdulillah.  Peluang datang hanya sekali.  Akhirnya saya diberi peluang bersama-sama keluarga Al-Irshad kembali.  Itulah, dulu waktu duduk di Irshad sokmo lari balik rumah sangat.  Mentang-mentanglah 15 minit sahaja dari rumah.

Untuk Hijrah kali ini;

Walau letih macam mana pun, mesti kena teruskan.  Walau sakit macam mana pun, mesti kena gagahkan.  Walau jemu macam mana pun, mesti kena bertemu .  Walau pahit macam mana pun, mesti kena telan.  Walau jatuh macam mana pun, mesti kena kembali melangkah.  Walau terluka macam mana pun, mesti kena ubatkan sendiri.  Terus.  Pasti.


Moga di akhirnya >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tiada lagi rindu. hanya Allah semata...amiin.

Lagu tema Kem Kepimpinan Pelajar 2011;
Bingkai Kehidupan

12:51 a.m.
Dalam bilik gelap
Slot Muhasabah Diri
Ditarbiyah dan mentarbiyah. tak pandai nak touching-touching ni.

Monday, November 21, 2011

Bola: Topik transgender

Keluar kelas, dengar dua orang rakan sekuliah bersembang tentang bola.  Tak dapat tangkap isi, tapi sewaktu masuk lif, mereka berjanji untuk tengok bola.  Sembang tentang bola dalam kalangan wanita memang sudah menjadi perkara yang biasa.  Ia menjadi topik yang transgender sekarang ini.  Tidak ada gender tertentu yang dominan dalam membincangkan isu ni seperti  mana dulu-dulu.

Telefon mak;

"Ayu, malam ni bola Indonesia lawan Malaysia pukul 8."  

Owh, mak saya pun remind tentang bola.  Hmm, patutlah kawan sekelas kecoh-kecoh tadi.

8.45 pm, baru teringat bola malam ni.  Telefon abah.  Memang selamatlah, abah tak angkat.  Standard kalau lelaki dah fokus tengok tv, memang tak peduli benda lain.  

Teringat rakan sekuliah, saja-saja nak update dengan dia.  Telefon, rupanya dia ada di kedai makan.  Tak per la, dia ada pak we.  Boleh temankan.  Tak jeles pun sebab saya pun pernah ditemani tengok bola di kedai makan.  Lagi hebat, abah yang temankan.  Bukan senang nak jumpa abah yang sanggup buat macam tu untuk gembirakan hati anak perempuannya.  Lebih baik berehat sebab letih balik kerja.  Sebabnya, di rumah tidak ada Astro macam yang lain.  Berbanding nak menonton dengan rakan-rakannya, dia memilih untuk meneman anak perempuannya tengok bola.  Bukan saya yang ajak, abah yang offer.  Terharu bila diingat-ingatkan kembali.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.(Rujukan majalah Hidayah, Dec 2005, m.s 34)"

Disebabkan bola sudah menjadi topik transgender, tidak pelik jika melihat wanita pun terpekik-pekik depan kedai makan.  Cuma, pada pandangan peribadi saya, wanita ni lepas untuk tengok sahaja bukan mengulas.  Kepakaran tersebut masih pada lelaki.  Pernah ada seorang wanita menelefon satu saluran radio untuk memberi respon terhadap isu bola yang dibincangkan oleh DJ lelaki dan pengulas bola sepak lelaki.  Awal tu, dua-dua orang lelaki ini agak kagum sebab wanita ini cuba untuk respon.  Sekali wanita tersebut tersilap fakta yang diberikan, memang kena sindir depan-depan tu juga dengan DJ lelaki ni. 

Allah, saya pun tumpang malu juga sebab satu gender.  Itulah, lain kali duduk diam-diam dan dengar sahaja.

"Asmida: GOL!!!!!!!!ayu satu sama!!!!!!"

Mesej masuk dari rakan saya.  Selain daripada nak cerita tentang bola, tujuan post saya juga nak memberitahukan cara yang terbaik untuk mendekati mad'u adalah melalui berkongsi minat dengannya.  Untuk membawa seseorang ke arah kebaikan, perlu bina hubungan dengannya dahulu.  Barulah senang nak menasihatinya.  Saya belajar tentang ni sewaktu di universiti.  Berbeza dengan sewaktu di sekolah menengah.  Saya memang rigid atau syadid.  Tak boleh salah, memang kena depan tu juga.  Mungkin sebab itulah teman saya tu trauma dengan saya sampai sekarang.  Pandangan mata saya pun dia kata macam menikam ke jantung sedangkan saya tak bermaksud apa-apa pun.  Jauh sekali menyimpan dendam dengannya.  Tiba-tiba dia meluahkan di dalam blog mengenai pertemuannya dengan saya.  Saya hanya mampu ketawa apabila membaca entrinya.  Kasihan dia.  Nak membetulkan salah faham, saya komen di entri tersebut juga.  Senang apabila berterus-terang.  Sekarang dah ok sebab semua benda dah dijelaskan.

Tapi nak menarik keluar orang yang bercinta untuk meninggalkan perbuatan tersebut memang susah.  Pernah rakan sekuliah saya yang bercinta dengan pak wenya yang tak dapat masuk U dan berada di luar, tanya pendapat saya tentang hubungan mereka. Saya kata padanya:

" Tak lama hubungan korang, mesti akan putus. Aku yakin dan percaya."

Apa lagi, melentinglah dia atas kejujuran saya memberi pandangan.  Bermati-matian dia mempersoalkan kenapa saya cakap macam tu.  Dia cakap, kenapa mendoakan perkara yang buruk berlaku bukan perkara baik.  Saya menggaru-garu kepala.  Bukankah saya sedang mendoakan perkara yang baik?  Bercouple itukan haram, jadi saya doakan dia putus supaya dia dikeluarkan dari perbuatan tersebut.  Hmm...

Tapi memang pun, tak lama kemudian mereka putus.  Dan dia pun seperti dapat menerima sebab lelaki tersebut memang takkan dapat terima aweknya lebih pandai darinya selain faktor jarang berjumpa.  Sekarang dia lebih fokus kepada pelajaran dan baru-baru ini mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari saya.  Hebat kuasa fokus ini.

Sekadar itu sahaja, tiba-tiba rasa macam dah buang masa update blog lama sangat.  Semoga bermanfaat.


Tuesday, November 15, 2011

Anak sulung= anak luar nikah?

Statistik yang ditunjukkan Utusan Malaysia bertarikh 15 November 2011, seramai 152,182 anak luar nikah telah dilahirkan di Malaysia.  Sabah mencatatkan jumlah tertinggi seramai 41, 900, manakala Selangor kedua tertinggi dengan bacaan 18,983 dan Sarawak seramai 17,503.  Statistik ini adalah bacaan yang didapati sepanjang 2008-2010.

Terkedu sebentar.  Bagai terngiang-ngiang ucapan Ustaz Halim, Penolong Kanan Pentadbiran di SMKA Al-Irshad sewaktu perhimpunan sekolah dahulu.  Beliau menyebut 10 tahun akan datang, berhati-hati apabila hendak mengahwini anak sulung dari setiap keluarga.  Saya yang waktu itu Tingkatan 4 rasanya, terpisat-pisat sebab apa beliau keluarkan kenyataan sebegitu.  Kawan-kawan yang lain ada yang ketawa dan ada yang mencemik.  Dalam hati, "Ish, apa cakap soal kahwin-kahwin ni?"  Kemudian beliau terangkan, sebabnya anak sulung bagi setiap keluarga akan diragui statusnya sama ada anak luar nikah atau tidak.  Masing-masing terus memandang rakan-rakan yang terdiri daripada anak sulung yang menunjukkan ekspresi tidak puas hati atas kenyataan tersebut.  Nak bagi lagi tegang situasi, kami masing-masing respon, "Nanti aku tak mau kahwin dengan anak sulunglah,".  Menambahkan lagi kesedihan mereka yang berstatus anak sulung.  Itu pada tahun 2005.  Sekarang sudah 6 tahun dan statistik di atas seperti membenarkan kenyataan tersebut.  Nauzubillah...

Selingan, Ustaz Halim ni ustaz paling menggerunkan di Irshad dahulu.  Memang tak ada sesiapa yang berani main-main dengan beliau.  Pernah sewaktu beliau sedang menyampaikan kuliah Maghrib, ada seorang pelajar lelaki ni tidak memakai songkok atau ketayap.  Beliau tegur pelajar lelaki tersebut dan tanya sebab apa tak pakai.  Pelajar lelaki tu menggunakan alasan ada kawan pinjam. Yang peliknya, kawan sebelah dia yang tolong berikan jawapan tersebut.  Obviously, there was something fishy.  Apalagi, dua-dua kena panggil waktu tu juga ke hadapan.  Dialog Ustaz Halim yang tak boleh dilupa;

"Aku pantang betoi dengan oghang yang dok bohong ni, hang mai sini!"

Saya waktu tu berada di saf hadapan sekali memang melihat jelas peristiwa tu.  Jantung waktu tu dah berdebar-debar dah.  Apalah yang ustaz nak buat.  Sekali ustaz bangun, sudahlah berbadan tinggi dan besar macam tok arab, sesuai sangat belajar di Universiti Madinah dulu.  Kedua-dua pelajar lelaki tu memang kecil jer di mata ustaz.  Waktu dia minta pelajar lelaki pertama membuang spek mata, saya dah dapat agak apa yang dia nak buat.  Saya macam separuh hati jer nak tengok.  Sekali dilempangnya pelajar lelaki tu, memang terteleng muka dengan badan-badan sekali.  Bunyi lempang tu memang dengar sampai ke saf muslimat.  Sempat air mata saya bergenang melihat keganasan yang berlaku di depan mata sebelum mengesatnya.  Tapi memang patut pun mereka kena lempang.  Saya pun pantang orang yang menipu.  Alasan tak profesional langsung. 

Kembali kepada cerita asal, persetankan falsafah social action Max Weber atau kolektif Durkheim, boleh tak kita kembali mencari sebaik-baik penyelesaiannya melalui Islam?  Adakah kita menunggu sehingga perkara sebegini terjadi seperti di Barat baru kita nak mementingkan kembali soal etika seperti mana yang terjadi di sana?

Sunday, November 13, 2011

Negeri 5 Menara

2.46 a.m.
MS

Alhamdulillah...Selesai membaca novel "Negeri 5 Menara" karya A.Fuadi.  Sebuah novel inspirasi daripada kisah nyata.

Setelah marathon selama 2 hari berturut-turut, tak tergambar perasaan selepas selesai membaca.

-Latar tempat di Pondok Madani (PM), Jawa yang ketat dengan disiplin
-Watak 6 orang sahabat- Alif Fikri, Said, Atang, Baso, Raja dan Dulmajid
-Berbekalkan mentera man jadda wa jada, keikhlasan, tekad yang bulat, usaha dan tawakal kepada Allah mereka mengharungi kehidupan di PM demi sebuah ilmu

Sebahagian ayat yang menggoncang jiwa;

"Dahulu kami tidak takut bermimpi, walau sejujurnya juga
tidak tahu bagaimana merealisasikannya.  Tetapi lihatlah hari ini.
Sesudah kami mengerahkan segala ikhtiar dan menggenapkan dengan doa,
Tuhan mengirim benua impian ke pelukan masing-masing. Kun fayakun, maka
awalnya awan impian, kini hidup yang nyata.

Jadi jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun.  Tuhan sungguh Maha Mendengar.

Man jadda wajada,  siapa yang bersungguh-sungguh akan berjaya."



Pasang niat. Bulat tekad. Usaha sungguh-sungguh. Doa. Tawakal.

Terima kasih ya Allah kerana mengirimkan k.Hajar. Terima kasih k.Hajar kerana menyarankan pula novel ini.  Terima kasih penulis novel kerana menulis sesuatu yang memberi inspirasi sebegini.  

K.Hajar cakap boleh tampar dia jika lepas baca novel ini tidak terkesan dengan isinya.  Dia memang berani sebab dia tahu saya pun akan tersihir dengan novel ini.  Saya malah akan memeluknya erat-erat dan mengucapkan terima kasih.

p/s: sambung buat tugasan~

Friday, November 11, 2011

I wish you were here: Part II



Post saya yang pertama ada menyebut;

Sometimes I missed someone who would tell me not to worry about small things, the one who would encourage me to dream high, never look back and someone who can assist me in time of need.  Someone who would hold my hand and said, 'you will never walk alone'.  And now, here I am as a senior.  Once again.  Maybe I am asking too much.

Siapa yang menyangka, harapan tersebut telah dimakbulkan Allah.  Dalam jangka masa yang pendek permintaan saya dipenuhi.  Perkara ini tidak pelik kerana Allah berupaya untuk berbuat sesuatu yang semudah itu.  Subhanallah. 

Disebabkan saya merindui kenangan tarbiyah di Irshad, akhirnya Allah aturkan saya bertemu kembali dengan Kak Hajar dalam halaqah usrah di tempat pertama saya mengenal erti usrah. SMKA Al-Irshad.  Setelah lebih kurang 3 tahun tidak mendengar khabar berita.

Hal ini membawa saya mengimbau kenangan bersama Kak Hajar yang tak kurang banyaknya selama 3 tahun bersama.  Kak Hajar ini boleh dikatakan antara orang yang rapat dengan Kak Said.  Untungnya saya selama ini tidak menyedari bahawa saya mendampingi orang-orang yang hebat.  Mungkin kerana mudahnya kita berada bersama-sama mereka, maka kita tidak menyedari nilai mereka.  Apa yang lebih mengejutkan, Kak Hajar juga telah dibaiah semenjak di kampus.  Namun, setelah dia meninggalkan alam kampus, baru sekarang ini saya tahu.  Persepsi salah saya terhadap Kak Hajar menjauhkan kami. Saya ingat kita berbeza fikrah.  Sayangnya~
Namun, takdir Allah, dia menjadi insan yang kembali memaut lengan saya dan mengatakan ‘you will never walk alone’ dan ditambah di hujungnya ‘because Alllah is always by your side when nobody with you’.  Kata-katanya mengejutkan saya dan mengingatkan saya kepada luahan saya dalam post baru-baru ini.  Waktu itu, saya menemaninya berusrah dengan adik-adik muslimat pimpinan Al-Irshad seramai 5 orang.  Maziah (Ketua Aspuri), Aisyah (Timb.Pengerusi Badar), Asma (Timb. Ketua Pengawas II), Syarifah (Timb. Ketua Aspuri) dan Atiqah (Ketua Biro Dakwah Aspuri).  Sambil mendengar dia memberikan nasihat, pada masa yang sama, nasihat tersebut bagaikan untuk saya juga.  Alhamdulillah.

Saya tak minta bahkan tak merancang pun untuk kembali ke bumi Al-Irshad walaupun kadang-kadang saya merindui kenangan-kenangan yang saya cipta di sana.  Namun, Allah menggerakkan hati Kak Hajar untuk kembali menghubungi saya.  Ia merupakan satu rahmat yang saya kira bagai sirih pulang ke ganggang.  Bagai terngiang-ngiang barisan lirik nasyid yang saya pernah alunkan sewaktu Tingkatan 1.
“ Di sinilah, tempat ku bermula…
Menimba ilmu, milik yang Esa…
Buat, bekalan dunia, akhirat jua, tidak dilupa…”
Panggilan ke bumi Al-Irshad bagi meneruskan agenda jemaah dan menyuburkan budaya usrah, saya sahut sebagai sebahagian sumbangan saya yang tak seberapa kepada adik-adik pimpinan yang akan menyambung mata rantai perjuangan Islam di bumi Malaysia pada masa akan datang.  Semoga urusan kami dipermudahkan.
3 hari berturut-turut bersama-sama Kak Hajar menguruskan persediaan program sebelum dia berlepas ke bumi Mesir untuk menuntut ilmu sangat-sangat memberi kesan.  Saya pasti akan sangat-sangat menggelabah untuk menguruskan program tanpa bimbingan dia nanti.  Ada jodoh bertemu lagi.

Sekadar coretan, dulu waktu di tingkatan 2, saya selalu menemani Kak Hajar berlatih pidato dan syarahan agama sehingga lewat malam di Bilik Bahasa.  Sayalah yang tukang tengok teks dan menilai setakat yang termampu penyampaiannya.  Kemudian, bersama-sama tidur di bilik rehat dan tak pulang ke dorm masing-masing.   Dialah yang mengajak saya qiamullail dan membaca yasiin sewaktu saya panik  dan lemah lutut disebabkan mimpi ngeri yang ntah apa-apa.  Dan dia antara insan-insan yang ditarbiyah oleh Allah dengan tarbiyah yang saya kira cukup besar.  Kadang-kadang saya terfikir, sebenarnya insan di sekeliling yang menguatkan saya dengan membawa saya mengingati indahnya meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah.  Saya tidak kuat pun.  Namun, apabila bersama mereka, saya merasa kuat. 

p/s: dah beli novel yang disarankan oleh Kak Hajar :)
i-negeri 5 menara
ii-ranah 3 warna
oleh: A.Fuadi

Friday, November 4, 2011

I wish you were here

7.30 p.m.
Taman Siswa Siswi

Duduk bawah pondok tunggu kawan.  Tengok cicak-cicak yang banyak teringat kat suasana hostel 5 tahun yang lalu.  Selalu juga lepak-lepak bawah pondok waktu supper.  Sambil-sambil cecah roti kering dengan milo panas, sembang-sembang dengan sahabat-sahabat aktiviti seharian dan masalah-masalah berbangkit.  Live as a senior was really great at that time.  But still there were something missing.  Sometimes I missed someone who would tell me not to worry about small things, the one who would encourage me to dream high, never look back and someone who can assist me in time of need.  Someone who would hold my hand and said, 'you will never walk alone'.  And now, here I am as a senior.  Once again.  Maybe I am asking too much.

Mungkin di situlah gunanya sistem kakak angkat-adik angkat.  Tak tahulah mana asalnya sistem ni.  Serasa macam masih basah di ingatan waktu tu Tingkatan 2.  Di koridor hadapan Dorm Sumaiyah, tingkat 3 selepas Isyak.  Waktu tengah berborak-borak dengan sahabat, tiba-tiba datang sepucuk surat berwarna kuning yang berlipat kemas.  Rupa-rupanya surat tersebut dari Kak Said, senior Tingkatan 4.  Tak sangka dia melamar saya untuk dijadikan adik angkat.  Bahasanya berbelit-belit memandangkan dia seorang Pendebat negeri Penang.  Tak nak menunjukkan keterujaan yang melampau, saya balas pendek surat tersebut.  Surat saya berwarna biru dengan jawapan; Saya dah ada 7 orang kakak angkat.  Memang betul pun.  Dah orang nak, buat apa nak tolak.  Walaupun pada waktu tersebut saya tak faham pun konsep kakak angkat-adik angkat.

Jawapan dia yang positif buat saya terima dia selaku kakak angkat; Kalau ada 7 orang kakak angkat, tambahla lagi sorang bagi cukup 8.  Dan saya paling suka yang ke-8 ni.  Dia seorang insan yang saya kira cukup unik.  Ada kekuatan tersendiri.  Kehidupan dia happening.  Kami memang berkongsi minat yang sama.  Bola.  Waktu Piala Dunia 2004 di Korea-Jepun,  memang dia memiliki koleksi-koleksi edisi khas The Star.  Kami sokong negara yang sama juga, Turki.  Selalunya kalau perempuan minat bola, mesti kerana ada pemain lelaki yang hensem.  We cannot deny that.  That time, Ilhan Mansiz was our star.  Memang pakat jadi copy-cat.  Masih ada lagi kad yang K.Said bagi gambar Ilhan Mansiz dan Hakan Sukur yang dipotong dan dilaminate.  

Kiranya selama dua tahun bersamanya, hidup saya jadi warna-warni.  It was not the same dull color that we faced everyday.  Hari-hari yang berlalu mesti dinanti-nanti dengan pelbagai kejutan.  Kadang-kadang terima coklat Cadbury (walaupun saya tak makan coklat ni), surat-surat berwarna-warni dengan pelbagai hiasan, kata-kata semangat, hadiah, makanan.  Seronoknya hidup.  Dia juga yang mengajar saya untuk menulis dan memiliki A Diary. Until now.  Mungkin sebab itulah saya terselamat dari cintan-cintun.  Sebab Allah kirimkan dia.  A unique person.  Bukan seorang yang romantik tapi seorang yang kreatif dan intelek.  Benda-benda yang kami selalu bincangkan adalah mengenai study, bola, dll. Sehingga terlekat panggilan ghejakolah.  Sampai sekarang dia memanggil saya dengan panggilan tersebut.

Dalam hidup kita, bukan selalu kita temui orang yang unik sebegini.  Latarbelakang keluarga yang bercerai (saya terkejut apabila tahu tentang ini, and it was not coming from her mouth until today), but she still managed to stay strong and confident.  Never once I saw her crying.  I really adore her and wanted to be juz like her.  Tapi, apa yang dapat saya tiru dari dia tak banyak, hanya tulisannya, tabiatnya menulis diari, minat terhadap bola which I already have but juz for World Cup (baru-baru ni dia pergi ke stadium waktu Arsenal datang), her speaking skill (MUET dia band 5~), but I cannot have the spirit that she has.  The positiveness that she possessed.  Because I always hoping to remain as a lil sis.  To be guide and not a guidance.

Ukhuwah itu tidak dapat dibina dalam sekelip mata.  It takes a lot of efforts and times.  K.Said cakap, kalau kakak angkat-adik angkat lain boleh clash-clash, kita jangan tiru mereka.  Dia siap cari dalam kamus Dewan Bahasa apa itu definisi clash .  Saya seorang yang rumit, jadi mungkin perlukan orang yang kreatif.  Dan dia seorang yang kreatif, jadi memang menyukai orang yang rumit.  Pesanan saya, kalau jumpa orang yang unik dan lain dari yang lain macam ni, grab his/her, sebab hidup pasti takkan bosan.